Antara kandungan kutbah tersebut..
“Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (Surah Saba’: 28)
Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi Baginda Rasulullah s.a.w mewariskan ilmu yang menjadi panduan hakiki, bagi melahirkan akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.
Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan.
Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda Baginda Rasulullah s.a.w saban tahun.
Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita.
Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w.
Marilah pada hari ini kita memperbaharu Inizam kiat untuk sentiasa membenarkan kerasulannya serta beramal dengan ajarannya, mereka itulah yang mendapat kan janji Allah s.w.t, iaitu janji bahagia didunia dan akhirat.
Tugas pertama,
Amar maaruf nahi munkar
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. ( Surah Ali Imran 104)
Tugas Kedua
Menjelaskan kepada ummat tentang halal dan haram.
Kedangkalan ilmu dan sempitnya wawasan seringkali menjadikan ulama upahan serta umara (pememerintah) untuk menyampaikan masalah-masalah syari'ah , khususnya dalam hal halal dan haram. Sehingakan menyamakan sebatan 6 rotan, 3 rotan kepada pesalah zina, minum arak adalah itu sebatan syari`ah Islam.
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? ( Surah al Baqarah 44 )
Tugas Ketiga
Membebaskan manusia dari beban penderitaan,
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
(Surah A ahzab 36 )
0 comments:
Post a Comment