ROyaltI MinyAK

Usul tuntutan royalti petroleum ke mahkamah dibahas
01/03/2010 2:06pm
KOTA BHARU 1 Mac - Usul tergempar untuk membawa tuntutan royalti petroleum oleh kerajaan negeri Kelantan terhadap kerajaan Pusat ke mahkamah kini dibawa ke Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dibahaskan.

Usul berkenaan dicadangkan oleh Abdullah Ya’akub (Pas-Air Lanas) yang kemudiannya dipersetujui oleh semua wakil kerajaan termasuk beberapa anggota pembangkang.

Antara wakil pembangkang yang bersetuju termasuk ketuanya, Datuk Mohd. Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) dan Datuk Abdul Aziz Derashid (BN-Kuala Balah).

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, usul itu berkemungkinan akan dibawa ke DUN untuk dibahaskan.

Kerajaan Kelantan telah menuntut berbilion ringgit royalti petroleum itu yang dikatakan terdapat di perairan Kelantan.

Tuntutan itu dibuat sebelum pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai, Julai tahun lalu berdasarkan kepada perjanjian melalui Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974.

Kerajaan Pusat bagaimanapun hanya bersetuju memberikan wang ihsan sebanyak RM20 juta yang akan diberikan kepada Kelantan pada bulan depan. - Bernama

0 comments:

Post a Comment