Masa Depan FELDA dan Peneroka (I)
Keadaan di mana tanah peneroka tidak boleh diwariskan menjadi salah satu faktor pendesak bagi menubuhkan FELDA Holdings pada 6 September 1995. Namun terdapat juga faktor-faktor lain. Penubuhan FELDA Holdings ini boleh dikatakan kuat didorong oleh Mahathir Mohamad, Perdana Menteri waktu itu.
Mahathir (gambar kiri) terkenal sebagai pemimpin yang lebih mengutamakan kemajuan perdagangan serta perindustrian dari kemajuan pertanian. Beliau juga menekankan perlaksanaan projek-projek besar bukan yang kecil-kecilan. Kemungkinannya beliau memandang projek FELDA sebagai projek skala kecil yang kurang produktif dan patut diubah.
Sesuai dengan falsafah pembangunannya, tidak hairan jika Mahathir ingin melihat FELDA diuruskan atas asas skala besar. Ini bukan saja dianggapnya lebih produktif bahkan, lebih penting lagi, boleh menimbulkan ramai lagi pengurus, usahawan dan korporat/kapitalis Melayu, sebagaimana yang hendak digalakkannya selari dengan salah satu objektif asal DEB.
FELDA Holdings merupakan salah sebuah konglomerat (syarikat) yang terbesar dalam bidang perladangan di seluruh dunia. Dalam negara ia adalah syarikat kedua besarnya selepas PETRONAS. Ia terlibat dalam pelbagai bidang perniagaan yang meliputi perladangan, hiliran, pembikinan dan perkhidmatan.
BACA LAGI
0 comments:
Post a Comment