RAMADHAN dan NafSU



27hb Ramadhan tarikh terkini....

baru tersedar aku
kini di hujung Ramadhan
Ohhh Ramadhan...
aku menangis kerananmu
dikau pasti pergi
moga kita ketemu lagi

ada yang sebak
ada yang mengalir airmata
KERANA
Ramadhan hanya akan muncul 11 purnama lagi
adakah kita masih bernafas lagi

KERANA
hamba mu ini benar-benar menghayati Ramadhan
menjadi insan baru
si NASFU itu telah dibuang jauh

ada pula yang gembira
hingga tak terkira
KERANA
Ramadhan itu memenjarakan perilakunya
hingga terpaksa menipu manusia dan PENCIPTA

MOGA
madrasah ramadhan ini
mencairkan nafsu
melembutkan nafsu
mengurangkan nafsu
menghapuskan nafsu
hingga muncul
aku yang baru
kembali ke fitrah
terus menjadi INSAN YANG BERTAQWA

0 comments:

Post a Comment