KembaLi DaRi AsRaMa

Esok dan lusa akan baliklah anak-anak aku ke rumah sempena cuti raya. Walaupun dekat dan selalu berhubung melalui talipon tetapi perasaan 'kehilangan' sementara tetap wujud dalam diri sebagai ibubapa. Bila dah mempunyai anak-anak yang menetap diasrama perasaan demikian akan wujud secara tak langsung.

Begitu juga mak dan ayah kita dikampung yang sentiasa merindui kepulangan anak-anak terutamanya ketika 1 Syawal. Aku tak reti la nak kata apa kalu ada anak-anak yang tak nak langsung menjengok orangtua dikampung walaupun sebentar sahaja bagi mereka dah mencukupi. Tapi balik kampung ni tak semesti pada 1 Syawal, kalu boleh acapp lagi elok.

1 comments:

lan kida said...

Sakam Mie,
Itu perkara biasa bagi sesetengah orang tak jenguk mak bapak ni Mie. Pada dia org cukup hantar duit jer tiap2 bulan...itu pun pada yang jenis nak hantar duit..jenis yang tak hantar..tadak langsung la. Member aku ada banyak Mie dah 4 tahun..5 tahun tak balik kampung...raya kat Italy, Ostalia, Los Angeles satu family..padahal mak bapak hidup lagi kat kampung. Tapi kadang2 padan jugalah dengan dia org tu sebab dia org kebanyakannya bukan puasa pun nak raya obersea tu. Kat KL ni tak heran dah Mie...satu kebiasaan dah jarang balik kampung dan jadi satu kejanggalan pulak kalau kerap balik kampung jenguk mak bapak. Sebab aku selalu kena tanya..apahal lu kerap balik kampung? Lerr....

Post a Comment