Lailatul Qadar - Talian HayAt ke SYURGA


Kini berbaki 10 hari sahaja lagi Ramadhan untuk dijalani. Macam mana dengan amalan kita adakah masih seperti sedia .. makin hujung makin malas, makin nak berborak dengan pekena teh tarik... Sedangkan pada waktu beginilah bertambah besarnya ganjaran kepada ummat Muhammad SAW yang terus gigih mengejar malam Lailatul Qadar.

ALLAH menganugerah 'Lailatul Qadar' untuk kita hambat dan kejar. Tetapi kenapa kita masih buat endah tak endah untuk berusaha beramal ke arah tersebut. Beramal macam 1000 bulan... Nah itulah talian hayat terakhir dan ganjaran yang amat besar untuk ummat Muhammad... tapi nak buat macam mana Tuhan dah bagi bonus pun masih buat tak tau... walaupun hanya untuk 10 hari dalam setahun...

Marilah sama-sama kita menjadi manusia baru dan kembali kepada fitrah menjelang akhir Ramadhan ini..

0 comments:

Post a Comment