JutAWANG


Malam tadi anak aku tanya (6 tahun)... AYAH banyak ke 1juta ni... Aku jawap banyak le... Tau pulak budak ni sebut juta-juta ni (dalam hati)....Apasal? Aku tanya balik... Nanti adik besar adik nak keja kumpul duit banyak-banyak dapatlah sejuta....

Aku jawap le... Kalu keja, payah nak kumpul duit banyak-banyak sampai sejuta ... nak kena berniaga baru le dapat kumpul duit sebanyak tu... Dia pun jawap balik .... OOOOHHHHHH....

Budak 6 tahun tahun pun ada hajat dan nafsu nak kumpul duit banyak-banyak apatah lagi kita yang berusia dan baligh ni... Cuma cara mendapatkannya sahaja yang perlu diperhalusi...Aku dah berusaha lama hampir belasan tahun... kena projek besar-besar ada je malaun minta duit kopi dan tol.. Aku tak dapat projek pun tak apa... Dalam kubur aku nak kena jawap!!

1. Kalu keja + makan rasuah - dapat le
2. Berniaga + Rasuah - dapat jugak & cepat
3. Berniaga + X de rasuah - tak tentu lagi.. mungkin ya@tidak

0 comments:

Post a Comment