Jom Masuk SYuRgA
Itulah tajuk kuliah pada pagi Sabtu lepas (12/9) di surat Taman SPK Segambul KL selepas Subuh... Nama Ustaz aku sempat tulis...
Antara ringkasannya...
a. Puasa sebenar adalah 24 jam dan bukannya 12 jam... Ramai yang menganggap siang hari je tak boleh marah2 dan melakukan perkara-perkara yang merosakkan puasa tepai selepas berbuka terus kembali ke sikap lama semasa sebelum puasa...
b. selepas sembahyang kita biasanya beristighar tetapi kenapa kita tak melakukannya ketika duduk lepak saja-saja, sepatutnya kita beristighfar jugak tak payah tunggu selepas solat.. Kerana alam keadaaan biasa kita lebih banyak melakukan perkara-perkara yang lara'..
c. Berhati-hati dalam perkara-perkara Rukun Qauli semasa solat iaitu, Takbir, Fatihah, Tahiyat Akhir, Selawat dan Salam
d. Memperbaiki dan menambah amalan bila datangnya Ramadhan....
e. Kena jaga perkara-perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa dan bukannya setakat jaga perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa sebab ganjaran/pahala amalan puasa ditentukan oleh ALLAh SWT sendiri...dikhuatiri ganjaran puasa yang dapat setakat lapar dan dahaga sahaja...
f. Dalam berdoa mohon banyak-banyak untuk akhirat kerana disitulah destinasi kita selama-lamanya dan terakhir, dunia ini sebagai tempat persinggahan sementara.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
AKAL
Tarikh : 13/9/09
Ustaz Syahril
1. Mendekatkan manusia dengan Tuhannya dengan menggunakan akal
2. Orang yang dungu dalam ibadat boleh mendatangkan musibah disebabkan kejahilannya.
3. AKal lebih besar dari Arash
4. Dapat membezakan baik dan buruk dan menerima tugas-tugas khalifah dan beribadah.
Sumber-sumber ilmu menurut pandangan Sekular :-
a. Rasional (mampu fikir)
b. Imperikal/pengalaman
Tetapi ISLAM menambah satu lagi iaitu melalui sumber WAHYU. Dan Wahyulah sumber ilmu paling utama.
Menurut Imama Ghazali dengan akal -
a. Membezakan manusia dengan haiwan
b. Mengetahui perkara mungkin dan mustahil
c. Diperolehi dari pengalaman
d. Menundukkan hawa nafsu
Orang yang berakal ialah orang yang berada ditahap ke-4 iaitu berjaya menundukkan hawa nafsu
Manakala makhluk terbina dari 3 unsur :-
a. jiwa tumbuh-tumbuhan (makan dan membesar)
b. berjiwa kebinatangan/haiwan (bergerak)
c. berjiwa rasional
Untuk membangunkan akhlak, kanak-kanak akan melalui beberapa tahap :-
a. Mereka akan melihat perkara yang baik dan buruk dari penglihatannya daripada tingkahlaku dan amalan ibubapanya.
b. Semakin membesar mereka akan memperolehi kemampuan meniru setiap amalan ibubapanya
c. Tahap mengetahui setiap pekerjaan yang dibuat baik/buruk atau dosa/pahala
d. Memilih amalan ke arah akhlak yang betul dan beristiqamah dalam menjalankannya.
Oleh itu dalam diri manusia terdapatnya AKAL@NASU yang menjadi RAJA, kalau memilih NAFSU maka binasalah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment