Jangan tunggu-TunggU

Ada sahabat bila diajak berbuat kebajikan..Jawapannya... nanti dulu, sebab :-

a. Biz tak stabil/kencang lagi, bila RM dah OK aku join la...
b. Tak de masa la, sibuk dengan hal pejabat..
c. Masalah gua pun tak settle lagi, nak tolong orang macam mana???
d. Nantilah bila pencen nanti@berumur aku join kau le...

Tapi bila dah terlantar sakit dan biz 'out'...

a. Ruginya aku tak join dulu-dulu lagi, boleh dapat ramai sahabat2...
b. Umur aku pulak dah lanjut, tenaga tak de dan tak larat dah... bagi orang muda je
c. Masa muda aku sibuk dengan kerja, cari duit banyak-banyak takut anak-anak susah... tapi mereka ni belum tentu dapat bantu aku nanti bila dah pegi 'ke rumah satu lagi'.

OLEH ITU BERSEGERALAH...NANTI TAK SEMPAT, MULAKAN LANGKAH PERTAMA...

2 comments:

lan kida said...

Salam Mie,
Lama jugak aku tak komen dalam blog awak ni. Selalu koi jenguk tapi tak ada idea nak komen. Tapi tajuk awok ni memang tajuk lumrah yang selalu koi alami.

Bab bila mengajak orang buat kebaikan, bersedekah ni Mie, memang masak dah koi lalui. Memang lumrah dah asal ajak orang buat kebaikan jer, susah nak dapat perhatian apalagi nak membantu sekali. Tapi bila ajak bab berseronok, memang laju jer orang nak turut serta. Koi pun pelik jugak memikirkannya.

Kadang2 bila kita ajak buat kebaikan, bersedekah, dia tanya pula, apasal kita tak minta dari orang2 kaya, syarikat2 korporat dan macam2 lagi. Laa...tujuan kita sebenarnya nak ajak dia bersedekah dan buat kebaikan...kalau kita nak minta dengan syarikat korporat..tak payah lah ajak dia. Tujuan kita nak sama-sama merasa hasil titik peluh kita yang walaupun tak seberapa tu untuk di sedekahkan supaya kita sendiri dapat merasa fadhilat dan ganjarannya kerana ini bahagian kita sendiri... kalau dah orang lain punya sedekah..bukanlah bahagian kita.

Banyak benda kalau nak membebel bab ni tapi memang susah kalau hati tak terbuka dan tak dilorongkan.

Orang kanan koi bab sedekah dan buat kebaikan ni pulak dah terlantar sakit...saudara Kitang kita...tidak dialah yang paling awal sekali akan tampil bila koi ajak buat sedekah dan kerja amal ni.

Cerita bab rodong sakit ni pun satu hal jugak.... sms rodong lain beritahu kawan kita sakit...pergi2 lah ziarah.... tidak...banyak alasannya..nak tunggu rodong lain pergi sekali la...sibuk la...tak berkesempatan lagi la...koi geram jer nak ngabor...kalau nunggu awak ziarah..rodong tu almarhum dah agaknya baru awak nak jengok. Koi pun kadang2 tak paham juga dengan perangai sesetengah rodong ni...ntah laa.

Suhaimi Y said...

Koi dah gi ghumah dia semalam kat Kg Haji Ali.. dah Ok... Sebenarnya ada lagi sahabat kita yang dah kena macam dia operate bulan puasa tahun lepas kat 3 bulan jugak melepak... Selasa ni Kitang turun KL lagi nak follow-up case dia...

Kalu kita ditimpa kesusahan , ada orang lain lagi susah pada kita...

Susah kat dunia tak pe lagi, jangan susah kat akhirat... Neraka Jahanam jawapnya..

Post a Comment