Tahun ni 2 orang anak aku akan ambik periksa, sorang PMR sorang SPM... Kalu diperhatikan cara belajar pulak, sorang relak memanjang (lelaki-PMR) sorang lagi sibuk dengan buku... (pompuan).. Tengok buku sejam lepas tu sambung dengan PS2 dan Internet pulak 2-3 jam...
Nak buat macama mana???MaraH! Rotan! apa lagi... last-last aku sama-sama buat latihan math dengan dia...
Minggu ni dan depan dah ada jemputan ke jamuan Raya + Sembahyang Hajat untuk periksa mereka berdua ni...
Masa aku dulu kat AFKL, seingat aku tak dibuat le... Yelah masa tu kami lebih dingatkan bahawa tiada cara lain hendak berjaya kena belajar, belajar, belajar... tengok buku memanjang... Tapi senjata paling ampuh sebenarnya DOA terutamanya dari ibubapa...
Dan selepas periksa SRP(dulu) kami lebih ditekankan kepada subjek aliran sains kononnya untuk menjadi jurutera yang hebat (Melayu kurang Jurutera atau Doktor). Kalu dengar masuk aliran Sastera.. biasanya ni mesti budak lembab, tak cerdik, tak pandai dan macam-macam lagi....dan paling teruk tak layak belajar di AFKL (result bungkus) sebab biasanya yang masuk kelas Sastera ni result SRP tak elok
Memang diakui kebanyakkan lulusan AFKL berjaya mencapai cita-cita menjadi jurutera, yang jadi Doktor pulak setiap batch ada la sorang atau 2 orang paling banyak DAN sorang habuk pun takde yang menjadi Peguam...Rupanya baru aku tau nak jadi lawyer ni kena masuk aliran Sastera belajar Sejarah dan macam-macam lagi... Rupanya ada informasi/maklumat yang kami tak terima abis masa aku mengaji dulu..porahhh
Bila dah keluar U dan berusia macam sekarang ni, aku tengok budak yang gagal SRP/SPM pun boleh jadi kontraktor besar walaupun tak pandai baca pelan. Janji ada kabel ... projek juta-juta pun dapat tak payah jadi engineer... Punya la tunggang terbalik..
Jadi aku terpaksa reform projek kerjaya anak-anak aku... Yang masuk aliran Sains aku tak bagi ambik subjek Bio, kalu nak jadi Doktor tak pe le... sebabnya subjek ni tiada kaitan langsung dengan dunia seorang jurutera dan akauntan. Lepas PMR aku nak suruh dia ambik subjek ringan-ringan sudah dan yang berkaitan dengan cita-cita dan minat belajar dia. Janji SPM Skor abis cerita
Sebenarnya dunia pendidikan kita dah kacau bilau, tiada landasan yang betul untuk mengfokus kepada kerjaya seseorang...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment