BahagiAkah KiTA??


Kalau tanya sang isteri . Puan Bahagia?.. Ya. Alhamdulillah saya dikuniakan sorang suami yang baik hati, ikhlas dan bertanggungjawab..(dalam hati dan tak kawin satu lagi), anak-anak yang cerdas dan berjaya dalam pelajaran. Tu mungkin jawapan yang biasa kita dengar...

Kalu tanya sang suami... Saya bersyukur kerana saya kini bahagia dengan ikatan kasih-sayang isteri dan anak-anak pulak yang sentiasa membuatkan saya gembira sepanjang masa. Teman-teman di pejabat pula sporting dan mempunyai kerjaya yang mampu menanggung makan minum anak isteri saya.

Bagaimana pulak orang miskin? Adakah mereka tidak BAHAGIA kerana sentiasa berusaha keras mencari sesuap nasi demi keluarga dan pendidikan anak-anak? Tanpa gelak ketawa, senyum ria tetapi penuh dengan kesedihan, murung dan tertekan akibat kesesakan ekonomi.

Bagaimana pulak dengan sebahagian diantara kita yang dihujani dengan pelbagai ujian seperti kerjaya, perniagaan, rumahtangga, pendidikan anak-anak, ibubapa, ditimpa kemalangan, dihinggapi penyakit.. Adakah mereka ini tidak BAHAGIA dan tidak layak mendapat BAHAGIA disebabkan ujian-ujian itu. Sedangkan tiap ujian datangnya dari ALLAH untuk menguji makhlukNYA...

Nampak ada perbezaan definasi dan pencapaian tahap BAHAGIA antara orang MISKIN/CUKUP MAKAN dan SEDERHANA/BERADA. Bagaiamana pulak pandangan ISLAM?

Pada pandangan kita, bahagia itu lebih kepada cinta, kasih sayang suami/isteri dan anak-anak, kejayaan anak-anak dalam pendidikan, kejayaan dalam kerjaya mahupun perniagaan dan lazimnya tiada ujian-ujian kehidupan seperti yang dinyatakan tadi. Sedangkan BAHAGIA yang dicapai tadi semuanya hanya sebentar sahaja dan pada pandangan/pemikiran manusia yang cetek pengetahuannya.

Adakah itu sahaja? Apakah maksud sebenar BAHAGIA. Amat sukar untuk mendapat jawapan yang menyebut ... setakat ni saya berjaya menjalankan amanah ALLAH sebagai seorang MUSLIM dan moga-moga ibadat tersebut diterimaNYA. Mungkin sukar mendapat jawapan sebegini.(Ni pandangan aku...)

Sempena Jumaat ini mari kita mencungkil maksud sebenar BAHAGIA dan yang hakiki bukannya setakat duniawi.

0 comments:

Post a Comment