Mathurat - amaLkAN


Ramadan nak tiba dah. Maka perbanyakkanlah ibadat harian kita.. Boleh beli kat kedai-kedai dan biasanya dah bundle dengan surah Ysssin sekali... Amalkan selalu

“Dan sebutlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai.”

(surah al-A’raf: 205)

Rasulullah S.A.W. sentiasa berzikir dan berdoa. Antara waktu yang paling kerap zikir dan doa Rasulullah S.A.W. adalah pada waktu pagi dan petang.
Buku Mathurat ini adalah himpunan zikir dan doa yang disusun oleh Imam Hassan al-Banna. Beliau menyusun daripada banyak hadis Rasulullah S.A.W. di dalam kitab-kitab sunan yang diamalkan oleh Rasulullah dan kelebihan-kelebihan beramal dengannya lalu menjadikannya bacaan seragam untuk jemaah Ikhwan Muslimin.

Antara kelebihan Ma’thurat adalah:

* Terpelihara daripada gangguan syaitan daripada pagi hingga petang dan dari petang hingga pagi berikutnya.
* Terpelihara daripada bahaya dan perkara-perkara yang tidak dingini.
* Segera mendapat apa yang dicita-citanya.
* Pahala seperti membaca sebahagian besar Al-Quran.
* Keperluannya dicukupkan oleh Allah.
* Layak mendapat syafaat pada hari kiamat.
* dan banyak lagi.

Imam Hasan al-Banna adalah pendakwah, reformis dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin. Pada usia 12 tahun, beliau sudah menghafal al-Quran. Beliau menyertai kumpulah Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolah. Beliau juga menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Pada usia 23 tahun, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Hasil kegigihan beliau, gerakan dakwah beliau mendapat sambutan di Mesir dan di setiap pelusuk negara-negara Islam. Bimbang dengan pengaruhnya yang semakin kuat, Hasan al-Banna ditembak mati oleh seorang pembunuh lalu menghembuskan nafas pada 12 Februari 1949.

Softcopy kat SINI (lambat sikit buka)
DENGAR Mathurat

2 comments:

tok ayah haraki said...

Salam...jangan lupa... "Ya Allah tolonglah Ialam dan umatnya di Palestin, Kashmir, China, Afghanistan, Iraq, Filifina, Thailand dan Permatang Pasir"

Minta Allah bagi kekuatan kepada kita di bulan Ramadhan ini untuk jadi hambanya yang bermanfaat untuk Dunia dan Akhirat, Iman dan Islam. Amin.

jundullah al-malayzie said...

Salam...Akh Mi, jangan takut sangat H1N1 [ jangan pula berani sampai jadi takbur ].
Selsema babi ...bahaya ...lagi bahaya "perangai macam babi". Mi kenal ke perangai babi ? Orang Felda, 'buka bukit' cukup tahu perangai babi, ...sodok tak kira halal haram, harta orang, pencarian orang...siapa makhluk manusia yang ada perangai macam tu ? Siapa sodok, rampas, rompak royalti minyak rakyat Kelate ?
Jawab segera...bukan kasar tapi nak 'kesar otak' orang yang terlibat 'yang rasa pedas !'

Doakan moga-moga makhluk yang diharamkan Allah [ kecuali ketika dharurat ] tak memudharatka kita

Khusus utk Mi anak beranak, "Sabar dengan ujian yang diterima,... insyaAllah akan selesai nanti"

Sila datang Kelantan Jumaat dekat ini, malam puasa pertama jam 3 pagi ada MUNAJAT halau H1N1 bersama TGN.Aziz. InsyaAllah.

Post a Comment