sELAMAT mENYAMBUT RamadHAN
Pagi ni sejak pukul 715 pagi lagi aku dah bertolak ke Bahau untuk urusan IT service kat tempat pelanggan. Oleh kerana pagi tadi tak makan apa-ap, jadi aku pun berhentilah di sebuah gerai lebih kurang 50 meter dari jambatan Sungai Mengkarak dan hampir 2 km dari Simpang Kerayong.
Kami sampai di situ lebih kurang pukul 745 pagi. Aku pun pesan la 2 nasi lemak dan milo kosong. OK jugak nasi lemak... dah abis makan so nak bayar le... akupun jumpa pak cik tokeh kedai. Pak Cik kira semua berapa ? Aku kata.. Pak Cik tu jawap , hari ni tak payah bayar le sebab memang nak jamu semua yang berhenti minum kat kedai Pak Cik sebab esok nak tutup kedai menyambut bulan puasa pulak... Ye ke? aku tanya lagi.. Betul dia kata. AKu pun ucap terima kasih banyak-banyak le....Moga dimurahkan rezeki...
Ada juga orang bermurah hati buat open house sebelum menyambut Ramadhan... Dari itu untuk semua sahabat-sahabat, kenalan dan pelawat blog ni iucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN MOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA DENGAN LEBIH AMAL IBADAT, LEBIH BERKUALITI DARI TAHUN LEPAS, LEBIH MASA MENGINGATI TUHAN, LEBIH MASA MERENUNG DOSA-DOSA LALU, LEBIH YAKIN DENGAN ISLAM DAN LEBIH BERSTAMINA UNTUK MENJALANI IBADAT SELEPAS RAMADHAN PULAK ... JANGAN SETAKAT RAMADHAN SAHAJA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment