HebaT

Pagi ni aku bawa anak ke klinik homeopathy kat Temerloh... Selesai jumpa Dr nak ambik ubat pulak.. Staff dia kata hari ni hari Jumaat, jadi kami tak kenakan apa-apa bayaran, kalu nak bayarpun terpulanglah...Aku pun bayar jugaklah sepertimana rate biasa. Rupanya tiap kali Jumaaat klinik ni akan berurusniaga secara demikian. Jumaat penghulu segala hari, maka beruntunglah orang-orang yang berbuat kebajikan.

Jadi kinik tu 'untung' lebih besar sebenarnya. Mereka mempunyai jiwa yang besar untuk mengamalkan konsep perniagaan/pemasaran yang jarang dipraktikkan oleh mana-mana pengusaha pada masa kini. Mungkin kita boleh cuba. .

0 comments:

Post a Comment