H1N1 dah dapAT MangSa kAt RanCangAN

Kalu balik rancangan mesti ada cerita-cerita menarik. Orang tua aku bagitau dah ada peneroka meninggal kat rancangan sebab batuk-batuk je. Dia pulak pernah berniaga kat kedai MARA selang sebuah dari kedai orang tua aku. Umur tak sampai 60 lagi. Ni cerita orangtua aku.

a. Meninggal akibat batuk-batuk sahaja.
b. Pergi ke klinik swasata, doktor tak nak rawat.. diminta terus ke hospital untuk mendapat rawatan.
c. Sampai hospital terus masuk kecemasan dan meninggal.
d. Kaum keluarga tak dibenarkan menunggu dan melihat wajah arwah sehinggalah dibawa balik kerumah.
e. Dibawa balik dengan berpakaian uniform hospital lagi.
f. Mangsa ada penyakit lelah dan jantung.

Ni cerita anak sedara aku yang dok rancangan.

a. Arwah dipercayai batuk dan demam setelah anaknya balik dari luar negeri/negara (tak conform)
b. Anaknya juga demam dan batuk-batuk.
c. Keluarga arwah telah dikuarantin kat rumah.

Tak tau yang mana satu betul. Harap-harap 2-2 betul. Tapi kalu mengikut symptonnya memang ada iras-iras H1N1. Memang tak pelik sebab kebanyakkan an-anak peneroka yang balik hujung minggu mungkin membawa balik bersama VIRUS nih.... Kena pulak orangtua kat rancangan ada penyakit belaka sepereti kencing manis, gout, jantung, darah tinggi , semput dan macam-macam.

AL-FATIHAH untuk arwah Baharin.. (dulu aku selalu beli roti canai kedai dia)

1 comments:

Faizal Zakaria's Blog said...

Ambil langkah berjaga2....



















Klik Di Bawah :-
>>> Blog 1 Malaysia <<<

Post a Comment