Malam Yang SenAK

Malam tadi aku menunngu anak kat hospital. Pukul 1030 malam ada la 1 patient budak sekolah admit ke wad anak aku. Akupun bersalam dengan ayah dia... tanya sakit apa bang?.. Dia jawab demam panas dah 3 hari, pegi x-ray ada kuman pulak kat paru-paru... Dalam hati aku apa punya ayah ni, dah 3 hari baru nak bawa anak ke hospital, orang lain tengah kelam-kabut H1N1 dia buat relax je.... Memang le kalu batuk-batuk dan demam yang lama sikit, kuman pun serang le paru-paru...

Lepas tu dia kata, saya tak bawa apa satu pun ni, ingat boleh balik, kena tahan pulak. Malam ni keja. Tengok gaya rupa smat semacam je, aku rasa dia ni polis....
Lepas tu, dia pun menghilangkan diri, tinggal anak terkonteng-konteng sorang atas katil.

Pukul 130 pagi baru nak lelap, bunyi bising-bising dalam bilk tu 2-3 orang doktor tengah keliling budak tu.. check darah, BP. Pulse macam-macam .. masuk air dan ubat... Dengar doktor kata, U pakai topeng sebab nanti berjangkit kat orang lain...kelam-kabut kejap lepas tu doktor suruh pindah patient tu ke wad lain.. Pindah le kat pukul 3 dengan diusung oleh staf yang memakai pakaian seperti orang nak ke bulan...kerana disyaki H1N1...

Aduhhhhhhh suspens abis aku... Sebelah budak tu ada pesakit yang paru-parunya bernanah dab 26 hari, kanan pulak darah tinggi..Aku pulak ada ASMA... emmmm

Sampai ke siang aku tak tidur dibuatnya bimbang memikirkan serang H1N1....Sebabnya oleh kerana aku sorang je yang terjaga.. staff kat hospital bagi le topeng kat akau... pakai ni bang!...

InsyaALLAH anak aku akan keluar wad petang ni kalu tak ada apa-apa masalah... Mohon doakan agar kesihatannya pulih sediakala....

1 comments:

Anonymous said...

salam...Mi, untuk pulihkan semangat anak tu beri minum air zam-zam.
Katakan, "Allah tolong kita sebab kita berjuang Islam". Diri kita ini untuk Islam.

Post a Comment