Keadaan anak
Semalam keadaan anak aku dah banyak berubah. Boleh dikatakan 85%. Cuma dia merungut tak nak diambil air dari tulang belakang. Aku beritau dan pujuk dia ayah akan cari pilihan lain untuk mengubati penyakit AMMAR, InsyaALLAH ada ubatnya. Dia nak balik lekas-lekas ke asrama apatah lagi sebelah petangnya kawan-kawan dan Ustaznya datang melawat.
Ammar pun menceritakan macamana dia boleh kejang dan sesak nafas. Dia kata, dia berhasrat untuk mengikut Ustaz dia berterawih di luar sempena Ramadhan ni. Jadi dia nak menghafaz lebih dari sediakala dan berlumba-lumba dengan kawan-kawannya. Jadi Subuh tu semasa asyik dok menghafal tiba-tiba sakit sepala, sesak nafas dan tangan menjadi kejang.... lepas tu terus dibawa ke hospital.. abis..
---------------------------------------------------------------
Gambar sebenar bukan hiasan/ilustrasi
Pagi ni aku cincai je masak nasi goreng sebab nasi dan lauk semalam banyak lagi. Aku ni tak reti bab masak-masak hanya pembantu didapur sahaja. Tukang menyediakan bahan-bahan, kemas dan basuh pinggan minggan je aku minat. Masak... eeehhh. Lepas tu biasa le sidai baju dan kemas dapur. Anak ke-2 Amin, masih demam dan selsema pulak, yang kecik nak memonteng hari ni.. pukul 830 pagi bersiap nak ke hospital pulak, rumah satu lagi..
Jadi hari ni dah 3 hari aku berulang-alik ke hospital dan dah jadi macam rumah ke-2 pulak.. Kalau orang ada 2 rumah mungkin lain sikit kot, macam member aku tuh.. sakit kepala orang sana dan sini boleh picit. nak makan pelik-pelik sikit boleh ode je... layanan pun mungkin lain-lain... seronok barangkali... Nantilah aku buat sesi temubual khas dengan dia nak tanya nikmat dan hikmah ada 2 rumah ni. Sebab tu ramai yang mengidam dan berangan nak 'tambah rumah satu' lagi kot. Tapi kalau sakit macamana?? Nak lepak kat rumah no-1 ke no-2? Nanti berebut pulak nak jaga.... Mungkin dia pun lepak kat hospital, tempat berkecuali..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
salam...
semoga ayah min bersabar dan tabah menghadapi ujian...insyaAllah kat cni pun Alhamdulillah keadaan sdah makin baik dari yang lepas...teruskan perjuangan menjadi seorang bapa yang soleh moga2 anak-anak pun mengikut jejak si bapa...insyaAllah..sama2 kita doakan kesejahteraan umat islam...
Post a Comment