MelepAsI 40an

Umur aku kini dah melepasi 40++.. Maka tahun ni aku rasa banyak kali dah melawat fan berziarah klinik dan bertanya khabar kat mana nak 'sihatkan' badan. Bila terbaca blog BUDIMAN sahabar lama di ITM Zainordin Awang Samah (DIA) yang kini baru selesai menjalani operation kat usus (moga segera sembuh).. maka tak mustahil sikit demi sedikit 'kekuatan' dan 'kegagahan' diambilNYA. Memang semuanya cubaan dari Pencipta. tetapi ianya juga sebagai tanda bahawa bila umur kita semakin meningkat akan datang pula bermacam-macam penyakit akan menyerang. Masa sahaja yang akan menentukannya. Ada sahabat dah kena kencingmanis, darah tinggi dan bermacam-macam lagi.

Aku sendiri tak terkecuali dengan LELAH semenjak dari zaman sekolah lagi. Dan terkini ada kebas-kebas pula dikaki kanan. Doktor kata ada problem kat saraf. Aku ni bukannya jenis atlit masa sekolah dulu... Ni adalah peringatan fasa pertama sebelum memasuki umur 50an, 60an... sebelum dijemputNYA

Kepada sahabat-sahabat lain yang tak kena lagi berhati-hati dengan pemakanan anda ... sebab kat situlah punca utamanya... Untuk wanita/ibu-ibu banyak-banyaklah minum susu kerana kerana anda kini akan memasuki Zon Monop...s + kekurangan Kalsium...

0 comments:

Post a Comment