Petang semalam anak aku dah dipindahkan ke bilik lain walaupun dalam wad yang sama. Tak lagi dalam pemerhatian khas nurse/dr... Minta-minta semuanya berjalan baik. Dia jugak dah melepasi tahap kritikal 70 jam sehingga pukul 6 pagi tadi(8/8) yang mana sawan tu boleh berulang semula (pendapat Dr lain). Dia pun dah merayau ke sana ke mari sebab boring katanya. Dari tengahari hingga ke petang tak putus-putus orang melawat termasuk bekas guru-gurunya dari Sek Ren Agama At-Taqwa Temerloh yang membawa 'buah tangan khas'. Wife aku sebak dan hendak menangis katanya...
Juga kepada jiran-jiran TBR, ibubapa PASTi AZ-ZAHRA', Cikgu Zul, Saudara Hashim, Mudir SRA AT-Taqwa dan lain-lain lagi. Doa dan pesanan tuan puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih. ALLAH jua yang akan membalasnya...
CERITA LAIN
Cerita 1
Peakit yang berhadapan dengan katil anak aku, telah meninggal selepas sejam akan aku dipindahkan biliklain... Paru-paru berair. Petang Khamis dia bernafas dengan menggunakan mesin. Sebelum dia meninggal, dia telah membukakan matanya buat kali terakhir dan kelihatan bersalaman dengan kakanya ketika iu wifenya telah turun ke bawah membeli makanan. Sekitar 15 minit diapun menghembuskan nafasnya yang terakhir kembali kepada ALLAH Yang Maha Besat...Tidak sempat bersama siisteri...
Kematian itu wajib tidak cepat atau lewat sesaat. Kini sudah melepasi 15 Syaaban dan 'berbahagialah' para 'tahanan' di kubur buat sementara kerana sedang direhatkan dari soalan/siksaan dari Malaikat sehinggalah melepasi Syawal ini pulak...
Cerita 2
Kini ibubapa yang sakit terlantar di hospital terpaksa dijaga oleh BIBIK pulak. dasyat sampai begitu sekali. Ada 2 orang bibik kat wad tu seorang dari Lombok sorang lagi dari Bandung.... Yang dari Lombok tu katanya.... Mak Cik ni ada 10 orang anak semuanya kerja diluar, sorang pun enggak mau nunggu, jadi aku diupah menjaganya...
Kita bagaimana sempat atau tidak menunggu ibubapa atau ibubapa akan menunggu kita bila terlantar sakit nanti terutamnya kat hospital@rumah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment