Nostalgia LAMA
2-3 hari lepas ada sahabat lama sudah drop kat blog sini dan cerita pasal berkonvoi ke KL dari Temerloh.. Masa tu tahun 87/88
Yes.. aku ingat lagi masa tu aku kat ITM Shah Alam. Jadi ada sahabat yang memulakan perjalanan dari Jerantut lagi. Biasanya kami akan bertolak sebelah pagi selepas Subuh samada dari rumah masing-masing@ITM. Dalam 2 1/2 jam dah sampai destinasi.
Aku pulak akan tunggu di pit stop Kuala Krau, lepas tu Temerloh sehinggalah Karak. Group kami tak ramai 5-6 orang. Motor pulak paling bestpun RXZ, yang lainnya Honda CUB C70... aku dengan Yamaha Cub Y80. Paling lajupun 80km. Tak reti pulak nak merempit....Masa tu kami guna highway KL - Karak... Tempat biasa kami minum kat Genting Sempah, kedai mula-mmula sekali@ke-2. Sekarang kedai tu dah tak de..
Rugi pulak tak de gambar masa tu untuk dipaparkan kat sini untuk mengimbau kembali kepada anak-anak dan sahabat lama. Kalu nak try bawa motor sekarang tak berani wooohhh. Lori/bas gila2 bawak laju... Cuma yang tinggal topi keledar aku warna merah jenis SGV je lagi. motor tu aku dah bagi kakak aku guna sampai hari nih...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Salam Suhaimi..
Kau..kat ITM Shah Alam...bermula tahun bila?
Aku.. kat situ, di asrama Jati, kemudian di Seroja 2atau 3(hehehe..dah lupo lak) since 1985. Graduate 1987 dlm DIS (Dip. In Science).
Pada tahun berikutnye;1988..aku teruskan perjuangan kat UKM lak & seterusnye....hingga jadi seperti sekarang.
Post a Comment