Program Isra' & Mikraj


Program B'MUSLIM berkaitan forum Isra' & Mikra' berjaya jugak dijalankan dengan jayanya di Taman Temerloh Jaya. Majlis telah dimulakan dengan solat berjemaah Maghrib di tapak pasar malam dengan hanya 5 orang jemaah dewasa dan kanak-kanak yang melebihi 10 orang. Kedudukan tempat solat yang dikelilingi gerai-gerai makanan/minuman, buahan-buahan dan makanan ringan sunyi seketika apabila program solat berjemaah mula diadakan.

Ini pertama kali diadakan sebagai program berdakwah ke masyarakat kaki lepak. Walaupun tak ramai yang hadir ketika solat tetapi dengan ramainya kanak-kanak ini menunjukkan bahawa ISLAM masih mempunyai masa hadapan yang gemilang. Kemungkinan ayah-ayahnya malu-malu untuk bersolat dikhalayak ramai, sambil dikelilingi kaki-kaki lepak/teh tarik minum-minum sambil berbual-bual kosong.

Selepas itu semasa solat Isya' pula, alhamdulillah 1 khemah penuh dengan kanak-kanak bersama-sama bersolat. Acara selepas itu adalah nasyid dari adik-adik Maahad Tahfiz Bergala Gantang dan nasyid adik-adik Az-Zahra dan diikuti forum.

Majlis forum yang bertajuk 'Membentuk Belia ISLAM Cemerlang' yang bermula jam 935 malam beransur-ansur dipenuhi orang ramai sambil minum-minum pekena Tomyam, Teh Tarik dan macam-macam lagi. Malam tu jugak ada funfair dengan artis jemputan dari kumpulan MAY yang hanya berjarak 2 km. Jadi tahniah kepada pendengar-pendengar yang setia membawa telinga mendengar tiap cerita, ulasan, hujahan dan penerangan dari ahli-ahli panel.

Tahniah kepada B'MUSLIM yang menganjurkan program seumpamam ini dengan berdakwah di tapak pasar malam dan bukannya di surau, masjid ataupun dewan-dewan. ISLAM kini perlu terus 'dimarketkan' kepada pengguna tidak hanya dipamerkan menungggu pembeli yang sudi datang membeli.

Tahniah kepada sahabat-sahabat Ustaz Fairus, Haji Syam Pomen, Ustaz Syukri, Farid tokeh komputer, saudara Sapian tokeh mini market dan lain-lain. Teruskan dengan aktiviti lain-lain pulak. Mungkin boleh buat majlis solat Dhuha, Hajat dan Tazkirah pada tiap pagi Sabtu sebagai 'makanan rohani' pulak...

0 comments:

Post a Comment