RelAX Hari nih!

Hari ni aku tak kemana-mana Betul-betul nak lepak dan borak-borak dengan kekawan je. AWal pagi biasanya aku hantar wife dan anak ke PASTI, pukul 7.05 dah kat situ.. Sapu sampah sikit dan terus balik ke warung Nasi Lemak RM1 kat perumahan kat rumah. Lepas tu borak-borak dengan rakan masjid (tok Imam + ngajar kat Masjid Temerloh).

Balik rumah burn CD untuk latihan anak-anak PASTI bagi acara selingan nasyid sempena Program Isra' Mikraj di Tapak Pasar Malam Taman Temerloh Jaya Malam Sabtu nih... Tengok budak-budak berlatih kejap....Mudah sangat dia orang menghafal rupanya setengah jam dah OK untuk 2 rangkap le... Esok boleh berlatih lama sikit kot...

Tengok planner aku...
Rabu - kena training akaun untuk staf NGO
Khamis - Jumpa Perunding IT dari KL nak develop System pulak.
Jumaat - ambik anak balik dari Tahfiz...+ malam program Isra' Mikraj
Sabtu - family day
Ahad- Hantar wife meeting PASTI Kawasan, petang hantar anak balik asrama
Senin - Kena pegi Kota Bharu (system maintenance tempat client)

Wah penuh jugak jadual minggu ni...
---------------------------------------------------------------

SAPE-SAPE DOK TEMERLOH JANGAN LUPA!!!

TARIKH : JUMAAT 24/7/09 - Bermula dengan SOLAT Maghrib berjemaah
TEMPAT : TAPAK PASAR MALAM TAMAN TEMERLOH JAYA
PROGRAM : FORUM ISRAK MIKRAJ
PANEL
- Ustaz Riduan Mohd Nor - Penceramah bebas /Radio IKIM
- Ustaz Suhaimi Mohd Saad - Penceramah bebas
Penganjur : AKADEMI BELIA MUSLIM CEMERLANG (B'MUSLIM)

0 comments:

Post a Comment