HARI PelapuraN - SMA Al Khairiah Temerloh



Semalan (Jumaat 3/7) pagi lagi aku dah ke sekolah anak lelaki aku yang ke-2 pasal kena ambik kad laporan prestasi (zaman ni orang panggil Hari Pelapuran). Sekolah ni adalah sekolah aliran agama@Arab. Tahun ni dia ambik PMR, tahun depan SMA pulak... Sesi perbincangan dengan guru kelas bertujuan mengenalpasti masalah problem anak-anak dan lain lagi la.

Ramai ibubapa penjaga yang merungut terutamanya kekurangan tuisyen subjek akademik dan kekerapan tusyen untuk kelas hujung-hujung (kurang terror sikit). Jawapan yang diberi ...

1. Sekolah ni ada lebih kurang 1200 pelajar dengan nisbah 6 perempuan 4 lelaki
2. Jumlah bilangan guru 66 saja
3. Guru akademik tak cukup sampai kena cover 7 kelas - paling sikit.
4. Mohon guru tambahan akademik biasanya tak dilayan oleh JPN.. ialah sekolah agama tak brapa nak bantu.Kalau dapatpun akan dtarikbalik antar ke sekolah lain. Pernah berlaku guru dari JPN hanya sempat mengajar 2 minggu je, kena posting ke tempat lain pulak.... Nilah nasib sekolah agama semenjak Mahathir mengetuai penarikan balik bantuan SAR dan ketidakperhatinan kerajaan UMNO terhadap sekolah agama.

Tiap tingkatan ada 7 kelas. Anak aku kena kelas Bukhari(kelas no 1), bilangan semua pelajar 45 (12 je lelaki lain pompuan...) dasat. kurangnya spesis lelaki. Best student dalam kelas 88% untuk 18 subjek, dia hanya 74% saje. Top tree lelaki pulak....

Kelas hujung pulak faham jelah. Kena pulak sekolah agama, agak-agak anak tak brapa reti membaca@mengira atau perangai tak boleh dikawal , antar le ke sekolah agama. Jadi janganlah marah@terkejut kadang-kadang budak2 sekolah agama ada yang nakal-nakal. Sebabnya mak bapak dah tak boleh kawal anak lalu dihantarnya ke sekolah agama, harap-harap jadi baik...Begitulah nasib sekolah agama



0 comments:

Post a Comment