Terima SumbangAN - Dana Taqwa


(Terima cek dari Ustaz Fairus)

Hari ni aku pegi jumpa sahabat di pejabat PAS Negeri kat bandar... Lepas tu tengok sahabat tu sibuk ambik gambar kat atas ni. Aku pun snap jugak le... Rupanya ada penyerahan cek khairat bernilai RM1,000 kepada Nurzainah bt Adnan bagi pihak nenek beliau iaitu Fatimah Saad 76 tahun yang baru sahaja meninggal pukul 8.00 pagi tadi di Kedah. (gambar ini diambil pukul 11.25 pagi)

Beliau baru sahaja mencarum dalam skim ini 3 hari lepas bagi pihak nenek beliau. Selepas itu beliau terus bertolak balik ke Kedah.

Baru semalam aku dok promote pasal Dana Taqwa ni... tut tup hari ni dah ada berita berkaitannya...Carum je lah....

0 comments:

Post a Comment