AjAK AnAk Remaja BersolAt
Bagaimana nak ajak anak remaja bersolat jemaah terutama lelaki? Mula-mula ajak tak nak pegi, suruh , buat tak tau, tegur dan marah terus hilangkan diri... Sebabnya ibubapanya mungkin pun tak berminat nak ke surau/masjid. Jadi jangan salahkan anak-anak pulak. Kalu ayahnya ke surau pun mungkin anak tu kejap ada kejap tak de. Masa kita ke surau dia ada, kita outstation diapun monteng kat rumah... Apatah lagi kalu ada kuliah kat surau...
Mungkin kaedah ni boleh dipakai iaitu ajak kawan-kawan kepada anak-anak kita pegi juga ke surau. Jadi sekurang-kurangnya ada la geng dia kat surau nak berborak. Sebabnya geng-geng kat surau tu kebanyakkannya pangkat datuk dah dengan dia jadi nak berborak pun tak tau nak cerita apa..Dan mulakan pada bulan Ramadhan sebab masa ni kalu di Malaysia dah jadi adat mesti sembahyang kat surau/masjid.. Aku pun pelik sembahyang jemaah masa bulan posa je, abis posa jemaah pun hilang. Kalu dah training 1 bulan tu , InsyALLAH okey... Tapi kena berjemaah jugak le lepas abis posa...
Aku cerita ni dari segi pengalaman bukan nak menunujuk-nunjuk perangai anak-anak aku. Setakat ni berjaya.. sampai dia orang pulak yang beria-ria nak ajak pegi dengar kuliah@sembahyang kat mana-mana masjid.. Kadang-kadang aku ikut dia kat mana masjid yang dia cadangkan terutamanya sembahyang Jumaat@baca YAASIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment