PRK Penanti - Najib & Luiz Scolari



PRK Penanti tak lama lagi dah. Ni ape hal pulak cerita pasal Luiz Scolari..???? Dia ni bekas coach Chelsea selama 8 bulan je.. Nama cukup gah semasa jadi coach Portugal dan Brazil. Tapi bila join Chelsea terus merudum.Join Chelsea July 08, lepas tu kena tendang Februari 09

Semenjak jadi PM ni dah 2 kali kalah dalam PRK... lepas ni katalah kalah lagi, baik resign la... Kalau Najib jadi coach@Pengurus kat EPL lama dah out...

Cerita SUbuh


Sekarang waktu Subuh masuk awal iaitu lebih kurang 5.40 pagi.. Pagi ni, keluar je rumah nak ke surau bersama anak aku, terserempak dengan adik@kakak@makcik yang nak ke surau jugak betul-betul depan rumah sewa aku. Bukannya ape, sebab dia tu pompuan dan sebelum ni tak le terserempak macam ni... kalu balik dari surau tu ada la... Aku pun jalan terus je sampai surau. Muka tak nampak, tapi tengok cara pergerakan tu orang muda lagi..

Kenape sorang?? Mana abang@ayahnya atau jika dah kawin mana suaminya???... Kalau dua-dua takde...seeloknya sembahyang kat rumah la. Dunia hari ni faham je lah. Banyak fitnah kat luar.. dengan bau wangi nyelah...

Pernah berlaku kat satu masjid, orang sedang sibuk sembahyang jemaah Subuh, tiba-tiba ada suara orang pompuan menjerit.. "tolong! tolong!". Apa lagi dengar jelah termasuk aku. Selepas itu bertambah ramai lagi suara pompuan kata "ada orang dalam tandas!" . Abis sembahyang pakat bergegas le... rupa-rupanya ada mamat dah standby dalam tandas pompuan duduk buat kerja laknat... Apa punya orang.. Ramai le pakat meluru ke tandas pompuan, ada yang serba salah.. tengok jelah.. Dok kejap ada jemaah bagitau "dia dah cabut lari dah..." .

Sebenarnya kedudukan tandas dalam satu masjid pun satu hal jugak, kena pusing jauh untuk pegi melepas hajat dan tiada ciri-ciri keselamatan langsung. Maka AJK-AJK surau@masjid kenalah ambik cakna.

Dari kami AYah BondA


Anakku...
tika lahirmu
kau menangis
takut amanah ALLAH
kami jua bertangisan
bertambah lagi amanah dariMU


Besarmu
penuh ranjau
tiada silap darimu
walau kadang tercalar
walau kadang terpilu
buat kami
doa sentiasa kami iringi

Yang utama
takutlah olehmu akan ALLAH
setiap amanahNYA dilupa jangan

Kamulah serikandi kami
kamulah wira kami
kamulah harapan kami
teruskan usaha
mencapai cita

Tiada apa kami pinta
harta bertimbun ... mungkin melalaikan kamu
pangkat kebesaran... mungkin menyombongkan diri
kuasa ditangan... mungkin tidak terpikul

Cuma
pimpinlah adik-adikmu
ziarahlah saudaramu
hormatilah orang berusia
belailah kami
walau dimamah usia
walau uzur tidak terkira

Doamu kami pohon
walau hanya sekalimah Al-Fatihah
moga sentiasa diucapkan
dilupa jangan sekali
dikala kami tiada lagi..

CeramAH PoliTik


Pengumuman....

Malam esok ada ceramah... Ramai-ramai kita pegi kat Sungai Gau...

Tarikh : 01/05/09 - 9 malam

Penceramah :
- Ustaz Misbahul Munir Masduki (Setiausaha Politik YAB MB Perak)
- Ustazah Nuridah Salleh (Ketua Muslimat Pas Pusat)

Tempat : Darul Amin Sg Gau...

Ketua dan Penasihat

Semua orang adalah ketua dan mungkin jugak sebagai penasihat. Dalam satu rumahtangga mungkin si suami berjawatan sebagai ketua dan si isteri pulak sebagai penasihat. Tugas sang penasihat memberi nasihat kepada sang suami, nak pakai@tidak terpulang.. mungkin dia akan pakai 100% atau diubahsuai sedikit sebelum membuat satu keputusan. Ketua yang langsung tak dengar kata-kata penasihat mungkin dipanggil 'Autortharian' (kalu tak silap aku.... kalu salah betulkan). Ada pulak yang kaki bodek dan tambah cerita untuk disampaikan kepada penasihat supaya menasihati sang ketua terutamanya dari anak-anak sendiri pulak yang bermacam perangai...

Dalam dunia politik pun macam tu jugak.. Masa Pak Lah jadi PM dulu, semua kata KJ dan budak tingkat 4 adalah penasihatnya. Sampai terguling kawan tu dari terus menjadi PM disebabkan nasihat-nasihat dari 'Penasihatnya' yang memakan diri. La ni Najib pulak semua pakat kata Mahathir adalah penasihatnya..

Benda ni juga tak kurang hangatnya dikatakan berlaku kepada pemimpin-pemimpin politik yang lain seperti Anwar Ibrahim, TGNA, TGH.. Cuma kita sebagai 'Ketua' berhati-hatilah membuat 'decision making'...

SelesemA BabI?? - ApE Natang Ni?


Anak bongsu aku tak boleh sebut 'selsema' jadi aku pun tulislah tajuk ni ikut cara sebutan dia. Hari ni aku ke KL lagi... mula naik bas, tukar PUTRA, naik bas Metro baru sampai.... menapak pulak...

Aku berborak dengan Doktor kat klinik tadi.. "Selesema Babi ni apa dia Doktor?".. Dia kata mula-mula virus dari manusia melepak kat babi, lepas tu bercampur-gaul dengan virus kat babi jadilah satu lagi virus yang amat bahaya (setakat nilah) iaitu Virus Babi'.. Wahhh!!! Antibodi babipun pun tak boleh melawan virus dari manusia... Naye kat babi tu.. Lepas tu serang balik manusia 1Dunia, 1Malaysia tak kena lagi setakat nih...(tu cerita yang aku dengar dari Doktor)

Kenape jadi begitu?? Mungkin perangai-perangai manusia hari ni lebih 'babi' dari babi. Yelah...natang tu anak ramai, manusia pulak reti 'menyondol' sana sini tak ikut peraturan, bertukar silih ganti pasangan, campak anak sana sini, mendera anak, 'makan' anak sendiri... tak ke lebih teruk dari natang tu... Tu tak kira lagi bab rasuah, khianat, dengki, riak, sombong, mungkar... terutama kepada Yang ESA

Natang tu reti jugak jaga anak-anak dia walaupun ramai.... Namanya saje yang jadi 'igaun' kepada manusia... Ia pun makhluk ciptaan Allah jugak, kena akui tu...

Jadi memang tak heranlah kalu ada penyakit macam nih kena kat manusia.. Jadi sekarang sape yang molek sikit, Natang tu ke manusia??

Tengok anak Main Bola

Petang semalam aku bawa anak aku berlatih main bola kerana ada perlawanan persahabatan antara Az-Zahra lawan Ummu Khalida... Seronok juga tengok anak-anak main bola nih.... berikut aku ambil berita dari blog dia orang...


Keputusan perlawanan petang semalam memeranjatkan semua pihak termasuk jurulatih Az-Zahra' sendiri dan ibu bapa yang hadir. Pasti Ummu Khalida hanya mampu membawa pulang 3 gol sahaja.. Oleh kerana bilangan pemain mereka seramai 4 orang saja maka terpaksalah di tambah seramai 4 orang lagi pemain dari Az-Zahra, manakala bilangan pemain Az-Zahra' pula 7 orang sahaja. Tapi masih mampu menjaringkan 11 gol...

Jurulatih Az-Zahra' berkata para pemainnya mampu menjarigkan lebih banyak gol lagi... ramai pemainnya yang tak dapat hadir sebab cuaca mendung nak hujan. "Kami sudah pun mempunyai senarai pemain yang mantap dan berkaliber untuk menentang mana-mana PASTI di kawasan Temerloh ni... Saya juga sedang cuba menghubungi Sir Alex Ferguson (Pengurus Manchester United) untuk meminta tips bagi memenangi liga kali ni dan nak pinjam Ronaldo kejap pada perlawanan Ahad ni (3/5/09).. ujarnya lagi... Dia tu kawan baik saya dulu.." Ikut awaklah jurulatih.. janji menang, kalu kalah siap awak...


Mazlan_Aliman@ANAK VS FELDA - Siri 1

Sape-sape yang belum baca buku tulisan saudara Mazlan Aliman bertajuk FELDA... Dulu tolong sekarang ALONG, jadi aku buat ringkasan buku dia kat sini. Aku hanya ambik point-point penting je.

Bab 2 FELDA hari ini.

Mulai tahun 2007 blangan peneroka yang telah ditempatkan dalam rancangan FEDLA adalah seramai 112, 635 orang. Penempatan peneroka mengikut jenis tanaman adalah

Tanaman l Bil rancangan l Bil Peneroka l %
Sawit l 270 l 90,511 l 80.36
Getah l 47 l 22,124 l 19.64

Sehingga kini FELDA telah berjaya membuka tanah seluas 905,448 hektar. 537,378 hektar kebun peneroka yang diuruskan oleh FELDA dan 367,710 hektar diuruskan oleh FELDA pLantations Sdn. Bhd. Seluas 44,037 hejtar digunakan untuk kawasan perkampungan. Dengan keluasan tersebut FELDA adalah pengendali Pembangunan Tanah yang terbesar di dunia.

Setiap peneroka diperuntukkan tanah kebun seluas 4.04 hektar (kira-kira 10 ekar) dan 0.10 hektar (kira-kira 0.25 ekar) tapak rumah. Apa yang menjadi tandatanya ada rancangan FELDA yang keluasannya kebunnya tidak cukup 10 ekar. Ini berlaku di FELDA Endau Mersing. dibuka pada tahun 1959 yang yanah kebunnya hanya 5.25 ekar. Pada tahun 1984 seluas 58.68 hektar (145 ekar) telah dimajukan sebagai tambahan yang dikenali peringkat 4 yang sepatutnya diberikan kepada 255 peneroka FELDA Endau tidak diagihkan; sebaliknya dierahkan kepada FELDA Plantations Sdn. Bhd.

IlmU DUnia IlmU AKhirat


Tahun ni aku bersama kawan-kawan kat rancangan berjaya jugak membuka PASTI yang dinamakan PASTI AISYAH. Walaupun tak seberapa dari segi kemudahan tetapi sehingga kini dah bulan ke-5 beroperasi. Tak sangka juga... ingat tak berjaya. Pelajar pun ada 4 orang sebelah pagi berumur 4 tahun dan 13 orang mengaji IQRA'. Semua pendapatan digunakan untuk membayar elaun guru dan makanan.

Amat sukar untuk mengajak dan mempelawa peneroka/anak peneroka menghantar anak-anak mereka kat sini. AdA yang kata "Boleh membaca ke nanti"..."Kat sini belajar mengaji je ke??". Adakah mereka tak tau bahawa akhlak/sosial anak-anak@cucu mereka semakin hari semakin merosot dan tunggang-langgang. Pasti ini diwujudkan sebagai PEMAMPAN bagi melahirkan generasi-generasi Al-Quran yang mendokong jugak ilmu dunia.. Memang PASTI tidak berupaya memberikan yang terbaik dari segi kemudahan, peralatan dan guru yang terlatih.. Tetapi sekurang-kurangnya kami mencuba dengan apa yang ada tanpa mengharapkan apa-apa agar anak-anak@cucu-cucu mereka mempunyai sedikit ilmu akhirat berbanding kawan-kawan mereka yang belajar di tabika KEMAS.

Tekanan... Tekanan amat kuat terutamanya daripada ibubapa yang mengharapkan anak mereka mendapat yang terbaik sepertimana di Tabika KEMAS. Itu tidak boleh kami janjikan kerana subjek berkaitan akhirat amat kami tekankan.. bersabarlah..

APa yang amat malang sekali, tekanan daripada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab memantau, membuat soalselidik berkaitan setiap program yang kami anjurkan, belajar subjek apa?? Sape penganjur? duit dapat dari mana? AHhh banyaknya soalan aku ditanya...... sehingga ibubapa pun menjadi sasaran mereka... APa salah kami???.. Mereka ini pula adalah sebangsa dan seagama yang mengaku kononnya ISLAM..dan ada yang terdiri dari sahabat baik aku dirancangan yang 'berjawatan besar'. Terkadang merasakan bahawa peritnya perjuangan...Nabi sendiri pernah luka-luka dan berparut, tapi aku mungkin terluka perasaan dan semangat sahaja. Yang pastinya kami ingin melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran.....

AzAn SUBUH


Azan Subuh berkumandang. Tapi makhluk Tuhan masih ramai yang berdegil untuk terus melelapkankan mata-mata mereka. Adakah mereka pekak? Adakah mereka tidak faham?. Adakah mereka uzur? Tiap Subuh menjelma, pasti mengulangi ayat-ayat indah mengingatkan kita “Sembahyang itu lebih baik dari tidur”. Tiap Subuh Tuhan memberi seruan, ingatan, laungan, amaran, dendangan sebegini… Mungkin suara Muazin tidak semerdu, seindah, sesyahdu Bilal Bin Rabah….

Adakah Tuhan perlu pekakkan terus telingamu, butakan matamu dan gelapkan hatimu?? Wahai umat sambutlah laungan itu. Jika tidak hari-hari mu didunia akan penuh kegelapan. Sedarlah…. Bersegeralah sambut azan itu dengan berwudu’ bersolat, bertasbih, berzikir menghambakan diri kepada Maha Pencipta.

PeminAT JAM




Aku ada sorang biras yang Mualaff... dulu namanya Morgan Anthony sekarang Mohd Rusydin Bin Abdullah... Dia suka kumpul jam tak kira la jam tangan, jam meja, jam loceng... janji mesti jam, ada yang dia beli kat Shah Alam atau kat mane-mane je lah. Kalu aku pegi rumah dia mesti tengok koleksi jam terbaru.. Baru ade, yang 2nd hand la banyaknya..tapi elok lagi.... Bayangkan kat ruang tamu je ada 4 jam ... kat dalam bilik dia aku tak tau la banyak mane... aku snap la koleksi jam dia... (Ni semua jam dinding). Pilih lah satu yang mane berkenan... Cuba tengok elok-elok ada satu jam yang lain dari yang lain.... Ye jam mula-mula tu no dia terbalik dan jarum pun bergerak terbalik jugak... semua jam pukul 230...
>.. gambar kurang, jelas aku ambik guna HP je..




AhAD - Pekena Roti Bom



Malam tadi tengok bola Kelantan lawan Selangor - Kelantan Out.... Tahniah Selangor. Pagi Ahad pulak aku pegi ke Shah Alam kat Stadium dengan kakak ipar ... Macam-macam barang ada... Nak balik pekena roti bom pulak.. roti kecik je tapi tebal, harga 90 Sen sebiji..












PEStA Buku MaLAySIA


Walaupun penat... tengahari aku kat Jalan Hang Tuah, siap keja kat Ampang pukul 330 petang... pukul 7 pulak aku bersama keluarga berada di PWTC nak tengok Pesta Buku 2009. Acara ni memang aku cuba hadirkan diri... nak cari buku terbaru dan memupuk minat anak-anak mencintai buku-buku terutamanya buku ilmiah..

Lepas berMaghrib di tingkat satu, terus pegi ke booth berkaitan. AKu rasa seronok semasa nak sembahyang sebab betapa ramainya orang nak berjemaah sampai kena beratur nak masuk surau, berwudu' dan bersembahyang. Jemaahnya pulak boleh dikatakan 65% dibawah 30 tahun... kebanyakkannya remaja .. Kalulah benda ni berterusan insyaALLAH ISLAM akan 'menang'.

AKu tercari-cari juga Mat Rempit@Bohsia@Mat Lepak tapi takde pulak... Mana tau ada yang Ulat Buku ke!!! Booth yang mempromosikan@menjual buku berkaitan agama didapati lebih sesak@dikunjungi ramai peminat, selalunya tak begini...Kalu booth yang menjual Mangga@URTV sesak dengan pengunjung tu biasa la... Ni gerai buku agama kalu sesak memang luar biasa...Mungkin kini semakin ramai ingin mengetahui ISLAM lebih lanjut lagi... Aku terperasan sorang budak pompuan pakai baju ketat, seluar jean, tak bertudung tapi sedang kusyuk membaca buku berkaitan agama... Moga-moga usaha adik tu akan berterusan dan berjaya mengubah penampilannya...

AKu bertekad nak cari dan beli buku bertajuk " MAKKAH Al-Mukarramah" kelebihan dan Sejarah oleh Dr Abdul Basit Hj ABdul Rahman... Penulis ini merupakan Musrif Pondok Sungai Sungai Durian Kula Krai Kelantan. Pondok ni adalah antara pusat pengajian agama yang popular di Kelantan... Yes aku dah jumpa... Harga RM25.00 saje.. Buku ni telah dialih bahasa oleh Ustaz Zahazan Mohamed yang popular kat TV9 dan TV3.. Ustaz Zahazan adalah anak murid Dr Abdul Basit sendiri..

VicToria Institution - Sekolah Lama



Sabtu 1215 aku dah sampai kat sekolah lama... VI kebanggaanku. Hampir 25 tahun tak pegi sekolah lama, last skali pegi masa ambik result SPM 84...

Sampai je dengar bunyi 'Bag Pipe'... budak-budak band sedang berlatih. Sekolah ni dtubuhkan pada tahun 1893... kalu budak-budak yang join band memang 'popular' lah..
Teringat masa sekolah dulu...

Aku sampai kat sini hari ni untuk ambik gambar-gambar untuk kerja kussus Sejarah anak aku... Ini gambar aku masa sekolah kat sini dulu tahun 1983 kalu tak silap....


KUala Lumpur

Pagi ni aku nak ke KL... nak relak sikit dah dekat 2 minggu jadual aku kelam-kabut. Ke KL pun ada keja jugak antaranya nak tukar database ke server baru kat AMpang Point... Lepas tu nak ke VI (sekolah lama), nak ambik gambar assignment Sejarah anak no 2... Petang ni aku gi Pesta Buku... ni yang best sebab aku memang suka baca buku tapi beli kurang...

Esok pagi, ke Shah Alam le.... kat Stadium beli barang sikit...

Kalu sempat aku update blog ni,aku pulak tak guna berukband CELCOM pakai streamyx je kat rumah... Mungkin aku update kat tempat client ke....

AnAK RemaJA



AKu ada 3 orang dah anak remaja... sulung pompuan 17 tahun, lepas tu 15 dan 13 (lelaki). 2 orang yang pertama tu, aku kena adjust sikit cara nak bercakap, nak tegur, nak marah... yelah orang dah besar....Kita dulu pun pernah remaja tapi cubaan dan dugaannya mungkin berlainan... Paling problem macam mana nak tegur kesalahan dia orang.....kadang-kadang kena mikir dulu nak stat kat mana...Mungkin kau orang gelak sebab belum sampai ke tahap aku lagi.. Umur baru cecah 40, anak dah besar panjang.... Kalu setakat budak 12 tahun ke bawah mudah sangat le... lagi kecik lagi senang.. 3 anak pertama aku selang 1 1/2 tahun..... Tu masalah pertama...

Kedua... orang kata jadikan kawan.. Yang pompuan nih nak buat kawan macam mana?? Walaupun anak sendiri, batasan dan sempadan kena ada bang!!... So yang pompuan ni biasanya aku lepaskan kepada mak dia handlekan.. Tapi nanti kata bapa tak mesra anak pulak....garu kepala aku.... Biar le mak dia uruskan...

ANak jantan aku pulak kaki PS2, jadi aku cuba jadikan minat dia orang tu untuk 'menyiasat' pasal sekolah@kawan-kawan dengan menjoin game skali.....Rupanya kat sekolahpun berkawan dengan geng PS2.... Bagi duit kocek pegi beli CD!!! Aku try jugak la join dia orang main Winning Eleven atau MotoGP, kena sound dengan wife aku pulak.... "Ayohmu ni mace budok2...takdok go lain nok buat ko...maghi dapo basoh puyok nih" .... wife aku orghe kelate... (translate : AYahmu takde nak buat ape ke... mari dapur basuh periuk).... so berhenti kejap main.... AKu kena cari idea lain nampaknye...

POLITIK Abu LAHAB - Sambungan cerita


Hari tu aku ada buat posting tajuk ABu Lahab.... Ni sambungannya... Politik Abu Lahab ni memang wujud sampai ke hari ini. Kalau Abu Lahab sampai dihina begitu sekali dalam Al-Quran, bagaimana pulak dengan manusia-manusia yang pada hari ini menggunakan taktik yang sama dengan geng ABu Lahab???? ... Sendiri fahamlah...

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Hisham daripada Ibnu Ishaq mengenai seorang yang bernama 'Utbah dan Rabi'ah, seorang pemimpin dikalangan kaum musyrikin yang yang pintar dan berpandangan jauh, lebih jauh dari pimpinan musyrikin yang lain. 'Utbah telah pergi menemui puak Quraisy di dewan perhimpunan mereka lalu berkata;

"Wahai saudaraku sekalian dari kalangan Quraisy..!! Aku sedia menawarkan diriku untuk berunding dengan Muhammad. Aku yakin bahawa sebahagian dari apa yang aku tawarkan akan diterima Muhammad. Di samping itu aku akan tahu apa-apa yang dikehendaki Muhammad dan aku akan cuba memahaminya serta cuba memenuhi kehendaknya.."

Kalangan Quraisy terus bersetuju sebulat suara dengan cadangan yang telah dibentangkan oleh 'Utbah bin Rabi'ah. Bukan sekadar itu mereka turut memberi sokongan penuh terhadap 'Utbah untuk melaksanakan misi diplomatik itu bagi memastikan iman dan taqwa Rasulullah dan pengikutnya tidak lagi kepada Allah tetapi kepada manusia dan material.

Maka 'Utabah pun terus pergi menemui Rasulullah setelah mendapat mandat dari pimpinan musyrikin Quraisy. 'Utbah terus duduk berhadapan dengan Rasulullah lalu berkata;

"Wahai anak saudaraku..!! Sepanjang ingatan kami bahawasanya engkau adalah orang yan paling mulia dan dihormati seperti yang diketahui umum, kerana kami tahu bahawa engkau berasal dari baka dan keturunan yang amat mulia serta engkau sentiasa disanjung dikalangan kami. Tetapi sayangnya engkau telah membawa satu ajaran yang menyebabkan dikalangan kami berpecah, kamu juga telah memperkecil, memperolok dan memperbodohkan pemimpian-pemimpian serta amalan penyembahan berhala kami. Mahukah sekiranya aku tawarkan engkau beberapa perkara, semoga engkau menerima sebahagian darinya."

Maka Rasulullah pun berkata kepadanya ; " Katakanlah wahai Abu Al-Walid, Aku cuba mendengarnya.., " Kemudian 'Utbah berkata ;

"Wahai anak saudaraku..!! Sekiranya apa yang engkau lakukan kerana hendak mendapatkan harta, maka kami sedia menghimpunkan harta itu sehingga engkau menjadi orang yang paling kaya dikalangan kami. Sekiranya perjuangan kamu ituadalah kerana hendakkan kemuliaan, kami sanggup melantik engkau menjadi tuan kepada kami sehingga apa jua masalah yang timbul maka kami akan memberitahu dan bertanya pada engkau dahulu. Jika engkau ingin menjadi raja nescaya kami akan tabalkan engkau menjadi raja. Jika semua tawaran yang aku berikan tadi engkau tolak maka yang terakhir sekali kami bersedia membelanjakan harta kekayaan kami untuk mencari doktor yang terhebat untuk merawat engkau hingga sembuh..,"
http://politikbanjar.blogspot.com/

ALLAH Sayang pada kita


Tidur adalah satu nikmat yang ALLAH berikan kepada kita. Untuk merehatkan badan dari penat lelah dan kesihatan. Aku pernah alami situasi keadaaan tidur tak cukup.. tido pukul 11 lebih, pukul 2 dah jaga, pusing kiri, pusing kanan, bangun kejap minum air, sambung pulak pejam mata, tak jugak tido....... pagi dah sakit kepala.. perkara ni berlanjutan sampai seminggu... Tak reti nak buat ape dah... Takkan nak makan ubat....

Last-last aku jumpa satu orang tua kat masjid, beritau masalah aku.. Dia kata tido ni satu nikmat yang Tuhan berikan... Tak boleh tido pun satu nikmat, dia kata... jangan dok komen ape-ape... terimalah seadanya... Mungkin ALLAH nak uji@suruh kita bangun tengah malam memikirkan sesuatu@beribadat padaNYA... Sebab bukan semua orang berjaya bangun tengah malam untuk mengingatiNYA diwaktu kesunyian malam... Sebenarnya DIA sayang kat kita... Nak bagi Pahala lebih....

MALAM
Bangunlah wahai insan
bersihkan dirimu dengan wudu'
moga air dimuka , kan bercahaya di Mahsyar
moga air ditangan, meredai segala pemberianmu, memberkati rezekimu
moga air didahi, tetap sujud pada Ilahi
moga air ditelinga, patuh pada yang Esa
moga air dikaki, membawamu kejalan penuh direstui

MALAM
ku serahkan pada yang SATU
Ku tangisi pada yang SATU
ku bermunajat pada yang SATU
penuhilah dadaku dengan imanMU
Aku hambaMU, YA ALLAH

MALAM
Biarlah bidadari menemaniku
dikala maut menghampiriku
penuhilah cahaya dikuburku
bangun bersama para syuhada
berbaris bersama mu MUHAMMAD
mohon diterima dengan tangan kananku
moga FIRDAUS menantiku

MALAM
bukalah hati-hati mereka yang keras
bukalah hati-hati seagamaku
lembutkanlah hati-hati itu
menerima NUR MU

jEMPUTAN KE sEMinar - ANAK

Ini ada satu hebahan :----

SEMINAR MASA DEPAN WARGA FELDA PERINGKAT KEBANGSAAN

TARIKH : 03/05/09 (AHAD)
MASA : 830 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT :
DEWAN PERNIAGAAN CINA
KG ABDULLAH SEGAMAT
JOHOR

PERASMIAN :
YB DATO' AMIRUDDIN HAMZAH
EXCO KEDAH

BAYARAN : RM10 SAHAJA

HUBUNGI : SAUDARA MAZLAN ALIMAN (013 7130 103)
SAUDARA ZAHID ABAS (019 7654 699)

Sendiri telepon la kalu nak tau lagi...

Tak KenAL

Kat Masjid Temerloh tadi jugak ada annoucement bahawa Imam Masjid Batu 1 Temerloh baru SAJE meninggal.... Tempat aku biasa melepak pagi Jumaat dengan Dato'-Dato'.... aL-fATIHAH... Moga-moga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...

Pabila kita mati@meninggal, mungkin kita tak sedar bahawa ... ADA ORANG-ORANG YANG TAK PERNAH KITA JUMPA DAN KENAL...

1. Yang melawat kita
2. Yang memandikan kita
3. yang Mengkafankan kita
4. Yang menyembahyangkan kita
5. Yang mengikut kita ke liang lahad
6. Yang menggalikan kubur
7. Yang menanamkan kita
8. Yang menyedekahkan Al-Fatihah
9. Yang bertahlil
10. Yang membacakan Yassin

JANGAN SOMBONG DENGAN ALLAH KAT DUNIA.....

MasJiD ABu BAKAr Temerloh


Dah lama aku tak pegi Maghrib kat masjid ni... jadi maghrib tadi aku berdesup bawa keta buruk aku(SAGA) ke Masjid dengan anak lelaki no 2 ... Sampai sana dah masuk rakaat ke-2. Apasal ramai orang ni, sampai aku kena parking kat luar pulak.. ada khemah lagi....

Lepas sembahyang Maghrib Pengerusi majlis udah buat pengumuman , majlis malam ni dibuat sebagai tanda kesyukuran oleh Dato' Saifuddin Abdullah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.. ohhhhh patutlah ramai geng pakai songkok tinggi dengan baju Melayu.. Depa tu mari nak tunjuk muka kat Dato' kot...

Masa nak sembahyang Isya', Dato' nak pi la ambik wuduk, tapi ramai orang buat tak tau je... ada satu pakcik tu sampai cium tangan Dato'... hentamlah labu..

Dah qamat Isya', aku cepat-cepat rebut saf depan sekali, nak tengak kalu ada adegan berebut mikropon nak jadi tok imam ke macam kat Perak... Takde weh... tak berani kot.. Abis sembahyang aku tengok saf aku, cari Dato', tak dak jugak aik pegi mana?... rupanya dok belakang.. AKu tunggu lagi mana tau Dato' nak bagi tazkirah ke?... Tak dak lagi.... Tak merasa la tazkirah dari wakil rakyat Temerloh.

Makan pulak kat khemah takde lampu, ada lilin je.... aduhhh... Set-set VIP + Geng songkok tinggi makan berhidang, orang awam ambil tiket dulu le... Dah jadi MP cubalah bawa berborak dengan rakyat jelata ni.. Buat tak tau je... mungkin dia rasa orang tak layan dia kot, sebab atas masjid tadipun tak nampak ceria....

Bab jadi Imam ni, kita kena cuba... abis-abispun dengan isteri & anak-anak. Rugi sape tak pernah buat... Try dulu zohor dengan Asar... Kalu rasa confident je, bawak le Subuh, Maghrib dan Isya'... Mau tak keluar suara ....

DaRA@TidAK

Hari ni aku sibuk sangat sampai tak menyempat nak posting .. cerita dah banyak sampai aku dah buast list pun... Pukul 9 tadi anta keta baiki.. brek dah out... Lepas tu ada Dr call PC dah jammed kena format pulak. Jadi PC aku tak boleh guna... Malam ni baru boleh relaks..

Semalam aku ke Jengka, borak dengan satu Dr ... muda lagi... umur tak sampai 30 lelaki la.. Ko ingat pompuan ke...

Suhaimi!!! U dah kawin ke?.. Aik tanya aku dah kawin...aku jawab le.. setakat ni tak de yang nak kat saya... ialah.. (aku tak abis cerita lagi dia dah potong jawab)... Yelah sekarang I takut nak tackle pompuan, semua yang I jumpa ada problem..? Kawin karang macam-macam hal...U macam mana Suhaimi??.

AKu jawab, ialah pompuan ni payah kalu tak kena gayenya. Kawin nih satu pengorbanan.. Kita kena korbankan minat@hobi kita, orang kata perlu memahami antara satu sama lain...aku pun tambah lagi, kita bukan kawin dengan dia je , mak bapak dia, adik-beradik dia, sanak sedara lagi...puhhhh banyak. Semua kena ambik kira tu...

Dia dah naik pening... Dia kata kat aku... Tadi U kata macam tak kawin lagi. AKupun terus jawab ialah saya cadang nak tambah kuota lagi tak sape nak ... kah kah kah.... Dia gelak aku pun gelak same... Staff kat klinik tu semacam pandang aku dengan Dr...
(Tu cerita intro aku)...

Lepas tu dia seriuus. Macam nak berbisik dengan aku pulak. Suhaimi!... Budak-budak pompuan yang jumpa I banyak dah rosak 'pregnant', minta I buang janin....teruk budak sekarang Nih??? Aku terkejut mak datuk.. Ye ke Dr??.. Yaaa... Haru-haru... Nak cari pompuan yang tak bermasalah payah sekarang ni... Tak dan nak sambung, ada patient pulak... prettt abis cerita...

Moral cerita ni... budak-budak zaman la ni ramai yang rosak tak kira lelaki@pompuan. Kalau lelaki dah jadi Dr, pompuan pulak gatal nak berlaki kawin tak nak.... Malas ceritalah ... akupun ada anak pompuan....moga-moga dijauhkan le.... (Ini kisah benar)

DaTO' NAN - Kesian Kome


Apasal ni Dato'? Tak pasal-pasal kena bayar 63juta... UMNO dah gasak kawasan balak, Dato' kena bayar. Tapi takkan Dato' sorang je nak bayar..... geng-geng lain mana?

Kalu tak silap aku, saman tu atas nama kerajaan negeri. Ohhhh.... jadi rakyat le kena bayar. Nak korek duit mana???? Ahhhh...rakyat lagi kena....

Tak pe rakyat tau ape... mengundi sekali lagi pun, deme pilih kita...

Kenape tak diminta dengan UMNO je sebab deme yang melantak duit jual kawasan balak tu... kami pulak kena bayor samannye... Hishhh.. Sakit hati sungguh aku...Yelah buat macam mana deme pandai perintah negeri, sebab tu hilang abis balak kat Pahang ni...

SIstem PErAKAUnAN ISLAM


Pernah dengar Sistem Perakaunan ISLAM? Aku pun baru tau, rupanya ada sistem ni. Ingatkan setakat perbankan ISLAM je... Aku mula kenal dan belajar Sistem Perakaunan ISLAM pada tahun 95-96 dulu, dan ianya sedikit sebanyak merubah pemikiran aku berkenaan teori ekonomi dan kewangan dunia. Betapa luasnya ilmu ISLAM ini sehinggakan merangkumi ilmu perakaunan.

AKu sempat le belajar dari MD Bank ISLAM sendiri iaitu Dato' Tajudin.. Masa tu aku boleh masuk direct bilik dia tanpa perlu buat temujanji.... Dia dah pencen dan cikgu aku dulu Encik Mohd Nasir masih mengajar di UNITEN....

Sebahagian ayat AL-Quran menceritakan berkaitan sistem perkiraan

Surah al-Baqarah 282: “Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan berkaitan dengan hutang piutang yang bertempoh, maka hendaklah kamu menulisnya (hutang dan tempoh bayaran)”

Surah al Rahman: '“Dan lakukanlah timbangan itu secara tepat serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang”

Sistem ini telahpun diperkenalkan semasa zaman NABI MUHAMMAD SAW lagi dan dipraktikkan oleh sahabat-sahabat.

Ianyanya banyak menekankan penggunaan catatan berkonsep aliran tunai untuk sesuatu tempoh aktiviti jadi lebih realistik berbanding menggunakan konsep Akru yang diamalkan sekarang.

Setahu aku semasa tahun 1997 hanya ada 2 buah syarikat KLSE saja yang mengamalkan Perakaunan ISLAM iaitu Bank ISLAM dan Syarikat Takaful Malaysia. Sekarang aku tak taulah... mungkin lagi banyak ataupun macam tu jugak. Kenapa??? Tepuk dada tanyalah selera.....

Bagi aku kalu menggunakan konsep konvesional banyak 'figure' boleh 'disembunyikan'. Macam kes ENRON kat US dululah... Dah kojol baru terperasan. Kerana dari segi barokah dan kerahmatan dah takde sebab meninggalkan ISLAM walaupun semasa berurusniaga.

Konsep Perakaunan ISLAM bertunjangkan kepada ketauhidan kepada YANG ESA...

Diharap ada pihak-pihak tampil untuk mengubah senario ini...terutamanya dari MASB mahupun dari pihak kerajaan sendiri le...

KAKI



Banyak simpulan bahasa Melayu menceritakan berkaitan KAKI. Ada kaki yang baik dan ada kaki yang jahat. APa macam kita senaraikan kat sini. Maaf le mungkin ada yang tertinggal.. kena rujuk Dewan Bahasa dulu...

BAIK PUNYA KAKI..
1. Kaki Masjid
2. Kaki....
3. Kaki...

aku rase tak de dah la... Kenape sikit sangat ke orang Melayu yang baik-baik nih. Aku pun tak tahu. Mungkin orang yang rajin pegi masjid adalah orang yang baik sekali kot.. So... kena le rajin-rajin ke masjid baru dapat title tu..

HAPRAK punya kaki.
1. Kaki botol
2. Kaki judi
3. Kaki betina
4. Kaki pukul
5. Kaki kapur
6. Kaki ampu/bodek

Cukup yang tu dulu. korang tambah sendiri la.. 4 yang pertama tu biasanya dia mari secara pakej. Kalu ada no 1 mesti dia dapat 2 lagi iaitu judi dan betina. No 4 dan 5 tu keja part time dia la...

Indah sungguh bahasa Melayu rupanya. Banyak pulak kaki-kaki yang akan berpeluang masuk ke 'neraka'. Tapi kenapa kaki yang dapat nama, sebab yang minum dan tu kat mulut???... Serupa juga yang berjudi, yang dok cabut & pegang daun terup tu guna tangan tapi kaki jugak dapat nama.... kesian, kesian.... Tak aci la macam tuu..

Yang no 6 tu ramai spesisnya kalu kau orang keja dengan kerajaan@swasta mahupun dalam politik

Aku nak tambah sikit sebab sekarang zaman banyak dan berubah, mungkin simpulan bahasa ni digunakan pada zaman Hang Tuah lagi ke... mana kita tau...

1. Kaki Rempit. (dah ada kot)
2. Kaki blog. (Boleh tanya Dewan Bahasa...)
3. Kaki rasuah (tak sedap nama nih... cari nama lain dulu... try kaki hulur ke)
4. Kaki gam/tarik/cucuk (nih geng hisap dadah boleh la...)

Tapi kesimpulannya apa-apa hal pun, kaki jugak yang dapat nama... jadi jagalah kaki masing-masing supaya jangan tergolong dalam kumpulan no 2 ....

POLITIK Abu LAHAB


Sape yang tak kenal Abu Lahab... Dialah Bangsawan/Ketua Kabilah dan pembesar Mekah pada zaman Nabi Muhammad SAW dulu. Mempunyai pengaruh politik yang kuat dan mencengkam penduduk Mekah. Pabila kedengaran Nabi menyampaikan dakwah disekitar Mekah, Abu Lahab dah panas punggung.. "jawatan aku akan terancam.. silap-silap abis la projek aku... Orang Mekah dah tak percaya kat aku, mesti orang Mekah akan lantik Muhammad jadi ketua sebab dia seorang yang baik hati, adil, amanah dan disenangi oleh semua kaum termasuk Yahudi..(lebih kurang macam tu la). Apatah lagi kini Nabi menjadi tempat menyelesaikan sebarang masalah berkaitan penduduk Mekah ketika itu

Bermacam cara digunakan utnuk menghalang masyarakat Mekah dari menghampiri dan mendekati Nabi. Ada yang ditawarkan jawatan, wanita mahupun kekayaan... Ada yang terpesona ada yang buat dek je. Dan Nabi sendiri pun ditawarkan jawatan mahupun kekayaan asalkan tidak menyebarkan 'agama langit' itu... Sesiapa yang mengikut Nabi akan diugut, ditentang, dipulau sehinggakan disiksa. Sehinggalah ALLAH berfirman menyuruh Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah...(cerita nih aku ambik dari catatan nota semasa mengikuti kuliah kat Kelantan dulu dan diolah semula)

Bagaimana pulak dengan politik hari ini terutama di Malaysia? AKu rasa lebih kurang je... ugut-mengugut, rebutkan jawatan, tawarkan kekayaan, kejarkan dunia persetankan SURUHANNYA .. apa lagi...Modus Operandinya tak ubah macam Abu Lahab.. Mungkin spesis Abu Lahab kot....

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم : Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.
2. مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.
3. سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.
4. وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar.
5. فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ Yang di lehernya ada tali dari sabut.

Jamuan Makan Malam AMAL 09


Terima kasih kepada semua penyumbang tak kira dimana jua...boleh tengok gambar-gambar majlis tersebut di blog ni

AKu sempat la berposing dengan Ustaz Akhwan Affendi dari Kuantan... Kalu sape-sape nak buat konset dia boleh tel aku..Kami sedang buat perancangan nak panggil Asri Rabbani pulak....

Lagi berita pasal majllis tersebut...

- Sidang Online
- Jabatan PASTI Kawasan Temerloh

CATAT An SUBUH


Pagi ni huujan sebelum azan Subuh lagi... aku rasa lagi la tak ramainya jemaah kat surau, hujan pulak renyai-renyai...

Berikut buku log kedatangan jemaah surau kat kawasan perumahan aku....

SUBUH - Pengikut hardcore + Tok Imam + Bilal + Pencen (dekat 1 saf)
Zuhur - + (minima 5 orang)
ASar - Pengikut hardcore + budak-budak ngaji ( 10 orang)
Maghrib - + orang keja + taman lain (2 saf)
Isya' - sama ) (1 1/2 saf)

* Nota
Ada kenduri/mengajar kat surau (3 saf)

Malaikat akan bertukar shift keja pada waktu Subuh dan Asar... fikirkanlah...

CINTA di Cangkir


Perasaan CINTA@Sayang kadang-kadang sukar diucapkan atau diluahkan terutamanya selepas bertahun-tahun berumahtangga. Adakah setakat bunga sekuntum, ciuman setiap awal pagi, kad ucapan, belaian dan usapan atau bagaimana? Adakah perlu dirujuk kepada si Romeo?

ISLAM satu agama ADDIN iaitu menyeluruh. Bagaimana anda menuturkannya kepada isteri dikasihi? AKU?... AKU?..... ada caranya. Rujuklah Muhammad SAW.

Ini cara aku setelah dikutip dari kuliah-kuliah yang dihadiri. Ehem..Apa minuman spesial isteri anda? Teh O, Teh Tarik atau ais ksosong saje?. AKu biasanya adjust dan berkorban minuman kesukaan aku dan ode apa yang wife aku ode(kalu kat kedai la). Biasanya kami sangat-sangat jarang makan/minum dikedai sebab aku merasakan air tangan isteri teramat baik untuk kami sekeluarga terutamanya untuk anak-anak. Dengan doa, senyuman, bantuan sisuami dan anak-anak akan menghasilkan makanan yang terbaik buat seisi keluarga.

Jadik... semasa isteri anda minum air, anda perlu perhatikan betul-betul dan minta dia tinggalkan sikit, lepas tu anda pula ngap terutamanya di kawasan bekas bibir isteri dicawan itu tadi ...simboliknya sebagai tanda kasih sayang suami kepada isteri...

Nabi Muhammad sentiasa minum dari bekas minuman Aisyah iaitu seperti yang aku cerita tadi.. Cubalah

ROH Yang KOSONG - Suhaimi (SAHABAT LAMA)


Suhaimi Sauh.... 3 dari kanan (gambar tahun lepas)

Baju kejap tadi (345 petang)pekena capati kat Old Town Temerloh sebelah 7E dengan sahabat lama dari Asrama FELDA Kuala Lumpur. Dulu roomate aku dan bersekolah di St John KL... diperkenalkan Suhaimi Sauh (MBA). Dia baru balik dari Bandar Jengka ada perbincangan dengan UiTM untuk program Alumni Asrama FELDA nanti. Tengah jalan berjumpa dengan Zali MBS (Bukit Goh) pulak.

Hampir 2 bulan aku tak ketemu dengan dia kat KL. Orangnya bertambah hensem tak nampak macam 40an pun 30an ada la....

Seronok bercerita, akupun tersebut la bahawa masa kat Asrama FELDA dulu kita hanya diasak oleh Sang Pengurus/Warden dengan kata-kata supaya rajin belajar untuk menjadi seorang Doktor, jurutera, bla bla dan tiap kali program dikhayalkan dengan lagu WARISAN.... tapi kerohanian kita kosong, kalau berisipun setakat tampalan yang dibuat-buat sahaja tanpa diisi dengan program usrah, kuliah dsbnya. Suhaimi pun bersetuju dengan aku.... Kini dah semakin berusia dan berusaha untuk mengutip kembali ilmu kerohanian mengikut keupayaan masing-masing. Kita tak mahu anak-anak mengikut jejak langkah kita, aku sendiri mengakui kelemahan diri... Aku mesti kembalikan kekosongan tersebut dengan menghantar anak-anak ke alam pendidikan bercorak keagamaan biar jiwa-jiwa mereka sentiasa digenangi alunan dan deruan Al-Quran, titipan peringatan dari Hadis-hadis, menjiwai keperluan dan mendokong jemaah ISLAM. Tittle Doktor@Jurutera bukan rujukan pencapaian muktamad adalam akademik seseorang....

Mungkin semuanya ada hikmah disebalik kekosongan itu, kini masing-masing cuba mengisinya sedikit demi sedikit agar menjadi Mukmin yang sejati bukannya setakat berjenama ISLAM. Jenama ISLAM sahaja tidak cukup disisi ALLAH tetapi ISLAM yang BERTAQWA seperti dikehendakiNYA

IDEA - BOSS PUN TAK TAU




Hari nih aku melayan cadangan PAKYA supaya buat cerita/kolum berkaitan idea. Di Malaysia ramai yang tak mengetahui atau tak mau ambik tau bagaimana 'GOOGLE' berupaya membentuk satu jenama dan syarikat yang paling bernilai dan kreatif di dunia serta 'membelai' pekerja-pekerja mereka.

Pekerja adalah aset yang tidak ternilai kepada sesebuah syarikat. Mungkin mereka berpangkat rendah tetapi jangan dilupakan kemungkinan mereka mempunyai idea yang amat hebat mengalahkan sang eksekutif lagi.

Tapi kat MalaySia ni sori la ... tak di layan. AKu sertakan kat sini gambar-gambar bagaimana GOOGLE membina konsep persekitaran kerja yang santai, kreatif, fun supaya pekerja-pekerja mereka berupaya memberikan idea dalam membangunkan produk yang sentiasa di hadapan terutamanya untuk mengatasi MICROSOFT.

Jadi setiap syarikat@boss mesti memikirkan bagaimanakah cara untuk menjana satu idea yang hebat dari pekerja-pekerja mereka. Mungkin pada mulanya idea tu tak logik tetapi jika digilap@dibaiki tak mustahil hasilnya amat berbaloi. Bukan semua orang mampu memberikan idea kadang-kadang boss sendiri tak tau apapun, teruk daripada kita lagi. Tu yang aku tak boleh keja dengan orang. Pernah satu ketika boss nak cepat siapkan projek perumahan dan cari pekerja takde... aku kata kita bagi kontrak kat budak Pusat Serenti buat keja la senang cerita.. Satu bilik termasuk boss gelak sakan kat aku kah.kah.kah... Tak pe kau....

INGAT IDEA YANG TERBAIK ADALAH IDEA YANG TAK LOGIK



AIR + MADU dan Sains - Untuk Cikgu SIMAH

Alhamdulillah , program Jamuan AMAL malam tadi berjalan dengan sempurna walaupun ada juga masalah teknikal seperti Sound system dan sebagainya apatah lagi menguruskan adik-adik yang berumur dari 4 - 6 tahun.... (Esok@lusa aku akan buat posting Ustaz Akhwan yang jadi artis jemputan program kami malam tadi)......

Kami sekeluarga sampai kat rumah pukul 12.15 pagi, dan aku masih lagi batuk-batuk. Capai ubat homeopaty dan kunyah. Aku dah lama makan ubat homeopaty ni sebab allergic dengan ubat kimia terutamanya yang ada paracetemol..

Selepas balik dari surau, masak air dan cari madu. Ni yang aku nak cerita nih....Madu pun memang rutin aku sebelah pagi atau sebelum tidur. Selepas berdua dan sampai sekarang aku memang mengamalkan minum madu pun. Cuma caranya saje tak tentu. Kalau musim madu antara bulan 3 - 5 dengan sarang-sarang aku makan terutamanya Madu Tualang. Kalau bukan musim, beli kat kedai la macam dari YEMEN dll. Biasanya aku telah begitu sahaja. Prestasinya macam Shell Vroommmmmmm....

Kalau aku letih sangat atau sakit-sakit badan aku campur dengan air panas sikit. Pagi nilah aku 'realised' satu keajaiban. Aku terperasan dah sebelum nih tapi, aku ni slow sikit kalu bab-bab sains nih. Kenapa bila air yang baru menggelegak dicampur dengan madu, air tersebut secara otomatik( x sampai 3 saat) terus jadi suam/sejuk dan terus boleh diminum. AKu nak tau dari segi logik sains... molekul air jadi macam mana?.

Surah An-Nahl Ayat 68 dan 69 yang bermaksud;
Tuhanmu telah mewahyukan (mengilhamkan ) kepada lebah : Hendaklah kamu membuat sarangmu di gunung-gunung , di pokok-pokok kayu dan pada apa-apa yang mereka jadikan atap.Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. Dengan itu , akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warnanya dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai jenis penyakit. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda (atas kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkannya

(Ayat 68 & 69 , surah An-Nahl)

AKu teringat Dr Danial kata, jadilah seorang Mukmin yang bukan setakat membaca AL-Quran tetapi mengamal dan mengkaji setiap ayat-ayat ALLAH. Serupa jugak kita yamg mengaku sebagai ISLAM, tau rukun IMAN/ISLAM tetapi macamana dengan penghayatan dan pengamalannya. Nabi Muhammad SAW setiap kali menerima wahyu dari ALLAH akan mengajarkannya kembali kepada sahabat-sahabat sebanyak 7 ayat sehingalah para sahabat betul-betul faham dan mempraktikkan isi kandungan ayat-ayat tersebut.

Kepada kawan aku Ckigu SIMAH kat KOla Kangsor tu, mintalah terangkan sikit bab nih. aku cabar kau beri jawapannya dalam bentuk teori sains... kalu tidak...(heh heh..kena gi ngaji lagi). Aku cadangkan cuba kaitkan setiap ayat ALLAH dalam subjek kimia yang kau ngajar tu kat anak-anak murid...jangan bagi chance ustaz/ustazah je dapat pahala (Kalu dah buat cantiklah....)

ANak Tetap DiHATI

Semalam aku keluar rumah sejak pukul 11 pagi. Tak pegi tempat orang mengajar hari ni sebab cuba siapkan multimedia untuk malam esok...

Destinasi 1
Menuju ke Simpang Kg Awah, mengambil anak yang tinggal di asrama TAHFIZ. sampai kat situ pukul 1130. Pukul 12 baru muncul dengan 2 beg... dan 2 orang kawannya yang ingin menumpang ke TEMERLOH jugak. Beres... Sampai kat Temerloh pukul 1245 beli nasi 3 bungkus dan ngap selalu kat rumah. Aku tinggalkan mereka berdua untuk ke Jerantut pulak. Badan tak berape sihat tapi buat macam mana ... suara pun makin takde volume... Pukul 1 tghi aku berdesup ke Jerantut. NI gambar aku snap masa tunggu anak kat Tahfiz..


130 aku berhenti kat Kg Dato' Shariff AHmad dan sembahyang Jumaaat kat situ...Orang tak ramai, tempat ni pulak ramai orang-orang yang bernama Syed-Syed macam di Kg Tekal...Syed atas keturunan saje le... Cara baca kutbah lesu. Masa baca kutbah aku terperasan mamat Bngla disebelah kiri dan depan aku.. Rajin sembahyang sunat dia orang nih...


Destinas1 2
Pukul 240 sampai kat TAHAP Jerantut. Pick-up anak perempuan aku dengan kawan dia. Cuaca panas sangat. Samapai rumah pukul 350, terus lembik...lepas Maghrib batuk-batuk pulak dan terpaksa cancel nak pekena Teh Tarik dengan member Maybank tu... (Aku tak berapa lepaskan anak aku naik Public Bus sebab dah anak dara pun 17 tahun, biar aku susah banyak takpe..)

JUmaat TiBA lagi

Jumaaat muncul lagi...Dah 2 hari aku demam & hari ni suarapun dah serak , hampir takde langsung. Juaaat yang penuh BAROKAH sentiasa dinantikan, agar semua kita berkejar merebut ganjaran dariNYA. Rugilah orang-orang yang tidak mahu menghambat FIRDAUS ayng dijanjikan....

Ayuhlah penuhkan hari ini dengan perkara-perkara yang membawa kebaikan. Tekadkan azam, kuatkan semangat, laksanakan ibadat dengan penuh ketaqwaan. Menangislah semaunya, kerana airmata kekesalan itu adalah tanda orang-orang yang bertaubat dan ALLAH hampir dengan kita. Biar jiwa itu meruntun, bergelodak.... mari bergantung kepada yang satu. Tangisan itu menandakan ALLAH masih sayang yang teramat kepada kita, setiap airmata yang gugur seperti gugurnya dosa-dosa lalu dan moga-moga terlerai sifat-sifat mazmumah yang melengkungi diri kita selama ini. InsyaALLAH.

Pohonkan jua betapa hinanya diri ini disisimu, betapa Maha Agung kekuasaan MU, berilah hidayatMU, pelihara diri ini.... Rintihkan jua aku teramat lemah YA ALLAH...bantulah aku, tolong aku, pimpinlah aku, tunjukkan aku ke jalan-jalan menuju Firdaus MU..

Moga-moga rintihan, keluhan, tangisan, sedu-sedan, esakan..moga RAHMATMU sentiasa disisi hamba MU YALLAH...

ANAK VS FELDA -ANak Peneroka 'LAPAR' Tanah


Malam ni banyak pulak idea aku nak menulis. Ini masuk kali ke-4 aku buat cerita. Tengok statistik kat atas, mak oii..punya la luas tanah FELDA...

FELDA ditubuhkan pada tahun 1956. Yang aku heran takde pun Mentri ke atau wakil rakyat yang bercakap kat Parlimen@Sidang DUN pasal apa-apa cadangan bagi menempatkan anak-anak peneroka di tanah rancangan. Kalu cakap pun masa nak pilihanraya lepas tu senyap. Sibuk nak promo FELDA akan ladang sawit kat Brazil la, buka Hotel la.. Dasar pembangunan FELDA kini dah menyimpang jauh ... Nampak pembangunan material je. Kebajikan untuk rakyat hampeh...

Contohnya kat Pahang nih.. tanah FELDA luas, bagi la sikit kat anak peneroka, tau nak gomo sorang je. Kalu bapaknye meninggal anak pulak ada 7 orang, berebut atas 10 ekar le. Lu fikirlah sendiri...

Kalu tak silap aku tahun 80an dulu ada jugak le FELDA bagi tanah & rumah kat anak-anak peneroka tapi yang dapatnya pun faham jelah. Member aku pun dapat, dia bukan anak peneroka je cuma keja dengan sedara dia kat rancangan. Kalau tak percaya pegi la siasat sendiri. Woii!!! kamipun nak tanah jugak ... Majlis Belia FELDA buat ape?.... YB Wan Salman buat ape?.


Macam slogan NAJIB kata '1 Malaysia, Rakyat diutamakan...' Kalu betul nak diutamakan, mulakan di Pahang dulu tempat asalnye PM BN tu.. Dealt elok-elok dengan ADNAN dan FELDA. Okey sekarang lu FELDA kena buka dan bagi tanah-tanah terutamanya lot-lot ksong dirancangan kat anak-anak peneroka. Bayar pun takpela... jangan mahal sangat udah le.... mana nak cekau duit, keja pn ambik upah memotong, cop buah, meracun.. tu je...

Bila bagi kat rakyat kerajaan negeripun dapat duit la bang. Bayaran ukur la, premium la, pecah semapadan la dan jugak cukai tanah tahunan. Ini pun YB UMNO tak boleh fikir. Bayangkan kalu kat Pahang FELDA luluskan untuk 10,000 lot. Cukai tanah kata RM100@setahun . Jadi kerajaan negeri dapatlah 5juta dah setahun. Tak la sesak sangat kerajaan negeri Pahang nih... Aku pun tak reti la... taraf macam akupun boleh fikir. Baru betul macam NAJIB kata 'rakyat diutamakan'....