KembalI SunYi


Semalam dah hantar sorang anak ke asrama... Esok pulak mungkin si AMMAR pulak nak ke asrama. Dah sebulan si AMMAR bercuti... Jadi akan kembali sunyilah rumah ... Kalu ada ramai-ramai pun lebih banyak masa riuh-rendah dengan berperang mulut@bergurau dengan adik-adik je yang lebihnya... Yelah mungkin nak lepas tention ataupun sebagai cara nak lebih mengeratkan lagi hubungan adik-beradik, tak tau le...

MelepAsI 40an

Umur aku kini dah melepasi 40++.. Maka tahun ni aku rasa banyak kali dah melawat fan berziarah klinik dan bertanya khabar kat mana nak 'sihatkan' badan. Bila terbaca blog BUDIMAN sahabar lama di ITM Zainordin Awang Samah (DIA) yang kini baru selesai menjalani operation kat usus (moga segera sembuh).. maka tak mustahil sikit demi sedikit 'kekuatan' dan 'kegagahan' diambilNYA. Memang semuanya cubaan dari Pencipta. tetapi ianya juga sebagai tanda bahawa bila umur kita semakin meningkat akan datang pula bermacam-macam penyakit akan menyerang. Masa sahaja yang akan menentukannya. Ada sahabat dah kena kencingmanis, darah tinggi dan bermacam-macam lagi.

Aku sendiri tak terkecuali dengan LELAH semenjak dari zaman sekolah lagi. Dan terkini ada kebas-kebas pula dikaki kanan. Doktor kata ada problem kat saraf. Aku ni bukannya jenis atlit masa sekolah dulu... Ni adalah peringatan fasa pertama sebelum memasuki umur 50an, 60an... sebelum dijemputNYA

Kepada sahabat-sahabat lain yang tak kena lagi berhati-hati dengan pemakanan anda ... sebab kat situlah punca utamanya... Untuk wanita/ibu-ibu banyak-banyaklah minum susu kerana kerana anda kini akan memasuki Zon Monop...s + kekurangan Kalsium...

KurMa Mat Said - MB Ganu

Ada cerita pasal KURMA Mat Said... Nak buat macama mana kurma tu sampai terlepas kat Pahang.. aku pun dapat jugak.... Kesian kat JKKK sampai kena warning nak pecat...

Lagi MATI

Lagi seorang mangsa H1N1 meninggal kat rancangan. Berita diperolehi dari anak sedara aku... Kali ni budak sekolah rendah 11 tahu... Dikatakan terkena jangkitan dari Mat Bangla yang baru dibawa masuk untuk bekerja di ladang-ladang yang diuruskan FELDA Plantation....

Buka PoSA



TERuNg , terunG... TerUnGGGGGGGGGG!!!i



Kat rancangan aku FELDA dah bagi polibeg, anak benih dan tanah untuk dimulakan projek penanaman terung kepada setiap peneroka. Bermula dari bulan Ogos 09 baru ni dan setiap peneroka diberikan sebanyak 20 polibeg. Namun tak ramai yang menyahut panggilan Najib ni, tak tau le sebab ape... mungkin dah senang-lenang ataupun 'pemalas' kot...

Ayah aku hentam sampai 80 beg sekali. Minta tambah peruntukkan dari pegawai rancangan sebab orang lain dalam blok tak berapa berminat.... Tak tau le hasilnya macam mana...


Cenderahati MB GANU


Bulang ni bulang POSA
Mari kita banyok beramal
Buah tamar dari MB Kita
YB Mat Said DUN Kijal

BahagiAkah KiTA??


Kalau tanya sang isteri . Puan Bahagia?.. Ya. Alhamdulillah saya dikuniakan sorang suami yang baik hati, ikhlas dan bertanggungjawab..(dalam hati dan tak kawin satu lagi), anak-anak yang cerdas dan berjaya dalam pelajaran. Tu mungkin jawapan yang biasa kita dengar...

Kalu tanya sang suami... Saya bersyukur kerana saya kini bahagia dengan ikatan kasih-sayang isteri dan anak-anak pulak yang sentiasa membuatkan saya gembira sepanjang masa. Teman-teman di pejabat pula sporting dan mempunyai kerjaya yang mampu menanggung makan minum anak isteri saya.

Bagaimana pulak orang miskin? Adakah mereka tidak BAHAGIA kerana sentiasa berusaha keras mencari sesuap nasi demi keluarga dan pendidikan anak-anak? Tanpa gelak ketawa, senyum ria tetapi penuh dengan kesedihan, murung dan tertekan akibat kesesakan ekonomi.

Bagaimana pulak dengan sebahagian diantara kita yang dihujani dengan pelbagai ujian seperti kerjaya, perniagaan, rumahtangga, pendidikan anak-anak, ibubapa, ditimpa kemalangan, dihinggapi penyakit.. Adakah mereka ini tidak BAHAGIA dan tidak layak mendapat BAHAGIA disebabkan ujian-ujian itu. Sedangkan tiap ujian datangnya dari ALLAH untuk menguji makhlukNYA...

Nampak ada perbezaan definasi dan pencapaian tahap BAHAGIA antara orang MISKIN/CUKUP MAKAN dan SEDERHANA/BERADA. Bagaiamana pulak pandangan ISLAM?

Pada pandangan kita, bahagia itu lebih kepada cinta, kasih sayang suami/isteri dan anak-anak, kejayaan anak-anak dalam pendidikan, kejayaan dalam kerjaya mahupun perniagaan dan lazimnya tiada ujian-ujian kehidupan seperti yang dinyatakan tadi. Sedangkan BAHAGIA yang dicapai tadi semuanya hanya sebentar sahaja dan pada pandangan/pemikiran manusia yang cetek pengetahuannya.

Adakah itu sahaja? Apakah maksud sebenar BAHAGIA. Amat sukar untuk mendapat jawapan yang menyebut ... setakat ni saya berjaya menjalankan amanah ALLAH sebagai seorang MUSLIM dan moga-moga ibadat tersebut diterimaNYA. Mungkin sukar mendapat jawapan sebegini.(Ni pandangan aku...)

Sempena Jumaat ini mari kita mencungkil maksud sebenar BAHAGIA dan yang hakiki bukannya setakat duniawi.

Tak de Sebab menInggALkan SembaHyANg

Baiki SOLAT


Pagi ni saja nak bawa cerita pasal rukun sembahyang/solat. Mungkin ramai dah tau cuma sempena bulan Ramadhan ni apa salahnya kita rewind dan upgrade solat kita tak le macam solat zaman remaja dulu. dah berumur tak de langsung naik taraf solat kita..

Rukun Sembahyang

1. BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selapas rukuk.
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.

Kita berkehendakkan SOLAT yang sempurna, maka janganlah sesekali mengabaikan perkara-perkara sunat. Kalau kita yang buat yang rukun sahaja, yang sunat tak buat rugi banyak-banyak sebab mana tau yang rukun pun tak sempurna terus ditolaknya ibadat kita, rugi sahaja. Jadi amalkan juga perkara yang SUNAT ketika bersolat sebab dapat pahala jadi boleh menampung kekurangan solat kita tadi. Begitu juga perkara-perkara yang Makruh dalam solat..

PERKARA MAKRUH DALAM SEMBAHYANG

* Makruh mengikut jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Secara mudahnya tinggal dapat PAHALA, buat tak dapat apa=apa (kosong) tapi tak berdosa..

* Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:

1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.
2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur’an.
3. Membaca dalam raka‘at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam raka‘at pertama.
4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka‘at yang sama atau dalam dua raka‘at.
5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang perlu.
6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.
7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa sebarang sebab.
8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki satu lagi.
9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air kecil, air besar atau menahan daripada terkentut.
10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau sebagainya.
11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka‘at akhir sembahyang fardhu kecuali ma’mum yang masbuq yang ketinggalan raka‘at pertama dan kedua.
12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.
13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa.
14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.
15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.
16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia.
17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan kandang binatang.

Begitu juga amalan dalam berwudu' dan berzikir selepas solat...Sama-samalah kita 'upgrading' solatt ...
.

sEbat - TerjErAT


ISU KARTIKA

KARTIKA pohon disebat dan tak nak merayu lagi atas hukuman yang dijatuhkan.... Maka keluarlah macam-macam statement dari atas sampai bawah yang keliru dan lagi mengelirukan walaupun cadangan hukuman tersebut bukan mengikut hukum syarak lagi.

Isu ini menyebabkan ramai yang terjerat terutamanya pimpinan negara dan yang berkaitan

Najib - minta buat rayuan
sepupu Najib - tak de kemahiran nak menyebat... statement kat NTV7 semalam
Syarizat - Hakim Mahkamah Syariah perlu Kaji Semula - kaji lagi.....
Jabatan Agama ISLAM Pahang (JAIP)- senyap lagi

Kita tunggu apa kata Majlis Fatwa Kebangsaan pulak????

RumAH PeneROkA



Ni adalah gambar rumah peneroka-peneroka yang masih ada kat rancangan. Desain adalah rupabentuk asal.. Kalu tambah pun mungkin kat dapur je...

Sebab-sebab rumah tak berubah.

a. Ekonomi keluarga tak berubah
b. Keluar dari rancangan
c. Dah takde waris nak duduk kat rancangan.

Bilangan peneroka dari gai ke seharai dah makin menyusut dan sunyi dengan ketiadaan peneroka asal, kena pulak anak-anak jarang balik @ terus tak balik-balik. Tempat aku dah 69 orang dari 500 orang peneroka dah tak de (meninggal)... 10 Tahun lagi berapa agaknya????.... Apatah lagi tiada program untuk menarik minat warga generasi ke-2 menetap di rancangan.

Mungkin akan dihuni oleh mat bangla@Indon pulak.. sebab bayak kerja-kerja kat rancangan dah diambilalih oleh FELDA Plantations/Technoplant dan mengupah pekerja-pekerja nih...

H1N1 dah dapAT MangSa kAt RanCangAN

Kalu balik rancangan mesti ada cerita-cerita menarik. Orang tua aku bagitau dah ada peneroka meninggal kat rancangan sebab batuk-batuk je. Dia pulak pernah berniaga kat kedai MARA selang sebuah dari kedai orang tua aku. Umur tak sampai 60 lagi. Ni cerita orangtua aku.

a. Meninggal akibat batuk-batuk sahaja.
b. Pergi ke klinik swasata, doktor tak nak rawat.. diminta terus ke hospital untuk mendapat rawatan.
c. Sampai hospital terus masuk kecemasan dan meninggal.
d. Kaum keluarga tak dibenarkan menunggu dan melihat wajah arwah sehinggalah dibawa balik kerumah.
e. Dibawa balik dengan berpakaian uniform hospital lagi.
f. Mangsa ada penyakit lelah dan jantung.

Ni cerita anak sedara aku yang dok rancangan.

a. Arwah dipercayai batuk dan demam setelah anaknya balik dari luar negeri/negara (tak conform)
b. Anaknya juga demam dan batuk-batuk.
c. Keluarga arwah telah dikuarantin kat rumah.

Tak tau yang mana satu betul. Harap-harap 2-2 betul. Tapi kalu mengikut symptonnya memang ada iras-iras H1N1. Memang tak pelik sebab kebanyakkan an-anak peneroka yang balik hujung minggu mungkin membawa balik bersama VIRUS nih.... Kena pulak orangtua kat rancangan ada penyakit belaka sepereti kencing manis, gout, jantung, darah tinggi , semput dan macam-macam.

AL-FATIHAH untuk arwah Baharin.. (dulu aku selalu beli roti canai kedai dia)

BaJA RISDA



Anak sedara kat kampung contact kakak ipar aku bagitau baja dari RISDA dah sampai...Sape pulak nak membaja ni????.... Last-last kami meeting buat sendiri jelah jimat kos, boleh ajar anak-anak aktiviti pertanian dan macam-macam lagi. Nak muat baja atas lori, bateri lori pulak kong, so ambik bateri kereta SAGA aku tukar kejap.... VROMMMM okey... 8.15 pagi dah mula keja sampai 10.00 pun siap...



Bazar RamaDHAn Kat Rancangan




Semalam 24/8/09 balik ke rancangan kejap berbuka dengan orang tua aku... Ye lah kesian jugak dah tinggal 2 orang sunyi pulak kat rancangan... begitulah nasib peneroka-peneroka terutama kalu anak-anak bijak-bijak belaka semuanya dok kat luar..

Peniaga tak ramai tak macam bandar-bandar boleh bilang dengan jari je, cuma semangat ingin berniaga tetap ada terutamanya golongan muda. Taklah sesibuk dibandar..Ada yang pinjam duit TEKUN niaga air tebu semepena Ramadhan ni... Aku terfikir jugak kalau FELDA boleh bagi dana untuk golongan belia secara kecil-kecilan terutamanya ketika di Ramadhan supaya mereka taklah naik motor je ke hulu ke hilir...

Court Mamud




Pagi ni aku bercadang nak beli kat Sales murah yang dibuat oleh Court , tapi bila sampai kat sana ... orang dah beratur panjang tunggu pintu buka. Pak Guard pulak dok membebel suruh 'peminat-peminat' beratur...

Aku terus jadi putus angin sebab tengok dah ada mamat yang menjerit suruh beratur dan macam-macam lagi.. Yang banyaknya Melayu le... Dok 5 minit, last-last aku belah last senang

Hari pertama Ramadhan

Ini hari pertama Ramadhan, semuanya bersemangat apatah lagi bila berterawih. Habis seluruh kampung ke surau/masjid, yang bawa kereta penuh 1kereta, yang tempang datang bertongkat, yang buta datang berpimpin, yang bersuami/isteri membawa pasangan masing-masing dan anak-anak belaka... macam-macam le. Alhamdulillah...

Tapi yang tak syoknya bila nak subuh tinggal le yang 'pemastautin tetap' + muka-muka baru yang masih bersemangat nak sembahyang berjemaah. Silap kat mana nih.. Adakah Ramadhan setakat 'mesti hadir' dan 'wajib' sembahyang Terawih?

Berniaga Orang 'KiTa'


Abang ni niaga sakan sungguh semua dia buat. Nilah masalah utama orang kita kalu nak berniaga semua nak buat... Aku dulupun macam nih jugak heh2... Last-last KO. Biar le fokus bang!!!

HebaT

Pagi ni aku bawa anak ke klinik homeopathy kat Temerloh... Selesai jumpa Dr nak ambik ubat pulak.. Staff dia kata hari ni hari Jumaat, jadi kami tak kenakan apa-apa bayaran, kalu nak bayarpun terpulanglah...Aku pun bayar jugaklah sepertimana rate biasa. Rupanya tiap kali Jumaaat klinik ni akan berurusniaga secara demikian. Jumaat penghulu segala hari, maka beruntunglah orang-orang yang berbuat kebajikan.

Jadi kinik tu 'untung' lebih besar sebenarnya. Mereka mempunyai jiwa yang besar untuk mengamalkan konsep perniagaan/pemasaran yang jarang dipraktikkan oleh mana-mana pengusaha pada masa kini. Mungkin kita boleh cuba. .

Harga SahAM PHARMANIAGA mula bergerak


Posting asal aku bertarikh 13/8/09 lalu kat SINI

Cukup seminggu harga PHARMANIAGA dah mula stat naik seperti yang aku jangka.. naik sampai 30 sen... jadi untung le RM300/lot... Hari nih dah down sikit 10 sen ke RM4.20 mungkin ada mamat yang nak keluar market jadi dia jual dulu... Kalu volume banyak hari ni, walaupun harga jatuh, harga ni akan naik semula.. Kalu sape-sape dah beli kena HOLD dulu.... Ni cerita pengalamanku le (aku terlibat dalam saham ni sejak tahun 90' lag). Tak percaya tak ape....

sELAMAT mENYAMBUT RamadHAN


Pagi ni sejak pukul 715 pagi lagi aku dah bertolak ke Bahau untuk urusan IT service kat tempat pelanggan. Oleh kerana pagi tadi tak makan apa-ap, jadi aku pun berhentilah di sebuah gerai lebih kurang 50 meter dari jambatan Sungai Mengkarak dan hampir 2 km dari Simpang Kerayong.

Kami sampai di situ lebih kurang pukul 745 pagi. Aku pun pesan la 2 nasi lemak dan milo kosong. OK jugak nasi lemak... dah abis makan so nak bayar le... akupun jumpa pak cik tokeh kedai. Pak Cik kira semua berapa ? Aku kata.. Pak Cik tu jawap , hari ni tak payah bayar le sebab memang nak jamu semua yang berhenti minum kat kedai Pak Cik sebab esok nak tutup kedai menyambut bulan puasa pulak... Ye ke? aku tanya lagi.. Betul dia kata. AKu pun ucap terima kasih banyak-banyak le....Moga dimurahkan rezeki...



Ada juga orang bermurah hati buat open house sebelum menyambut Ramadhan... Dari itu untuk semua sahabat-sahabat, kenalan dan pelawat blog ni iucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN MOGA RAMADHAN KALI INI LEBIH BERMAKNA DENGAN LEBIH AMAL IBADAT, LEBIH BERKUALITI DARI TAHUN LEPAS, LEBIH MASA MENGINGATI TUHAN, LEBIH MASA MERENUNG DOSA-DOSA LALU, LEBIH YAKIN DENGAN ISLAM DAN LEBIH BERSTAMINA UNTUK MENJALANI IBADAT SELEPAS RAMADHAN PULAK ... JANGAN SETAKAT RAMADHAN SAHAJA

Memantau

Aku jadi tak berapa nak rajin menulis sebab dok memantau perkembangan anak aku yang discaj dari hospital sejak Khamis lalu.. Nak keluar rumah pun malas sebab H1N1 sibuk kat luar mencari mangsanya. Walaupun seminggu lagi nak cuti sekolah, semua anak-anak aku kat rumah sebab sekolah dan asrama telah diarahkan tutup sehingga habis cuti sekolah. Yang kena H1N1 tu budak dorm dia kat Jerantut dan sorang lagi kelas sebelah... Yang kena 2-2 perempuan...

Mathurat - amaLkAN


Ramadan nak tiba dah. Maka perbanyakkanlah ibadat harian kita.. Boleh beli kat kedai-kedai dan biasanya dah bundle dengan surah Ysssin sekali... Amalkan selalu

“Dan sebutlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut, dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau menjadi dari orang yang lalai.”

(surah al-A’raf: 205)

Rasulullah S.A.W. sentiasa berzikir dan berdoa. Antara waktu yang paling kerap zikir dan doa Rasulullah S.A.W. adalah pada waktu pagi dan petang.
Buku Mathurat ini adalah himpunan zikir dan doa yang disusun oleh Imam Hassan al-Banna. Beliau menyusun daripada banyak hadis Rasulullah S.A.W. di dalam kitab-kitab sunan yang diamalkan oleh Rasulullah dan kelebihan-kelebihan beramal dengannya lalu menjadikannya bacaan seragam untuk jemaah Ikhwan Muslimin.

Antara kelebihan Ma’thurat adalah:

* Terpelihara daripada gangguan syaitan daripada pagi hingga petang dan dari petang hingga pagi berikutnya.
* Terpelihara daripada bahaya dan perkara-perkara yang tidak dingini.
* Segera mendapat apa yang dicita-citanya.
* Pahala seperti membaca sebahagian besar Al-Quran.
* Keperluannya dicukupkan oleh Allah.
* Layak mendapat syafaat pada hari kiamat.
* dan banyak lagi.

Imam Hasan al-Banna adalah pendakwah, reformis dan pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin. Pada usia 12 tahun, beliau sudah menghafal al-Quran. Beliau menyertai kumpulah Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi di sekolah. Beliau juga menghadiri majlis-majlis zikir pimpinan al-Ikhwan al-Hasafiyyah. Pada usia 23 tahun, beliau menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah pada Mac 1928. Hasil kegigihan beliau, gerakan dakwah beliau mendapat sambutan di Mesir dan di setiap pelusuk negara-negara Islam. Bimbang dengan pengaruhnya yang semakin kuat, Hasan al-Banna ditembak mati oleh seorang pembunuh lalu menghembuskan nafas pada 12 Februari 1949.

Softcopy kat SINI (lambat sikit buka)
DENGAR Mathurat

Stevia - Boleh ganti GULA



Sebahagian produk dari daun stevia

Sekarang ni semua kelam-kabut gula tak de kat kedai-keadai. Nak jadi cerita pagi ni terjumpa seorang sahabat yang memperkenalkan DAUN STEVIA.

Apa tu STEVIA - Nama saintifiknya Stevia Rebaudiana bukan sahaja indah teapi unik kerana khasiat dihasilkan daunnya boleh menggantikan gula. Stevia merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori dan ekstraknya mengandungi kemanisan 300 kali ganda lebih manis dari gula biasa . Kajian mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid tiadak mengandungi toksid dan boleh menurunkan tekanan darah dan baik untuk pengidap kencing manis (diabetes). (Fakta dari Dr Julian Whitekar's - www.setvia.com)

Kelebihan ekstrak Stevia
1. Mengimbangkan kandungan gula dalam badan
2. Meningkat kadar tenaga kepada tubih badan
3. Melicin dan memutihkan kulit serta waet muda
4. Sebagai pemanis semulajadi sesuai untuk semua golongan lelaki/perempuan
5. Membantu menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk pesakit Diabetes & Hypoglycemia)
6. Membantu menurunkan tekanan darah
7. Membantu sistem ppenghadaman badan
8. Membantu mereka yang mengalami masalah insomnia
9. Berupaya mengawal berat badan yang berlebihan (obesiti)
10. Meningkatkan stamina dan mencergaskan minda.

Info Lanjut

Kebaikan GULA

- 24 sudu teh gula boleh menyebabkan sel darah putih menurunkan sehingga 92% dalam masa 5 jam
- 1gm gula memberi 4 kalori kepada tubuh badan, tapi kalori/gula yang tak digunakan akan menjadi lemak
- gula boleh mengubah kimia badan
- gula menjadikan platelet darah melekit dan ini meningkat risiko pembekuan darah dalaman yang mengakibatkan serangan jantung dan stroke melalui lemak darah

Ambil PeLuanG


Topeng muka laku
Ubat panadol laku
Ubat batuk pun abis, sampai mat gian pun payah nak stim dah...
Ramai dok beratur nak buat Inhaler sesak nafas..
Biz kat klinik/hospital kencang bulan nih...

Kalu kaki saham la ni time nak beli saham berkaitan perubatan, yang aku tau la ni cuma Pharmaniaga ... harga pun tak bergerak lagi RM4.20 je (hari ni)... Mungkin nanti gomen lantik Pharmaniaga diberi hak mengimpot vaksin ni, meletup-letup harga dia... Jangan lupa Pharma ni anak-beranak UEM... Cepat beli

Malam Yang SenAK

Malam tadi aku menunngu anak kat hospital. Pukul 1030 malam ada la 1 patient budak sekolah admit ke wad anak aku. Akupun bersalam dengan ayah dia... tanya sakit apa bang?.. Dia jawab demam panas dah 3 hari, pegi x-ray ada kuman pulak kat paru-paru... Dalam hati aku apa punya ayah ni, dah 3 hari baru nak bawa anak ke hospital, orang lain tengah kelam-kabut H1N1 dia buat relax je.... Memang le kalu batuk-batuk dan demam yang lama sikit, kuman pun serang le paru-paru...

Lepas tu dia kata, saya tak bawa apa satu pun ni, ingat boleh balik, kena tahan pulak. Malam ni keja. Tengok gaya rupa smat semacam je, aku rasa dia ni polis....
Lepas tu, dia pun menghilangkan diri, tinggal anak terkonteng-konteng sorang atas katil.

Pukul 130 pagi baru nak lelap, bunyi bising-bising dalam bilk tu 2-3 orang doktor tengah keliling budak tu.. check darah, BP. Pulse macam-macam .. masuk air dan ubat... Dengar doktor kata, U pakai topeng sebab nanti berjangkit kat orang lain...kelam-kabut kejap lepas tu doktor suruh pindah patient tu ke wad lain.. Pindah le kat pukul 3 dengan diusung oleh staf yang memakai pakaian seperti orang nak ke bulan...kerana disyaki H1N1...

Aduhhhhhhh suspens abis aku... Sebelah budak tu ada pesakit yang paru-parunya bernanah dab 26 hari, kanan pulak darah tinggi..Aku pulak ada ASMA... emmmm

Sampai ke siang aku tak tidur dibuatnya bimbang memikirkan serang H1N1....Sebabnya oleh kerana aku sorang je yang terjaga.. staff kat hospital bagi le topeng kat akau... pakai ni bang!...

InsyaALLAH anak aku akan keluar wad petang ni kalu tak ada apa-apa masalah... Mohon doakan agar kesihatannya pulih sediakala....

PengKhianat


Wahai Ali
Wahai Ahmad
Wahai Abdullah
Wahai Abu Suffian

Kenapa hang pilih...jadi PENGKHIANAT ISLAM???

Perang Sana-SinI

Kini tiap hari meletus perang kecil dan besar ditiap negeri seperti

Pulau Pinang - Kg Buah Pala & Permatang Pasir
Selangor - Arak
Kelantan - Royalti
Johor - Pengkhianat Melayu
dan
1Malaysia kena serang H1N1

MuHasaBaH DirI


Hari ni hari Ahad, kena shif kat aku pulak menunggu anak kad wad. Biasanya aku akan tunggu 2-3 jam lepas tu tukar-tukar shif. Jadi hari ni aku mula bertugas dari pukul 915 pagi lagi sampai petang disambung pulak wife aku.

Takde keja nak buat, aku pun buka le Notebook dah menulis sikit untuk catatan di blog ( tak de line kat hospital). Anak aku pulak hentam tidur je , sedar 15 minit sambung tidur pulak. Malam tadi ada pesakit baru apek cina buat hal kencing atas tilam 3X pulak tu....

Dah masuk bilik baru ni yang fully air-cond dan ada 5 orang pesakit sahaja. Bilik air pun dalam jugak....relax sangat-sangat. Bilik sejuk suhunya macam baru pukul 715 pagi tapi masa sebenar 1 tengahari.. Ada 3 orang berbangsa Melayu dan beragama ISLAM termasuk anak aku.

Bila bab solat amat sukar melihat pesakit-pasakit untuk bersolat walaupun yang telah berusia. Ada diantaranya yang masih mampu berjalan, duduk ataupun berbaring melainkan yang sedang dalam keadaan tidak sedarkan diri. Adakah kurangnya motivasi dan suruhan dari ‘penunggunya’ atau pesakit memang tidak tau@buat-buat tak tau untuk mengerjakan solat dalam keadaan sakit, aku tak tau le… Ada yang dah 50-50 pun buat tak tau je....Amatlah rugi jika kita masih tak mau mengerjakan solat.. Sebab bila berada dihospital kita akan lebih insaf melihat bermacam-macam kerenah pesakit dan kematian yang tiap waktu berlaku. Apatah lagi dengan banyak masa terluang sambil membaca suratkhabar atau berbaring tentulah bermacam-macam yang muncul dibenak fikiran. Jadi pada ketika ini kita boleh bermuhasabah diri dengan amal ibadat kita, tanggungjawab kita kepada keluarga, ahli masyarakat dan agama khasnya... Kata mana kita????????????

Pindah BiLik

Petang semalam anak aku dah dipindahkan ke bilik lain walaupun dalam wad yang sama. Tak lagi dalam pemerhatian khas nurse/dr... Minta-minta semuanya berjalan baik. Dia jugak dah melepasi tahap kritikal 70 jam sehingga pukul 6 pagi tadi(8/8) yang mana sawan tu boleh berulang semula (pendapat Dr lain). Dia pun dah merayau ke sana ke mari sebab boring katanya. Dari tengahari hingga ke petang tak putus-putus orang melawat termasuk bekas guru-gurunya dari Sek Ren Agama At-Taqwa Temerloh yang membawa 'buah tangan khas'. Wife aku sebak dan hendak menangis katanya...

Juga kepada jiran-jiran TBR, ibubapa PASTi AZ-ZAHRA', Cikgu Zul, Saudara Hashim, Mudir SRA AT-Taqwa dan lain-lain lagi. Doa dan pesanan tuan puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih. ALLAH jua yang akan membalasnya...

CERITA LAIN

Cerita 1
Peakit yang berhadapan dengan katil anak aku, telah meninggal selepas sejam akan aku dipindahkan biliklain... Paru-paru berair. Petang Khamis dia bernafas dengan menggunakan mesin. Sebelum dia meninggal, dia telah membukakan matanya buat kali terakhir dan kelihatan bersalaman dengan kakanya ketika iu wifenya telah turun ke bawah membeli makanan. Sekitar 15 minit diapun menghembuskan nafasnya yang terakhir kembali kepada ALLAH Yang Maha Besat...Tidak sempat bersama siisteri...

Kematian itu wajib tidak cepat atau lewat sesaat. Kini sudah melepasi 15 Syaaban dan 'berbahagialah' para 'tahanan' di kubur buat sementara kerana sedang direhatkan dari soalan/siksaan dari Malaikat sehinggalah melepasi Syawal ini pulak...

Cerita 2
Kini ibubapa yang sakit terlantar di hospital terpaksa dijaga oleh BIBIK pulak. dasyat sampai begitu sekali. Ada 2 orang bibik kat wad tu seorang dari Lombok sorang lagi dari Bandung.... Yang dari Lombok tu katanya.... Mak Cik ni ada 10 orang anak semuanya kerja diluar, sorang pun enggak mau nunggu, jadi aku diupah menjaganya...

Kita bagaimana sempat atau tidak menunggu ibubapa atau ibubapa akan menunggu kita bila terlantar sakit nanti terutamnya kat hospital@rumah...

2 RumAh

Keadaan anak
Semalam keadaan anak aku dah banyak berubah. Boleh dikatakan 85%. Cuma dia merungut tak nak diambil air dari tulang belakang. Aku beritau dan pujuk dia ayah akan cari pilihan lain untuk mengubati penyakit AMMAR, InsyaALLAH ada ubatnya. Dia nak balik lekas-lekas ke asrama apatah lagi sebelah petangnya kawan-kawan dan Ustaznya datang melawat.


Ammar pun menceritakan macamana dia boleh kejang dan sesak nafas. Dia kata, dia berhasrat untuk mengikut Ustaz dia berterawih di luar sempena Ramadhan ni. Jadi dia nak menghafaz lebih dari sediakala dan berlumba-lumba dengan kawan-kawannya. Jadi Subuh tu semasa asyik dok menghafal tiba-tiba sakit sepala, sesak nafas dan tangan menjadi kejang.... lepas tu terus dibawa ke hospital.. abis..
---------------------------------------------------------------
Gambar sebenar bukan hiasan/ilustrasi

Pagi ni aku cincai je masak nasi goreng sebab nasi dan lauk semalam banyak lagi. Aku ni tak reti bab masak-masak hanya pembantu didapur sahaja. Tukang menyediakan bahan-bahan, kemas dan basuh pinggan minggan je aku minat. Masak... eeehhh. Lepas tu biasa le sidai baju dan kemas dapur. Anak ke-2 Amin, masih demam dan selsema pulak, yang kecik nak memonteng hari ni.. pukul 830 pagi bersiap nak ke hospital pulak, rumah satu lagi..

Jadi hari ni dah 3 hari aku berulang-alik ke hospital dan dah jadi macam rumah ke-2 pulak.. Kalau orang ada 2 rumah mungkin lain sikit kot, macam member aku tuh.. sakit kepala orang sana dan sini boleh picit. nak makan pelik-pelik sikit boleh ode je... layanan pun mungkin lain-lain... seronok barangkali... Nantilah aku buat sesi temubual khas dengan dia nak tanya nikmat dan hikmah ada 2 rumah ni. Sebab tu ramai yang mengidam dan berangan nak 'tambah rumah satu' lagi kot. Tapi kalau sakit macamana?? Nak lepak kat rumah no-1 ke no-2? Nanti berebut pulak nak jaga.... Mungkin dia pun lepak kat hospital, tempat berkecuali..

LegA Sikit

Pagi semalam..


Pagi ni....

CuBAAn dan DugAAn

4/8
Anak ke-2 aku demam jadi tengahari tu aku bawa ke Hospital jumpa DR bimbang jugak HiN1.. pukul 330 beres cuma demam sahaja

5/8
Pagi balik dari surau wife beritau anak-3 aku dah masuk wad kecemasan pulak kat Hospital Temerloh. Samapai sana pukul 630 pagi disambut Ustaz ISMASIL(warden asrama Tahfiz)
Dr beritau.
- Dia sampai dalam keadaan sesak nafas+Sawan+demam... aku beritau keluarga aku takde sejarah sawan.Lagi nadi dia rendah+muka biru.... terduduk aku. Lepas tu ambik darah nak buat test

Tengahari dr beritau ada kuman dalam darah dan perlu buat CT San...
Pukul 3 result keluar ada something kat selapaut otak dia .... terus gabra dan terkejut tak tau nak fikir apa... 430 petang dia masuk wad tapi dalam keadaan sihat wal'afiat demam dah Ok... BP pun OK... 530 Dr panggil bincang nak ambil air tulang belakang pulak dah.... Aku dan wife tak reti nak buat apa tanya orang sekeliling semua tak setuju...

Sampai terpaksa rujuk sahabat-sahabat Ustaz Fairus, Dr Hisham kat JB, Madi & Pak Ya... hari nih aku masih dalam kedaaan bingung tak tau nak buat keputusan apa..???

Cuma satu segalanya aku akan terima baik mahupun buruk

BersamA SUbUH

Amat sukar untuk bersama SUBUH terutamanya menunaikan solat secara berjemaah kat surau@masjid.

Balik je dari surau dalam 6.15 tadi, aku tengok abang tu cantik je dok tengah basuh kereta. Rumah dia pulak dalam 15 meter dari pintu pagar surau. Aduhhh...

AKu senaraikan 4 golongan yang SOLAT SUBUH (ni dari pemerhatian aku)

1. Bangun awal pagi dalam 4.30 atas
- Mungkin bertahajud, baca Quran, ada jawatan kat masjid dan ahli tetap masjid

2. Bangun 15 minit sebelum azan
a. Solat kat masjid
b. Solat jugak TAPI kat rumah je, kena pegi keja awal.

3. Bangun semasa azan
- Solat macam kategori (2)

4. Bangun selepas azan (tak kira pukul berapa)
- Biasanya solat kat rumah, kalu pegi pun sebab rumah dekat masjid

Ni yang bersolat .. Kita kat golongan mana ye????

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
FADILAT SOLAT SUBUH BERJEMAAH

1- MENDAPAT PAHALA SEPERTI MENGHIDUPKAN MALAM KESELURUHANNYA

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : (( مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ اللَّيْلَ كُلَّهُ )) .[ مسلم ]

Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda:“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]

2- MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH

فَعَنْ جُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (( مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ.[ البخاري ]
Daripada Jundub bin Abdullah berkata: Bersabda rasul s.a.w“ Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka dia berada dalam perlindungan Allah. .

3-MALAIKAT AKAN MENJAGANYA SEPANJANG HARI

عن رجل صحب النبى صلى الله عليه و سلم قال : بلغنى ان الملك يغدوا برايتة مع اول غاد الى المسجد فيظل معه حتى يصلى ثم يخرج معه حتى يدخل بها الى منزله و بلغنى ان الشيطان يغدوا برايتة الى اول غاد الى السوق فيظل معه حتى منزله
Dari seorang lelaki yang menemani nabi s.a.w berkata, sampai kepadaku bahawa malaikat berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke masjid, malaikat akan bersama dengannya sehingga dia solat, kumudian akan keluar bersamanya sehinggalah dia masuk ke rumahnya, dan sampai juga kepadaku bahawa syaitan berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke pasar dan akan bersama dengannya sehingga ke rumah.

Hadith ini disebut oleh al-Munziriyy dalam al-Targhib wa al-Tarhib

4- Orang yang melakukan solat subuh secara berjemaah malaikat akan berkumpul dengannya dan mendoakannya

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : يتعاقبون فيكم ملائكة بالليل و ملائكة بالنهار و يجتمعون ى صلاة الفجر و صلاة العصر فيعرجون فيسألهم الله و هو اعلم كيف تركتم عبادى : يقولون تركناهم و هم يصلون و اتيناهم و هم يصلون فأغفر لهم يوم الدين (متفق عليه)
Bersabda rasul s.a.w:Para malaikat malam bertukar dengan malaikat siang dan mereka berhimpun pada waktu solat subuh dan solat Asar, mereka kemudian naik ke langit Allah bertanya kepada mereka dan Dia lebih mengetahui. ” Bagaimana kamu tinggalkan hamba-ku?”Para malaikat menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan menunaikan solat dan kami bertemu dengan mereka juga dalam keadaan menunaikan solat, ampunkanlah mereka pada hari pembalasan. ”

Hadith Muttafaqun ’Alayhi.

5- Orang yang melakukan solat subuh berjemaah berpeluang untuk mendapat pahala haji dan umrah setiap hari

ن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من صلى الفجر في جماعة، ثم قعد يذكر الله تعالى حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كانت له كأجر حجة وعمرة تامة تامة تامة
Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna. Sempurna. sempurna .

6- Allah menjanjikan orang yang menjga solat subuh berjemaah untuk dimasukkan ke syurga

حديث أبي موسي(رضي الله عنه (( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من صلى البردين دخل الجنة ))
“Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara berjemaah akan memasuki syurga.” Dua solat yang sejuk ialah solat subuh dan asar 7- Allah s.w.t tidak akan memasukkannya ke dalam neraka

قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لم يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس و قبل غروبها رواه مسلم
Sabda rasul s.a.w : Tidak akan masuk neraka seorang yang menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelam.

8- SELAMAT DARI SIFAT MUNAFIQ

من حافظ على صلاة الفجر فى جماعة فقد (( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ان اثقل صلاة على المنافقين صلاة الفجر و صلاة العشاء )) . و فى رواية (( ما يشهدهما منافق

Sabda rasul s.a.w:“ Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang munafiq ialah solat subuh dan solat Isyak dan dalam riwayat yang lain: Solat subuh dan isyak tidak dihadiri oleh orang munafiq .


9- Allah swt memberikan kepada cahaya dalam kegelapan hari Qiamat

(( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : بشر المشائين فى الظلم الى المساجد بالنور التام يوم القيامة ))
Sabda rasul s.a.w: “ Bergembirah orang yang berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”

Solat yang gelap ialah solat Isyak dan subuh

atau Baca SINI

JumPa Abe Li Kito - xAFKL



Dah 2 hari contact ZALI tak dapat, jadi pagi ni aku gi cari dia kat Simpang Kg Awah.. Jalan Maran.

Kepada shabat-sahabat AFKL, ni kawan lama kita Tuan Haji Mohd Razali Muhammad, batch SPM 84' MBS... sebilik dengan Nuar Yaacub (kalu tak silap). Dari FELDA Bukit Goh Kuantan...

Dah pencen dari industri Perbankan, bekas Branch Manager lagi. Geng main sepaktakraw dengan aku, Pak Ya, Sabudin Kalid dll.. Muka dan warna kulit tak berubah lagi.... Baru sahaja menghabiskan cuti di hospital dekat 2 blan dan dirumah jugak setelah selesai operate usus, tu badan slim sikit... kalu tidak emmmm....

Baru mempunyai 1isteri dan 3 orang cahayamata yang dah besar panjang (2 menengah 1 rendah)....



Sekarang ni merupakan usahawan dalam bidang 'cleaning'. Membekalkan bahan-bahan pencucian kepada pemborong-pemborong dan kerajaan (hospital/klinik) seperti pencuci mozek atas jenama sendiri D'AROMA.. Boleh contact dia kat no +014-8264 966

TAHniAH


Tahniah Unit AMAL!!!

BeriTA HAIrAN

Tajuk Berita Minggu hari ni... PERHIMPUNAN HARAM MENYUSAHKAN RAKYAT

Betul tu, SEBAB..
# Premis perniagaan ditutup
# Pengangkutan awam terjejas
# Lalu lintas sesak

Aku nak jawab balik...
1. Tak de sape suruh tutup kedai...
2. Terjejas macam mana? Tak de penumpang ke, tak beroperasi ke? Serupa soalan no 1 tadi...
2. Sesak sebab polis buat sekatan dari 4 lorong dah jadi 1 lorong... 2-3 hari belum ada perhimpuanan POLIS dah buat sekatan... Pernah KERAjaan ambik tau orang yang kehilangan suami, Anak kehilangan BAPA! Lagi lah sesak hati dan perasaan bertahun-tahun.. Baru sesak sehari dah kecoh...

SEBENARNYA - Menyusahkan pimpinan UMNO/BN

Himpunan AMAN ANTi-ISA








Gambar dari http://anilnetto.com/