Subjek MuZIk



A
ku dah lama tak tengok kertas soalan sekolah rendah kebangsaan ni, sebabnya semua anak aku masuk sekolah agama dari darjah 1 sampai darjah 6.. kecuali yang sulung dah tingkatan 5 sekarang. Bila aku tengok soalan ni, memang tak heranpun kenapa budak-budak hari ni lebih tahu baca nota muzik dan meminati rancangan realiti hiburan seperti Akademi Fantasia, Mentor dan lain-lain lagi. Mereka dan belajar rupanya kat sekolah dan ada soalan peperiksaan jugak.

Kalaulah pihak atasan buat jugak macam ni untuk subjek TAJWID disekolah-sekolah kan lagi elok. Khas untuk subjek TAJWID sahaja, tentu ramai kita dapat mengeluarkan para qari seperti Ustaz Ismail Hashim atau Rugayah Sulong. Tak pun macam Ahmad Fahmi... Tak perlu tunggu rancangan Akademi Al-Quran...


Papan TandA




A
ku ucapkan tahniah kepada tuanpunya/penyewa kedai ni kerana sanggup menjadikan sedikit ruang dikedainya sebagai 'surau'..Semalam (28/5), bila aku lalu depan kedai ni, menarik pulak ada papantanda 'SURAU' lagi, so aku snap la gambar ni....INi kali pertama aku jumpa sebuah kedai Muslim yang sanggup mempromosikan surau dilaluan dan hadapan kedainya. Kalau tak silap aku kedai ni menjual alatan komputer dan komunikasi. Mungkin ianya jugak sebagai salah satu teknik pemasaran dan terletak berhampiran Bank Islam, pejabat CELCOM cawangan Temerloh dan berhadapan dengan Old Town Kopitiam... Yang lain macam mana????

Tazkirah HAtI




Kita
suka bila kita dipercayai
tetapi kenapa kita tidak suka mempercayai orang lain
kita suka bila kita disanjung
tetapi kenapa kita tidak suka meyanjungi orang lain
kita tidak suka dicaci
tetapi kenapa kita suka mencaci orang lain
kita tidak suka dikhianati
tetapi kenapa kita suka mnegkhianati orang lain
kita tidak suka dizalimi
tetati kenapa kita suka menzalimi orang lain
kita tidak suka dibenci
tetapi kenapa kita suka membenci orang lain
kita tidak suka disakiti
tetapi kenapa kita suka menyakiti orang lain
kita tidak suka dipersalah
tetapi kenapa kita memyalahkan orang lain
kita tidak suka dikritik
tetapi kenapa suka mengkritik orang lain
kita tidak suka hak kita dirampas
tetapi kenapa kita suka merampas hak orang lain
kita tidak suka diumpat
tetapi kenap kita suka mengumpat orang lain

Kalau kita ingin dohormati
kita juga mesti belajar menghormati orang lain
kalau kita ingin dihargai
kita juga mesti belajar menghargai orang lain
kalau kita ingin difahami
kita juga mesti belajar memahami orang lain
kalau kita ingin disayangi
kita juga mesti belajar menyayangi orang lain

kita suka bila kita dipercayai
kita suka bila kita dihargai
kita suka bila kita dihotmati
kita suka bila kita dikasihi
kita suka bila kita difahami
kita suka bila kita disayangi

kita juga suka bila dipuji
kenapa kita sering lupa untuk memuji Pencipta dan Pentadbir alam
kita juga sangat suka bila kita dicintai tetapi
kenapa kita sering lupa untuk mencintai dan mencari cinta Rabbul Izzati?
kenapa kita jadi begini?
ketuklah hati... koreksi peribadi...muhasabah diri

Usah kita bimbang jika tidak dihargai tetapi...
kita perlu bimbang jika kita tidak berharga lagi

Catatan dari majalah suara RISDA

Lawatan ke Kem






P
agi tadi kami ada buat lawatan ke kem tentera berdekatan untuk pelajar-pelajar Pasti Az-Zahra. Jadi angan-angan masa kecil baru tercapai hari ni.. Nampaknya orang dewasa yang lebih ghairah terutamanya bersoaljawab dan testing alatan seperti Styer...Ini satu pendedahan kepada masyarakat luar bahawa PASTI juga mempunyai aktiviti luar yang tersusun bukan setakat akademik sahaja. Setiap hari Rabu adalah hari aktiviti luar/riadah bagai membina perkembangan kecerdasan anak-anak dan mengenal dunia luar

Cerita lanjut disini



RISDA






SE
malam (26/5) aku ke RISDA Temerloh bertanya khabar berkaitan tarikh lawatan dari staff RISDA untuk membuat pemeriksaan kat kebun wife aku di Kuala Krau. Dia kata bajet takde lagi tapi untuk claim kali ini OK... Keperitan ekonomi dah terasa. Aku pernah buat kontrak dengan gomen supply barang-barang, kalu awal tahun ni memang mengeluh le sebab kena tungu bajet mari. Dah serik ohhh..

Kalu sape-sape ada kebun terbiar tu cuba-cubalah usahakan. Mohon bantuan RISDA 1 hektar dapat 7K kalu buat getah .. 1 hektar = 2.4 ekar.. Maksimum 8 ekar sahaja untuk tiap permohonan. Sila ringankan mulut bersoaljawab dengan RISDA untuk keterangan lanjut

Blog Alumni


Sape-sape yang incaj blog Alumni minta tolong update... dah ada link kat website FELDA tapi blog tak update semenjak Dis 08 lagi... AJK AAF tolong le ambik tindakan sikit...

Manusia Kurang AJAR




T
azkirah hari ini..

Ramai manusia akan percaya dan percaya jika...
HANYA dengan melihat sesuatu dengan matanya sendiri
TAPI...

TIDAK mahu mempercayai/menerima/melaksana apa yang terkandung dalam AL-QURAN

sedangkan
dirinya dijadikan TUHAN
matanya dijadikan TUHAN
akalnya dijadikan TUHAN

JUGAK ADA DIANTARA MEREKA YANG
dirinya membaca Al-Quran
dirinya memahami Al-Quran

Duit RAkYAT untuk UMNO





Entiti kerajaan beroperasi di bangunan UMNO Bahagian Temerloh di Mentakab... Terima kasih rakyat Malaysia kerana masih membantu UMNO.

Bagaimana wudhu' zahir dan batin



Sumbangan : Zainordin Awang Samah (Maybank KL)
Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk
solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk
dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya,
demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam
dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"

Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air".

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.

Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
1.aku sedang berhadapan dengan Allah,
2.Syurga di sebelah kananku,
3.Neraka di sebelah kiriku,
4.Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5.aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan
menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku,
kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku
rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh
pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat
selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya
yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Promosi - Jangan jadi Macam LemBU



Ni
baru betul-betul lembu... Pepatah ada menyebut "Bodoh macam lembu". Maksudnya kita tu tak bodoh sebenarnya tapi kita memperbodohkan diri sendiri dengan membiarkan orang lain mengarah dan sedia menerima arahan mengikut telunjuk mereka. TUHAN bagi AKAL untuk buat keja... jangan syok sangat dengan cogankata SAYA YANG MENURUT PERINTAH

Orang heret kita, kita ikut...tak heret dok kunyah je mulut tu... hulur air garam, menyerbu mari kat tuan... tuannya pacak tiang kat situ, lepak jelah sampai abis rumput dia makan. Cukup umur kena jual pulak. Dah lebih umur pakat sembelih ramai-ramai buat kenduri@korban. Lembu yang macam ni biasanya tak ramai dalam satu kumpulan, mungkin 2 - 3ekor je yang kena ikat dengan TALI ... yang lain tak de. Sebelum danugerahkan tali, tuannya akan membuat saringan dulu dengan memilih lemu-lembu yang betul-betul benak, tiada kawan(sombong kot), pendiam, tak berani lawan, ada kepentingan (lembu tu akan ditamatkan riwayatnya@dijual dalam sedikit masa lagi) dan lain-lain lagi la....

Jadi dunia hari ni ramai yang jadi macam lembu terutamanya orang-orang yang diberi amanah. Lembu pun ada nilai walaupun dijual atau disembelih. Manusia pulak mungkin dihina dan dikeji oleh masyarakat. Kena pulak yang keja gomen, lepas pencen dipulaukan dek orang kampung.... Tu cerita lembu. Jangan jadi macam LEMBU

Anak sedara aku ada bela lembu kat kampung di Kuala Krau. Jadi kalu sape-sape berminat nak buat korban/kenduri ke boleh la cari aku...... Perhatian : Lembu yang anak sedara aku bela ni tak pakai TALI HIDUNG..

DS Niza VS Zamby - Najib Sila Tunggu Kat Mahkamah Rakyat

Semua dah mngetahui keputusan Mahkamah semalam berkenaan kes di Perak. Gerombolan UMNO/BN mungkin dok galak la ni... tapi mari pulak berita nak mengundi di Kelantan pulak betul-betul macam bom jangka pada Najib. Jadi 2 PRK dalam mssa terdekat ini kita nak tengok jantan ke tidak UMNO/BN ni... Kat mahkamah hari tu ada 3 orang jah Hakimnya, tapi kat Penanti ada 15,000 hakim manakala kat Manek Urai pulak 10,000 hakim.... Adakah UMNO/BN berani menghadapi dengan mahkamah rakyat??? Tunggu kat sana ye UMNO!!!!

Bajet Tak De





Beginilah antara projek terbengkalai projek Barisan Nasional semasa PRU12 lalu. Kontraktor kata bajet untuk tar takde dah abis, setakat turap batu je...

Kembali ke Zaman JEPUN




AKU
ke rumah sahabat AFKL di KL Selasa(20/5) lalu, dia ada 2 kerakyatan 1 WP, 1 lagi Selangor yang diperintah PR. Memang betul kata-kata UMNO kalu pembangkang perintah, kita akan kembali ke zaman Jepun.... SAH. Malam tu kami dijamu ubi kayu rebus, petai 'hidup' dan ulam-ulam yang dipetik dari kebun dia.. 'Tuan rumah' beritau . Dia dok apartment tingkat 19 pulak tu....

Melihat Dalam DiriMU

Pendiam, pemarah, penakut, pendengus, penyabar, rajin, pemurah mungkin sebahagian sikap dalam diri kita. Kalau nak jelas lagi perhatikanlah pada anak-anak. Mungkin dan biasanya mereka mewarisi sebahagian sifat-sifat dalam diri kita. Gaya bercakap, berjalan, cara pemakanan dan bobi juga antaranya yang terpalit pada anak-anak.

Tuhan memperlihatkan sifat-sifat ini pada anak-anak untuk mempermudahkan kita melihat sifat dalam diri kita. Bapa borek anak rintik. Tak kemana kuahnya kalau tak ke pinggan nasi. Begitulah sebahagian peribahasa Melayu yang menggambarkan perkara ini.

Sifat yang mulia pada anak-anak kita tingkatkan lagi, dan ini mungkin terdapatnya usnur-unsur feel yang molek pada ibubapanya. Yang tak sesuai kita patut-patut perbaiki pada diri kita dan pada anak-anak. Berusahalah untuk memperabiki diri sendiri dan juga anak-anak.Tiada sape yang sempurna...

Selamat Hari GURU



Kepada semua cikgu-cikgu seluruh dunia..............................................

Ke KebuN - AKtiviti bersama Keluarga






Petang Ahad tadi kami (keluarga aku & kakak ipar) membuat lawatan mengejut ke kebun isteri aku dan kakak-kakaknya (3 orang partner) lebih kurang 1/2km dari rumah kakak ipar aku kat Kuala Krau... peninggalan arwah bapa mertua .. keluasan belas ekar jugak. Kami tanam dengan sawit dan getah pada Oktober 2007.... InsyaAllah 2 tahun lagi hasil sawit dapatlah di kutip. Ada pondok lama, pokok-pokok durian dan sebatang anak sungai bersempadan dengan kebun ni... Tiap minggu kena turun semak dah naik dan aktiviti sebegini akan diteruskan tiap bulan sambil merehatkan otak dan mengeratkan hubungan kekeluargaan... Seronok pulak dah lama tak ke kebun, anak-anak apatah lagi, kena pulak ada sungai...








Harga MinyAK


Tak sampai seminggu aku mention pasal harga minyak.. tup..tup memang akan dinaikkan pun dengan cara tak `senonoh`

Harga mulai September 09
RON 92 - tidak akan dijual dah, KERA jaan kata mencemar alam sekitar (alasan lapuk)
RON 95 - RM1.75 ( Minyak baru ganti RON 92)
RON 97 - RM2.00 ( Ninyak cantik ).. sape nak guna mahal, rakyat tak de duit sekarang..

Kuliah Bulanan Dato' Tuan Ibrahim



Antara
isi menarik dari kuliah bulanan Dato' Tuan Ibrahim pada Rabu lepas (13/5/09) kat Masjid Batu 1...

a. Ummat teramai yang masuk ke Syurga adalah ummat Nabi Muhamad SAW iaitu seramai 70,000 orang sahaja (tanpa dihisab)... kita????? termasuk ke...
b.Kisah Umar AL-Khatab dijanjikan masuk ke Syurga, tapi masih meminta kanak-kanak mendoakan supaya Umar dapat masuk ke Syurga (Doa kanak-kanak mudah diterima sebab tiada dosa)
c. Nikmat berteduh dibawah pokok jugak akan ditanya di akhirat nanti..
d. Kita dididuian sperti bermusafair mesti menyediakan bekalan@bersiap-sedia untuk ke destinasi lain pulak jangan lalai dan tergoda pada tiap perhentian.
d. ada 3 waktu didunia
- Waktu dengan tuhan
- waktu menghisab diri (kiraan hayat umur, ibadat, perbaiki diri)
- tak sempat tulis
e. Dunia ini ibarat
- makanan sebab ia manis
- penuh kehijauan membuat kita terpesona dan seronok
f. Sebesar-besar matahari ditugaskan untuk berkhidmat kepada manusia kerana manusia adalah khalifah

Hadis NABI

Pagi ni ada sedikit peringatan dari Hadis Nabi yang bermaksud... (Dari Surau Bunga Raya)...

Manusia takut akan dua perkara :-
a. Mati
b. Bila kurangnya harta

Sama-sama fikirkan

Gambar SekitAR Pondok Kolam






Ni gambar sekitar pondok Kolam@Pondok Tok Ayah Padang.... Tempat aku menetap selama hampir 8 tahun... (1997 - 2005) Kg Kolam 16400 Melor Kelantan (gambar atasa sekali , baru lepas sembahyang Maghrib)