AKu nak ke KL pagi ni... Tak tau lagi macam mana keadaan jalan samada akan ada sekatan@tidak. Biasanya memang depa buat kat Tol Lancang dan, Karak, Bentong serta To; Gombak... Aku pulak bawa kereta sorang-sorang...
Selamat bertugas abang Polis. Rasa dok macam zaman darurat dan Bintang 3 pulak (zaman komunis tengok gambar dalam buku Sejarah)... Dulu kepala dia Orang Putih, la ni perangai lebih teruk dari Orang Putih biarpun kulit tu tak putih..
TAKZiAH & Selamat BerAYA
Semoga rohnya dicucuri rahmat atas pulangnya Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman ke Penciptanya....Al Fatihah
SPR AKAN BERMESYUARAT SEBELUM 10HB OGOS UNTUK MENENTUKAN PRK PERMATANG PASIR
Kalau buat lepas posa , 2X raya kita... Dua-dua kena tengok anak BULAN dan Insya ALLAH memang BULAN akan mengambangpun...
0
comments
Thursday, 30 July 2009
PenerokA FeldA suka BerhUtANg
Semalam 30/7/09 aku ke pejabat Koperasi Permodalan FELDA...tengok-tengok gelagat peneroka dan juga akaun aku. Sekarang ni ada pulak skim pinjamn baru yang ditawarkan untuk pemegang saham KPF (BACA SINI) yang baru dilancarkan pada bulan Julai ini.
Apa lagi berderu-derulah pakat gi tanya kat kaunter. Heran sungguh la, duit dah ada adalam simapanan KPF sebagai anggota, bulan-bulan dapat elaun dari sawit, nak meminjam lagi. Tua-tua pulak tu.... Cukuplah meminjam. Baru je abis hutang dengan FELDA, nak buat hutang lagi. Nanti anak-anak pulak yang susah.. Rumah dah gadai kat FELDA buat pinjaman nak besar rumah, ni nak tambah lagi. Last last anak sendiri takde rumah dan tanah sebab dah digadai kat FELDA.
Inilah keadaan masyarakat FELDA, suka sangat berhutang... Ataupun FELDA memang suka supaya PENEROKA nih berhutang, supaya mudahlah untuk 'diuruskan'...

Balik Kampung ASAL
Moyang kita, Nabi ADAM pernah menetap di Syurga sebelum 'dihantarkan' ke DUNIA bersama HAWA. Jadi SYURGA laH kampung asal kita. Sape nak balik kampung? Semua nak balik kampung. Tapi kampung kita ni khas dan ada peraturan-peraturannya sebelum boleh didaftarkan sebagai penghuninya.. dan seronoknya kat SYURGA
1. Untuk orang-orang yang bertaqwa sahaja.. Taqwa pulak takut kepada ALLAH.. Ikut apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang... Nak buat payah sebab nafsu dan iblis akan sentiasa cuba menjadi sahabat dan lawan kita.
2. Umur sentiasa muda lelaki 21 dan pompuan 17 tahun beb... Semuanya comel-comel belako tak dok kurap panau, tak payah diet slim memanjang... Umur pulak sentiasa kekal...
3. Akan ditemani isteri dan pasangan masing-masing
4. Memakai pakaian hijau dari sutera halus dan bertekad...
Kena kerja kuat le nak balik kampung nih!! Jangan main-main...
(Di ulas semula dari kuliah bertajuk 'SYURGA' oleh Ustaz Hanafiah di Surau Taman Bunga Raya Temerloh)

Tuesday, 28 July 2009
Kita INGAT
Mansuhkan ISA!!
Sape kata ISA baik untuk rakyat Malaysia? Mungkin UMNO/BN bersetuju sebab dengan adanya ISA semua 'kerja gelap' dan 'umur politik' mereka dapat dipanjangkan lagi...
Macam sahabat aku nih... aku pernah buat posting pasal ISA kat SINI
ISA punya hal...
a. Isteri keguguran
b. Anak-anak miskin kasih sayang
c. Tuduhan tak pernah terbukti...sampai sekarang
Yang ramai kena ISA pun bangsa Melayu dan beragama ISLAM.. Bangsa Melayu UMNO tak de pun...
Cerita dari KB
Dulu tempat makan-makan...Parkson dah sewa..(Depan Pasar Siti Khadijah)
Baru sampai dari KB pagi ni.. Naik keretapi 825 malam dari Wakaf Baru dan sampai rumah 345 pagi..
Sedikit coretan dari KB
1. KB makin sesak dan jammed ...
2. Jambatan baru yang tertangguh dah disambung pembinaan semula. Dengar cerita kontraktor lama syarikat Redland terpaksa serahkan semula projek tu ke Penama Asal iaitu RXXXXX dan kini buat pulak JV dengan syarikat dari Sarawak...Tak tau la bila nak siap, dari roundabout depan TESCO ada 6 lane terpaksa berebut-rebut nak naik jambatan Yahya Petra yang hanya muat satu lane sahaja.'
3. PRK Manek Urai...duit mencurah-curah dari orghe dacing untuk pengundi-pengundi.. ada yang dapat ada yang x dapat
4. Jumpa kenalan lama secara tak disengajakan di pekan Melor .. dah jadi bloger sekarang... 'Ustaz Fikri'... kuliah tiap Jumaat di Masjid Mak Mayong Kg Kolam membawa seribu kenangan dan akan sentiasa diingati..kepada jemaah Masjid Mak Mayong harap layari blog ni untuk terus mengeratkan silatulrahim.
Tempat paling best atas keretapi 'Kantin' pukul 240 pagi
Lempok durian...
0
comments
Monday, 27 July 2009
Program Isra' & Mikraj
Program B'MUSLIM berkaitan forum Isra' & Mikra' berjaya jugak dijalankan dengan jayanya di Taman Temerloh Jaya. Majlis telah dimulakan dengan solat berjemaah Maghrib di tapak pasar malam dengan hanya 5 orang jemaah dewasa dan kanak-kanak yang melebihi 10 orang. Kedudukan tempat solat yang dikelilingi gerai-gerai makanan/minuman, buahan-buahan dan makanan ringan sunyi seketika apabila program solat berjemaah mula diadakan.
Ini pertama kali diadakan sebagai program berdakwah ke masyarakat kaki lepak. Walaupun tak ramai yang hadir ketika solat tetapi dengan ramainya kanak-kanak ini menunjukkan bahawa ISLAM masih mempunyai masa hadapan yang gemilang. Kemungkinan ayah-ayahnya malu-malu untuk bersolat dikhalayak ramai, sambil dikelilingi kaki-kaki lepak/teh tarik minum-minum sambil berbual-bual kosong.
Selepas itu semasa solat Isya' pula, alhamdulillah 1 khemah penuh dengan kanak-kanak bersama-sama bersolat. Acara selepas itu adalah nasyid dari adik-adik Maahad Tahfiz Bergala Gantang dan nasyid adik-adik Az-Zahra dan diikuti forum.
Majlis forum yang bertajuk 'Membentuk Belia ISLAM Cemerlang' yang bermula jam 935 malam beransur-ansur dipenuhi orang ramai sambil minum-minum pekena Tomyam, Teh Tarik dan macam-macam lagi. Malam tu jugak ada funfair dengan artis jemputan dari kumpulan MAY yang hanya berjarak 2 km. Jadi tahniah kepada pendengar-pendengar yang setia membawa telinga mendengar tiap cerita, ulasan, hujahan dan penerangan dari ahli-ahli panel.
Tahniah kepada B'MUSLIM yang menganjurkan program seumpamam ini dengan berdakwah di tapak pasar malam dan bukannya di surau, masjid ataupun dewan-dewan. ISLAM kini perlu terus 'dimarketkan' kepada pengguna tidak hanya dipamerkan menungggu pembeli yang sudi datang membeli.
Tahniah kepada sahabat-sahabat Ustaz Fairus, Haji Syam Pomen, Ustaz Syukri, Farid tokeh komputer, saudara Sapian tokeh mini market dan lain-lain. Teruskan dengan aktiviti lain-lain pulak. Mungkin boleh buat majlis solat Dhuha, Hajat dan Tazkirah pada tiap pagi Sabtu sebagai 'makanan rohani' pulak...
0
comments
Friday, 24 July 2009
Aku bukan anak PeneRokA???
Aku anak peneroka
sebab ayah aku peneroka
duduk rancangan 35 tahun
hutang FELDA dah bayar
geran tapak rumah suku ekar
dan geran kebun 10 ekar dah dapat
itupun Pejabat Tanah yang bagi
bukan FELDA yang bagi
kamipun dah tak teroka hutan lagi
sebab yang teroka hutan ialah FELDA
TAPI
FELDA panggil ayah aku PENEROKA lagi
sampai bila????
sampai akupun terikut-ikut jugak
ayah aku dan peneroka lain serupa jugak
sama-sama syok dipanggil peneroka
FELDA
kami bukan peneroka lagi
hutang dah habis dibayar
kami dah bebas
macam generasi Kunta Kinte
jangan panggil ayah kami peneroka lagi
jangan panggil aku anak peneroka lagi
NAJIB 1Malaysia
tolong jangan panggil kami PENEROKA
panggil kami PETANI BERJAYA
Sebab apa???
sebab kami FELDA kaya
Sebab apa??
sebab kami
NAJIB masih jadi PM 1Malaysia
sebab ayah aku peneroka
duduk rancangan 35 tahun
hutang FELDA dah bayar
geran tapak rumah suku ekar
dan geran kebun 10 ekar dah dapat
itupun Pejabat Tanah yang bagi
bukan FELDA yang bagi
kamipun dah tak teroka hutan lagi
sebab yang teroka hutan ialah FELDA
TAPI
FELDA panggil ayah aku PENEROKA lagi
sampai bila????
sampai akupun terikut-ikut jugak
ayah aku dan peneroka lain serupa jugak
sama-sama syok dipanggil peneroka
FELDA
kami bukan peneroka lagi
hutang dah habis dibayar
kami dah bebas
macam generasi Kunta Kinte
jangan panggil ayah kami peneroka lagi
jangan panggil aku anak peneroka lagi
NAJIB 1Malaysia
tolong jangan panggil kami PENEROKA
panggil kami PETANI BERJAYA
Sebab apa???
sebab kami FELDA kaya
Sebab apa??
sebab kami
NAJIB masih jadi PM 1Malaysia
0
comments
Thursday, 23 July 2009
Tak MinAt PoliTiK!
Bila diaju soalan ni.. Hang minat politik???... Jawapannya aku tak berapa minat la. PAS aku tak campur, PKR pun tak... UMNO lagi la. Terutamanya kepada generasi muda tak kira berpelajar@tidak terpelajar.. Kalau yang tak terpelajar tu boleh kira. Kalau yang ada ilmu tinggi dan kerja bagus tu... Rugi sangatla.
Aku kata macam ni, sebab hidup kita tak dapat lari dari politik. Mungkin perkataan 'politik' tu kurang sesuai.. Kita tukar ke kerja-kerja berorganisasi@berjemaah. Jadi dengan berjemaah banyak kerja dapat dilakukan.. Seperti kenduri-kendara, kemasyarakatan dan lain-lain. Tu peringkat rendah le.
Kalu zaman sekolah dulu sape-sape yang dok asrama tentu pernah dilantik jadi AJK Makanan. Kalu makanan asrama basi, tak sedap, tak cukup ke...AJK Makanan le yang jadi tempat melepas geram. Tak pun 'berdemo' kat kakak kantin le... Tu dah ada bunga-bunga politik la tu..Jadi bila diajukan kepada AJK Makanan diharapkan AJK tu mengambil tindakan dengan memberitahu warden ke atau apa-apa yang patut didalam mesyuarat kabinet bulanan mereka... Tu aku bagi contoh yang mudah. Semuanya nak menghala keraha kebaikan dengan cara masing-masing
Bila dah dewasa mungkin pendekatannya cara lain pulak. Jadi kepada kekawan yang tak berminat berpolitik@berorganisasi tu , ubah-ubahlah persepsi pasal politik... Kau orang masuk join la sebagai mencari sahabat@kenalan dan untuk menjayakan pelabgai aktiviti untuk kebaikan ramai terutamanya berkaitan ISLAM. Macam-macam kita boleh belajar dan laukuan untuk kebaikan UMMAH.
Jangan la dok ingat dah pegi buat ibadat Haji, sembahyang 5 waktu , posa cukup 1bulan... bereslah ibadat aku dengan Tuhan... IBADAT ni luas pengertiannya, jadi sama-sama pakat pasang Niat dan menjayakan untuk membantu ISLAM dengan apa cara sekalipun... Sekalipun NYAWA...
Blog ANak-anAk
Anak aku yang kecik pun sibuk nak berblog jugak bila tengok kakak dan abang dia dok sibuk dengan friendster dan blog... Berebut tunggu giliran dengan guna PC punya hal.. Notebook aku tak kasi chance nak guna bimbang problem nanti... Jadi aku buatkan jugak le untuk si kecik ni baru umur 6 tahun...
Balik je dari PASTI terus suruh aku taip, dia pulak sibuk bagi arahan suruh buat cerita dia kat sekolah... Semalam aku bagi peluang dia taip sendiri ikut cara dia... sekurang-kurangnya melatih dia berfikir dan meransang otak... Mungkin ayat-ayant dia buat kelam-kabut.... Boleh le tengok@vbaca kat SINI... Dia yang pilih tajuk tu... CERITA DIRI SENDIRI
0
comments
Wednesday, 22 July 2009
AjAK AnAk Remaja BersolAt
Bagaimana nak ajak anak remaja bersolat jemaah terutama lelaki? Mula-mula ajak tak nak pegi, suruh , buat tak tau, tegur dan marah terus hilangkan diri... Sebabnya ibubapanya mungkin pun tak berminat nak ke surau/masjid. Jadi jangan salahkan anak-anak pulak. Kalu ayahnya ke surau pun mungkin anak tu kejap ada kejap tak de. Masa kita ke surau dia ada, kita outstation diapun monteng kat rumah... Apatah lagi kalu ada kuliah kat surau...
Mungkin kaedah ni boleh dipakai iaitu ajak kawan-kawan kepada anak-anak kita pegi juga ke surau. Jadi sekurang-kurangnya ada la geng dia kat surau nak berborak. Sebabnya geng-geng kat surau tu kebanyakkannya pangkat datuk dah dengan dia jadi nak berborak pun tak tau nak cerita apa..Dan mulakan pada bulan Ramadhan sebab masa ni kalu di Malaysia dah jadi adat mesti sembahyang kat surau/masjid.. Aku pun pelik sembahyang jemaah masa bulan posa je, abis posa jemaah pun hilang. Kalu dah training 1 bulan tu , InsyALLAH okey... Tapi kena berjemaah jugak le lepas abis posa...
Aku cerita ni dari segi pengalaman bukan nak menunujuk-nunjuk perangai anak-anak aku. Setakat ni berjaya.. sampai dia orang pulak yang beria-ria nak ajak pegi dengar kuliah@sembahyang kat mana-mana masjid.. Kadang-kadang aku ikut dia kat mana masjid yang dia cadangkan terutamanya sembahyang Jumaat@baca YAASIN
HOSHAS
Sebahagian gambar-gambar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh... Gambar diambil sambil menunggu/menjaga anak-anak kerana wife pegi melawat ibu kepada anak muridnya di wad selepas menjalani pembedahan.
Kos pembinaan HOSHAS bernilai ratusan juta ringgit maka diharapkan perkhidmatan yang diberikan berbaloi dan sebaik mungkin slogannnya. Ini kerana sudah 3 kali pesakit ini datang untuk membuat rawatan susulan akibat pembedahan melahirkan anak dalam masa 1 minggu.
Terima SumbangAN - Dana Taqwa
(Terima cek dari Ustaz Fairus)
Hari ni aku pegi jumpa sahabat di pejabat PAS Negeri kat bandar... Lepas tu tengok sahabat tu sibuk ambik gambar kat atas ni. Aku pun snap jugak le... Rupanya ada penyerahan cek khairat bernilai RM1,000 kepada Nurzainah bt Adnan bagi pihak nenek beliau iaitu Fatimah Saad 76 tahun yang baru sahaja meninggal pukul 8.00 pagi tadi di Kedah. (gambar ini diambil pukul 11.25 pagi)
Beliau baru sahaja mencarum dalam skim ini 3 hari lepas bagi pihak nenek beliau. Selepas itu beliau terus bertolak balik ke Kedah.
Baru semalam aku dok promote pasal Dana Taqwa ni... tut tup hari ni dah ada berita berkaitannya...Carum je lah....
0
comments
Tuesday, 21 July 2009
Pakat Ramai JOIN untuk IbU bAPa Kita
Kepada sahahabt-sahabat AFKl dan warga BUDIMAN, jom join skim takaful yang aku iklankan kat belah kanan ni untuk ibubapa kita. Sebabnya :-
1. Umur 65 tahun ke atas pun layak
2. Tiada pemerikasaaan kesihatan
3. Serendah RM10 setahun
4. Menfaat yang dapat, boleh buat upah haji ke@INFA' kat Pasti Az-Zahra ke..ikut la..
Bayaran RM 10 (Umur 18) / RM25 (umur lebih 65 tahun)
Menfaaat
Khairat- RM1,000(dibayar dalam 48 jam)
Khairat - RM2,800 / RM2,000
Cuma bagi nama penuh dan No KP lepas tu bank-in kan ke akaun bank seperti di blog Pasti Az-Zahra... Dah bank-in mesej ke 019-914 4234 @ emailkan ke pastiazzahra@gmail.com

RelAX Hari nih!
Hari ni aku tak kemana-mana Betul-betul nak lepak dan borak-borak dengan kekawan je. AWal pagi biasanya aku hantar wife dan anak ke PASTI, pukul 7.05 dah kat situ.. Sapu sampah sikit dan terus balik ke warung Nasi Lemak RM1 kat perumahan kat rumah. Lepas tu borak-borak dengan rakan masjid (tok Imam + ngajar kat Masjid Temerloh).
Balik rumah burn CD untuk latihan anak-anak PASTI bagi acara selingan nasyid sempena Program Isra' Mikraj di Tapak Pasar Malam Taman Temerloh Jaya Malam Sabtu nih... Tengok budak-budak berlatih kejap....Mudah sangat dia orang menghafal rupanya setengah jam dah OK untuk 2 rangkap le... Esok boleh berlatih lama sikit kot...
Tengok planner aku...
Rabu - kena training akaun untuk staf NGO
Khamis - Jumpa Perunding IT dari KL nak develop System pulak.
Jumaat - ambik anak balik dari Tahfiz...+ malam program Isra' Mikraj
Sabtu - family day
Ahad- Hantar wife meeting PASTI Kawasan, petang hantar anak balik asrama
Senin - Kena pegi Kota Bharu (system maintenance tempat client)
Wah penuh jugak jadual minggu ni...
---------------------------------------------------------------
SAPE-SAPE DOK TEMERLOH JANGAN LUPA!!!
TARIKH : JUMAAT 24/7/09 - Bermula dengan SOLAT Maghrib berjemaah
TEMPAT : TAPAK PASAR MALAM TAMAN TEMERLOH JAYA
PROGRAM : FORUM ISRAK MIKRAJ
PANEL
- Ustaz Riduan Mohd Nor - Penceramah bebas /Radio IKIM
- Ustaz Suhaimi Mohd Saad - Penceramah bebas
Penganjur : AKADEMI BELIA MUSLIM CEMERLANG (B'MUSLIM)

Monday, 20 July 2009
Belajar Tinggi Jual DuRiAN
Hari ni last le aku hantar durian ke kedai orangtua aku kat rancangan. Buahpun dah kurang...
Masa nak balik ke Temerloh, aku tumpangkan sorang warga emas rancangan nak jumpa YB Mat Jaafar (Dun Jenderak). Moleklah aku kata... rajin-rajinlah jumpa YB, maa nak mengundi dulu hari-hari dia jumpa kita, sekarang ni kita le pulak kena jumpa dia..Nak jumpa nak buat apa? Aku tanya.. dia jawab nak minta seratus dua duit belanja.... Aku senyap je cuma aku tambah lagi. Bagus le ... dia dapat jadi YB pun sebab kita undi dia jadi memang patutpun minta sikit duit belanja....
Dia kata kenapa awak belajar tinggi-tinggi tapi hari-hari bawa durian jual kat rancangan. kenapa tak keja sana lkdskdskdsdlsldll1828232732737 macam-macam lagi. Last skali dia kata kalu nak lesen niaga pak cik boleh adjust.... Aku jawab balik saya tak brapa suka buat keja kontrak ni tempat lubuk rasuah, senang keja macam sekarang dapat sikit-skit pun tak ape janji halal dan boleh tanggung anak bini. Bila dah masuk kelab 40 ni suka pulak buat buat keja-keja nolong orang ni terutama budak-budak belajar mengaji, ajak kenal Tuhan dan Nabi, ajak orang gi masjid ... lagi puas rasanya dan seronok walaupun tak berbayar. Budak2 kat FELDA sekarang ni teruk..Biarlah emak ayah mereka yang punah sudah jangan berjangkit kat anak-anak dan cucu-cucu pulak. Dia pun senyap... Masa muda dulu dia ni HERO malas le nak cerita....
OK... hari ni aku dapat jugak bercakap sesuatu sebagai seorang MUSLIM, moga-moga dia terimalah apa yang aku kata dan berubah.... Sebabnya dari jual durian tadi.. Kalau tak jual durian mungkin aku tak boleh 'sound' kat dia

Sunday, 19 July 2009
BiLal -Pengganti sukar dicari
Sabtu lepas (18/7) bilal kat rancangan telah kembali ke Rahmatullah. Namanya Allahyarham Wan Karim. Disenangi pelbagai golongan tak kira tua mahupun muda terutamnya budak-budak sebab dia suka mengusik budak-budak. Sudah hampir 15 tahun dia menjawat jawatan tersebut menagmbilalih dari bilal lama yang sakit lumpuh yang baru jugak meninggal tak sampai 2 minggu lepas.
Aku terdengar jugak sok sek dari warga masjid dan set-set orangtua .... tak syok la Terawih tahun ni.... Sape pu;ak nak jadi pengganti.... Begitulah amat sukar untuk dicari penggati walaupun seorang Bilal. Aku ada cadangkan kepada AJK Masjid lantiklah pulak set-set muda untuk menjawat jawatan tu... Diharapkan dapat menarik golongan muda ke masjid pulak...

Ceramah UmNO+Unsur Judi
Aku balik jendrak Jumaat lepas, dari simpang Kuala Krau lagi dah naik bannner ceramah yang telah diadakan malam Jummat tu. Tengok kat pokok besar kat kedai MARA ada lagi poster-poster berkaitan ceramah tersebut.
Tajuk ceramah : Ceramah Perdana Isu-isu semasa
Penceramah : Ustaz Mohd Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama MB Terengganu)
Tarikh : 16/7/09 830
Anjuran : UMNO Bahagian Kuala Krau Pahang
Ada pulak acara sampingan iaitu :
Pakaian tercantik
> Lelaki - baju kebangsaan
> Perempuan - Baju kurung
DAN LAGI ... peraduan teka biji kacang (sekali teka 50sen) ... ada lagi orang buat teka2 ni. Yelah untuk meramaikan majlis, terpaksa la buat macam-macam acara untuk meramaikan hadirin walaupun tak seiring dari segi syarak. Baik bagi RM10 sorang kepada yang hadir, lagi mudah UMNO bertahan di rancangan FELDA...
Tengok kat laman web UMNO Kuala Krau, takde pulak cerita pasal ceramah ni....
Berapa 'Net Value' anda?
Kalu sesuatu organasasai perniagaan yang berpotensi/menguntungkan dinilai berdasarkan NTA (Net Tangible Asset), nisbah PE (Price Earning) ataupun nisbah kecairan. Aku lebih suka mengambil kaedah nisbah kecairan (Liquidity) kerana ianya berasaskan cash flow/aliran tunai syarikat.
Begitu juga dengan kita ni. Mungkin ada caranya untuk menilai berapa nilai diri kita dalam bentuk kewangan/akaun. Mungkin kita boleh buat pengiraan seperti berikut :
Gaji RM4,000 bulan
Simpanan RM25,000
Tanggungan jangka pendek (kurang 12 bulan)
Kad Kredit - RM200/bulan
Kereta + minyak - RM1,000/bulan
Rumah - RM800/bulan
Nak perasap dapur - RM700
Tanggungan anak/orang tua - RM1,000/bulan
---------------------------------
Baki bersih - RM300 (kalu ada...)
---------------------------------
Hutang jangka panjang ( lebih 12 bulan)
Rumah - RM100,000
Kereta - RM75,000
Nota : Walaupun mempunyai baki tunai RM300 sebulan tapi dengan hutang jangkapanjang yang menimbun maka maka dikategorikan sebagai 'NOT BUY' atau tak menarik kerana tiada potensi untuk berkembang akibat kurangnya kecairan ditangan (lebihan tunai tak cukup ada ciput je tiap hujung bulan) yang akan terdedah dengan pelbagai risiko... JADIK ANDA KAT MANA??????????

Saturday, 18 July 2009
Nostalgia LAMA
2-3 hari lepas ada sahabat lama sudah drop kat blog sini dan cerita pasal berkonvoi ke KL dari Temerloh.. Masa tu tahun 87/88
Yes.. aku ingat lagi masa tu aku kat ITM Shah Alam. Jadi ada sahabat yang memulakan perjalanan dari Jerantut lagi. Biasanya kami akan bertolak sebelah pagi selepas Subuh samada dari rumah masing-masing@ITM. Dalam 2 1/2 jam dah sampai destinasi.
Aku pulak akan tunggu di pit stop Kuala Krau, lepas tu Temerloh sehinggalah Karak. Group kami tak ramai 5-6 orang. Motor pulak paling bestpun RXZ, yang lainnya Honda CUB C70... aku dengan Yamaha Cub Y80. Paling lajupun 80km. Tak reti pulak nak merempit....Masa tu kami guna highway KL - Karak... Tempat biasa kami minum kat Genting Sempah, kedai mula-mmula sekali@ke-2. Sekarang kedai tu dah tak de..
Rugi pulak tak de gambar masa tu untuk dipaparkan kat sini untuk mengimbau kembali kepada anak-anak dan sahabat lama. Kalu nak try bawa motor sekarang tak berani wooohhh. Lori/bas gila2 bawak laju... Cuma yang tinggal topi keledar aku warna merah jenis SGV je lagi. motor tu aku dah bagi kakak aku guna sampai hari nih...
1 comments
Friday, 17 July 2009
SILA KunjunGi BlOG ini...
AKu baru launch satu lagi blog... kat SINI... mulai pagi tadi. Masih dalam pembinaan... tapi info dah ada...
Lain dari yang lain dan hanya akan memuatkan cerita berkaitan sejarah dan rekabentuk MIMBAR Masjid-masjid di Malaysia.
0
comments
Wednesday, 15 July 2009
bERITA Lewat - PPSMI & PRK Manek Urai
Komen aku pasal cerita-cerita politik minggu lepas & minggu ni.
PPSMI
- UMNO hanya setakat 'bayar wang cengkeram/deposit' sahaja untuk melupuskan PPSMI pada 2012 ni.... bukan boleh percaya puak ni..projek bilion2 tak kan nak lepas begitu je kot
PRU Manek Urai N41 Kelantan
- PAS menang dengan 'penalti' je dek cerita 'agah' oleh Pengarah Pilihanraya Abdul Fatah Haron. Awal-awal lagi dah sound boleh menang 2k lebih undi. Bila dah keluar statement awal-awal, senang le UMNO buat keja.

MOH KE RAnCangan FJU
Dari jalan utama Temerloh ke Kuala Krau (30km dari Simpang Temerloh Mentakab) Walaupun nama gugusan cuma ada 2 rancangan sahaja Jenderak Utara dan Jenderak Selatan
Kena lintas track keretapi pulak ... ada steysen keretapi iaitu 1 km dari simpang tadi
8 minit je dari simpang tadi... dah masuk ke kawasan rancangan... semuanya sawit belaka
Jumpa pejabat rancangan dulu... sebelah kiri
Ada steysen PETRONAS kat sini diurus oleh Koperasi FJU
Klinik kesihatan... Tempat aku biasa bermain masa kecik-kecik dulu ketika dalam pembinaan
Kantin rancangan.. tempat ambik barang secara kredit/hutang.. lepas tu jual balik kat orang lain nak dapat duit cepat
Rumah pengurus kantin... Design ni sama dengan rumah-rumah untuk pegawai-pegawai FELDA kat semua rancangan
Kedai MARA... sebab design bumbung dia konsep MARA
ASTON MARTIN
Kereta yang diguna James Bond 007... anak aku kata la... aku pun tak tau sangat Nak tau kat SINI.. Snap kat Ampang Point depan EON BANK...
DivideN KPF & duriAN
Kat seminggu aku tak menulis.. sibuk pegi balik KL dalam minggu ni setiap 2 hari. Semalam kerja dah beres boleh la sTat menulis balik. Semalam jugak orangtua aku talipon bagitau dividen KPF dah dapat dan hari ni (Selasa 14/7) kena ambik kat rancangan. AKu suruh dia ambik je...
Memang sah dapat 12.5% je. Dan semalam KPF bayar 10% dulu dalam bentuk tunai untuk dividen yang kurang dari RM999 dan bentuk cek untuk melebihi RM1,000. Alhamdulillah dapat jugA merasa ... baki 2.5% lagi akan dibayar kat dengan raya. Biasanya dividen 10% ni dibayar bulan 6 setiap tahun, tapi tahun ni lambat pulak..
Oleh kerana semalam dah dapat duit dividen, jadi hari ni aku pun bawa la durian banyak-banyak dari kebun wife aku... 830 pagi dah sampai kat rancangan bawa durian tak sampai 30 minit dah abis. tengahari anta 1 trip lagi...
Jom join Koperasi Permodalan FELDA
Kepada anak-anak peneroka yang ada duit lebih tu, daftarlah untuk menjadi ahli koeprasi ni... Tahun lepas dividennya dalam 16.5% tahun ni plak 12.5%... Jadi aku nak siasat jugak wat pe tahun ni rendah sikit. Aku dah join 4 tahun lepas...
Kita masuk ramai-ramai KOOP ni, lepas tu takeover la anak-anak syarikat FELDA... bikin bisnis lagi gempak..
Klik kat sini
0
comments
Monday, 6 July 2009
INFO Pasal Telefon BimBit
PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -
1) NOMBOR KECEMASAN
- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )
2) KERETA TERKUNCI
- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ’ ON ‘ pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ’ *3370# ‘ . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda . (Perhatian, sesetengah model NOKIA sahaja)
4) TELEFON KENA CURI
- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri..Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya
Sumber http://keranacinta.wordpress.com
0
comments
Sunday, 5 July 2009
HARI PelapuraN - SMA Al Khairiah Temerloh
Semalan (Jumaat 3/7) pagi lagi aku dah ke sekolah anak lelaki aku yang ke-2 pasal kena ambik kad laporan prestasi (zaman ni orang panggil Hari Pelapuran). Sekolah ni adalah sekolah aliran agama@Arab. Tahun ni dia ambik PMR, tahun depan SMA pulak... Sesi perbincangan dengan guru kelas bertujuan mengenalpasti masalah problem anak-anak dan lain lagi la.
Ramai ibubapa penjaga yang merungut terutamanya kekurangan tuisyen subjek akademik dan kekerapan tusyen untuk kelas hujung-hujung (kurang terror sikit). Jawapan yang diberi ...
1. Sekolah ni ada lebih kurang 1200 pelajar dengan nisbah 6 perempuan 4 lelaki
2. Jumlah bilangan guru 66 saja
3. Guru akademik tak cukup sampai kena cover 7 kelas - paling sikit.
4. Mohon guru tambahan akademik biasanya tak dilayan oleh JPN.. ialah sekolah agama tak brapa nak bantu.Kalau dapatpun akan dtarikbalik antar ke sekolah lain. Pernah berlaku guru dari JPN hanya sempat mengajar 2 minggu je, kena posting ke tempat lain pulak.... Nilah nasib sekolah agama semenjak Mahathir mengetuai penarikan balik bantuan SAR dan ketidakperhatinan kerajaan UMNO terhadap sekolah agama.
Tiap tingkatan ada 7 kelas. Anak aku kena kelas Bukhari(kelas no 1), bilangan semua pelajar 45 (12 je lelaki lain pompuan...) dasat. kurangnya spesis lelaki. Best student dalam kelas 88% untuk 18 subjek, dia hanya 74% saje. Top tree lelaki pulak....
Kelas hujung pulak faham jelah. Kena pulak sekolah agama, agak-agak anak tak brapa reti membaca@mengira atau perangai tak boleh dikawal , antar le ke sekolah agama. Jadi janganlah marah@terkejut kadang-kadang budak2 sekolah agama ada yang nakal-nakal. Sebabnya mak bapak dah tak boleh kawal anak lalu dihantarnya ke sekolah agama, harap-harap jadi baik...Begitulah nasib sekolah agama
0
comments
Friday, 3 July 2009
FELDA - Kena saman Lagi
ARKIB : 13/06/2009 (Utusan Online)
Klik sINI
(Sambungan dari GAYAPENEROKA) Berita yang tak terperasan pun ... Apa dah jadi ni. Baru nih kata nak saman Sedara Mazlan (Pengerusi ANAK), last-last sendiri kena saman. Tu baru 1rancangan kalau benda ni berlaku kat semua rancangan macamana?
1Felda Maokil 80juta
1Malaysia - 212 rancangan x 80juta
Lebih kurang 4Billion ... FELDA dah sapu...
Peneroka saman Felda lebih RM80j
JOHOR BAHRU 12 Jun - Sekumpulan 645 peneroka Gugusan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) Maokil, Labis, dekat sini hari ini memfailkan saman terhadap Felda bagi menuntut ganti rugi lebih RM80 juta.
Para peneroka terbabit mengemukakan saman itu atas dakwaan Felda melakukan manipulasi gred sawit, sistem penolakan buah muda dan sistem pengambilan untung daripada minyak busuk yang menyebabkan mereka mengalami kerugian selama 17 tahun.
Writ saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Wan Rohimi & Asmadi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Dalam saman tersebut, sebanyak 645 peneroka Felda kawasan itu selaku pihak plaintif menamakan Felda defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn. Bhd. defendan kedua.
Peguam Wan Rohimi Wan Daud yang mewakili pihak plaintif berkata, saman itu dikemukakan berasaskan dakwaan penipuan, kecuaian dan konspirasi bagi menipu peneroka yang dilakukan oleh pihak defendan.
Pihak plaintif antara lain menuntut ganti rugi khas atas kerugian pendapatan berjumlah RM71,842,680 dan ganti rugi khas akibat kerugian nilai buah atau tandan muda.
Plaintif turut menuntut ganti rugi teladan sebanyak 50 peratus daripada keseluruhan tuntutan yang dibuat dan faedah lapan peratus mulai tarikh writ saman difailkan.

MurtabaK Mengkasar - Pekan
HujaN
Pagi ni 2/7/09 tiba-tiba hujan kat Temerloh, pukul 550 pagi dah turun... Mesti kelam-kabut nak anta anak kesekolah sebab semua ibubapa terpaksa le mengorbankan masa queue anta anak dulu..
Masa kecik dulu takdenya, orangtua kena buat 'roll call' pagi-pagi lagi kat rancangan, jadi sendiri urus le nak ke sekolah tu ... biasanya berkaki ayam dan baju sekolah disimpan dalam beg plastik. Jalan pulak tanah merah.. Randuk hujan ramai-ramai, sampai sekolah baru salin baju dan pakai kasut.. memang best. Sekarang nih nak-anak tak merasa la pengalaman main hujan, nanti demam!!!.... macam-macam alasan dari maknya..
Subscribe to:
Posts (Atom)