Surau Pun Sepi

Mentang-mentang cuti sekolah, suraupun kurang dikunjungi jemaah. Kebanyakkannya balik kampung tapi kalu yang herannya dok sebelah suraupun tak pegi jugak berjemaah.

Akupun heran jugak masa orang tengah bang/azan elok je dia basuh kereta/motor, lepas tu balik je dari sembahyang pun masih dok basuh kereta lagi. Sekurang-kurangnya masa orang tengah azan tu berhentilah basuh kereta...Akupun dulu muda jugak dan pernah lalui ni tapi mohonlah hormati waktu azan berkumandang.

Bahananya nanti hati kita akan terus dgelapkan. Maka ramailah kita dapati walaupun umur semakin lanjut tapi amat sukar mengamalkan apa yang disuruhNYA

2 comments:

Anonymous said...

Biasa senario begitu dalam zaman millenium ni.

Depa sembahyang, selalunya dzohor bila nak masuk waktu asar,Asar bila nak masuk waktu magrib,magrib pula lepas berita jam 8pm dan isha kalau tak mengantuk manakala subuh kalau terjaga.......

Itu waktu sembahyang orang zaman baru.

Kah.kah.kah.........manusia kalau senang macam tu le....mudah lupa.Nanti bila di timpa musibah baru nak ingat Allah swt.

amirjusoh@gmail.com said...

Tak pa juga macam kalau hanya sepi. Ini Tok Imam, Tok Bilal dan Tok Siak semua sekali tak nampak muka.

Rupa-rupanya dok sibuk kat rumah kenduri.

Apa lagi,ana kena bang, iqamah dan jadi imamlah nampaknya.........
Nasib makmum lain pun tak dak. Yang ada hanya isteri ana sahaja.

Post a Comment