Perjalananan Pertama





Semenjak balik dari KB, dari petang Selasa lepas lagi aku sibuk di Hospital Temerloh sebab anak sedara aku masuk wad dan pada esoknya malam Khamis 930 malam(3/6)dia telah menghembuskan nafas terakhirnya menemui Ilahi. Maka bermulalah perjalanan pertamanya ke alam Barzakh, merasai alam kubur, disoal munkar & nakir, berbekalkan amalan semasa hidupnya. Pada 7/6/09 ini genaplah umurnya 33 tahun, meninggalkan seeorang balu dan 2 orang anak berumur 6 & 7 tahun.

Pukul 1215 malam kami berarak mengiringi jenazah ke kampung di Kuala Krau dan berkhemah disana sehingga pagi ni... Baru boleh update blog...

Bulan Februari lepas bapanya sendiri meninggal dunia, jadi kakak ipar aku berduka sangat dan pada mulanya tak dapat mengawal perasaan. Mengikut ceritanya dia dah demam 1 minggu di KL, kemudian balik berubat dihospital kat sini.. mungkin dah ajalnya... AL-FATIHAH.. moga dicucuri rahmat.

Terima kasih kepada anak sedara Sani dari Dungun, Seli dari Kuantan dan pengantin baru Hafiz dan isteri dari KB yang datang juga ke sini. Terima kasih juga kepada kakitangan Wad Kenanga 8 dan Staff kat ICU yang bertungkus-lumus menyelamatkan beliau terutamanya semasa arwah pengsan semenjak pukul 3 petang Rabu sehingga menghembuskan nafas terakhir...

Mati itu benar
alam kubur itu benar
Munkar Nakir itu benar
siksaan kubur itu benar
Akhirat itu benar

jangan difikirkan akan kesusahan
jangan dirisaukan akan kesakitan
tapi risaulah akan dosa-dosamu pada Ilahi

0 comments:

Post a Comment