Oh ALONG - di mana-mana




Ni macam mana pulak boleh iklan kat belakang teksi lagi... Kata nak benteras ALONG...

AhAD Lepas - Durian




Ahad lepas 28/6 masuk kebun lagi tengok orang meracun. Sambil tu tengok-tengok buah durian yang gugur. Kami pegi sebelah petang. Dah 1/4 kawasan kebun dah diracun mungkin minggu depan siap le. Upah meracun sekarang dalam RM30 -RM50 per ekar. Tapi racun pulak mahal gila2 dekat RM200 satu tong. anak sedara aku pulak kata kena beli satu tong lagi....

Tengok buah durian ada lagi yang tak gugur, banyak dikutip dek binatang KERA... Dapat le sikit dalam 6 biji je makan sorang seulas... Jadilah...


Bank BUMIPUTERA


Beginilah Bangunan Bank Bumiputera Malaysia Berhad yang gah pada awal 80an dulu. Tinggal bangunan sahaja lagi, banknya dah miliki oleh orang lain. Ianya menjadi sensasi akibat kes bunuh eksekutif bank tersebut di Hong Kong. Beliau dilapurkan menyiasal skandal pinjaman BMF yang bernilai jutaan ringgit. Kini bank tersebut turut tenggelam dalam kancah peperangan ekonomi kapitalis...

Cerita pasal BMF kat SINI...

Perang Digital - Mampukah NAJIB


Kemunculan akbar maya dan blog persendirian menyebabkan UMNO bertambah rimas dan gelisah menahan serangan bertali arus pelbagai tuduhan samada yang benar atau tidak. Mereka terpaksa membuat 2 pillihan samada menjawab@berdiam diri sahaja.

'Dunia tanpa sempadan' yang diperkenalkan oleh Mentornya iaitu Mahathir betul-betul mengancam UMNO/BN. Setiap hari kemunculan blog persendirian yang kini mula menjalar ke setiap rancangan FELDA akan sedikit demi sedikit memakan tuannya. Walaupun pada PRU12 lalu UMNO masih bertahan di semua DUN@Parlimen, tetapi PRU13 ini pasti tidak akan menjanjikan sedemikian. Mengharapkan generasi pertama untuk memberi undi solid kepada UMNO/BN amat sukar untuk dipertahankan lagi. Memanglah pada ketika ini Utusan Malaysia dan Berita Harian adalah kitab rujukan peneroka di warung-warung kopi setiap pagi sebelum ke kebun. Tapi sampai bila???

Jadi Mungkin NAJIB terpaksa mencari resipi bagi 'menawarkan' serangan dari Pakatan Rakyat menjelang PRU13 ini. PAS perlu bertindak 'SEGERA'!

Muncul pula - Pendemokrasian Data

Bukan politik sahaja menggunakan konsep Demokrasi, kini bidang teknologi maklumat juga cuba mengamalkan pendemokrasian data atau 'The Democratizatian Data'... Bagaimana kita di Malaysia ni???

Antara ramalan dari Google dari rencana tersebut ialah :-

* Today, only the largest companies can afford to hire consultants and experts. In the future, even small companies will be able to purchase on-demand expertise and other services via the Internet.
* Today, marketing intelligence are costly reports describing data many months or years old. In the future, small businesses will have access to real-time data on market conditions.
* Today, only the largest companies can run expensive experiments with their advertising campaigns. In the future, even small business will be able to run carefully controlled marketing experiments that will enable them to better reach their potential customers.
* Today, only large companies can sell products in many countries. Tomorrow, businesses of any size can use online services and outsourced logistics to buy and sell in every corner of the globe.

FELDA - Akibat DEGIL


Mahkamah perintah Felda bayar peserta RM11 juta

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan Felda membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peserta Felda berhubung bayaran bagi buah kelapa sawit selama enam tahun selepas menolak rayuan.

Hakim-hakim Datuk James Foong Cheng Yuen, Abdull Hamid Embong dan Datuk Abdul Malik Ishak menolak rayuan itu dalam keputusan majoriti 21, dengan Abdul Malik menentang.

Felda memohon mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang disampaikan pada 13 Jan tahun lepas memerintahkan lembaga itu membayar RM7.8 juta dengan faedah kepada peserta itu selepas peguamnya gagal hadir untuk pendengaran saman itu.

Amaun berkenaan sejak itu telah meningkat ke RM11 juta dengan faedah terkumpul tetapi peserta tidak lagi mendapat wang itu oleh kerana mahkamah meluluskan permohonan Felda bagi penangguhan pembayaran bergantung pada permohonan lembaga itu bagi kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Ketika meluluskan penangguhan, mahkamah memerintahkan amaun itu kekal dalam akaun bersama di bawah nama peguam cara keduadua pihak.

Kira-kira 200 peserta berada di mahkamah hari ini. Sesetengah mereka dilihat menadah tangan sebagai tanda kesyukuran bila keputusan dibacakan.

Mahkamah diberitahu bahawa setiap peserta akan dibayar pampasan RM30,000.

Peserta Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan, mengemukakan saman itu terhadap Felda pada 2002 dengan setiap seorang memohon antara RM20,000 hingga RM30,000 sebagai ganti rugi umum oleh kerana mereka mendakwa lembaga itu telah menurunkan mutu buah kelapa sawit mereka dari 1996 hingga 2002 mengakibatkan mereka rugi.

Sunil Abraham, peguam bagi Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, memberitahu mahkamah beliau akan mengemukakan permohonan kebenaran itu pada Isnin.

Foong turut menyentuh dakwaan peserta bahawa ketua Umno Kelantan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed dan Felda mengugut peserta bahawa mereka akan disingkirkan jika terus bertindak terhadap Felda.

"Felda, ialah sebuah badan berkanun. Ia membantu peserta untuk menambah baik taraf hidup mereka. Sebaliknya, di sini kita berdepan satu situasi defendan pertama (Felda) menipu plaintif (peserta).

"Ugutan sedemikian menjejas Felda. Felda Palm Industries Sdn Bhd tidak lebih baik oleh kerana mereka dikaitkan dengan atau sebahagian dari Felda," katanya.

Abdul Malik, dalam pada itu, memutuskan agar kes itu dirujuk kembali ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan semula kerana hakim Mahkamah Tinggi telah melanggar peraturan berhubung penerimaan bukti bila beliau mencapai pendapat yang memihak kepada peserta.

"Tidak ada bukti dokumen di hadapan hakim yang arif Mahkamah Tinggi untuk menyokong kerugian sebenar atau anggaran kerugian ditanggung setiap plaintif (peserta)," katanya.BERNAMA

Membina Kreatif Anak-ANak



Masa cuti skolah baru-baru ni barulah kami anak-beranak dapat berkumpul ramai-ramai dan masing-masing menceritakan pengalaman yang dilalui di asrama. Aku yang pernah tinggal di asrama hanya senyap dan menjadi pendengar untuk bagi peluang kepada anak-anak bercerita.

Ada yang terlibat dan menguruskan program/aktiviti kat sekolah. Aku dulu amat kurang ikut program kat sekolah, tak tau mengapa, jadi masa time anak-anak aku pulak yang galakkan mereka supaya dapat belajar menguruskan sesuatu organisasi bila bekerja kelak.

Inilah antara kelemahan aku dulu, kalu ada apa-apa majlis suka dok kat belakang dan bila pengerusi majlis tanya ... Ada soalan ??? senyap belaka... Sampai hari ni kalu pegi program yang iikuti oleh masyarakat Melayu begitulah ceritanya. Berbanding dengan bangsa asing mereka lebih suka bersoaljawab walaupun soalan yang ditanya tu tah ape-ape..

Dari cerita-cerita mereka , aku nampak anak-anak kadang-kadang amat kreatif dari segi idea dan perlaksanaan kerja. Contohnya sempena Hari Guru lalu ada anak aku yang terlibat juga... Jadi bila aku tengok gambar-gambar yang diambil sebelum dan semasa program yang dijalankan ada 'Class' .. Siap dengan tema program, AJK program, pengumpulan bahan-bahan, pemasangan, susun atur dan perjalanan program yang langsung tiada kelibat guru-guru.


Wira/wirawati NegaRA PLKN


Ni
aku jumpa dalam buku modul Program Latihan Khidmat Negara. Syabas dan tahniah kepada wira/wiratwati negara.

Siapa yang mengiktiraf mereka ini? Sekurang-kurangnya buatlah satu soalselidik atau undian untuk memastikan adakah mereka ini benar--benar wira-wira negara. Apakah kayu pengukur yang digunakan untuk dilantik sebagai Wira Negara? Tiab-tiba je dah dapat gelaran WIRA..

Jadi jelaslah bahawa kerajaan amat mengiktiraf mereka yang terlibat dalam bidang hiburan dan fesyen sebagai WIRA.. Patutlah remaja dan anak muda hari ini begitu taksub dan tergila-gila dengan bidang hiburan kerana suatu hari nanti pasti akan di iktiraf sebagai WIRA...


Stadium NEGARA - APA cerITA


A
ku ke KL Sabtu lepas dan sempat mengambil gambar dan meninjau Stadium Negara yang berhampiran sekolah lama aku Victoria Institution.

Ianya kini dikelilingi pagar dan tertulis Hakmilik persendirian. Mungkin kini bangunan & tanah stadium itu telah djual atau ditukar milik. Stadium tersebut mempunyai sejarah tersendiri kerana namanya iaitu 'NEGARA'. Selain stadium ini kita ada Zoo Negara, Muzium Negara., Masjid Negara, Perpustakaan negara dan lain lagi. Jadi ianya adalah sesuatu yang tidak ternilai dan mempunyai kepentingan dari nilai kegunaan dan sejarah. Ianya pulak telah dibina pada tahun 1961.

Disinilah tempat kami menonton pertandingan sukan bertaraf dunia semasa bersekolah kat VI dulu sekitar tahun 1982 - 1984. Kami akan dijemput menonton acara pembukaan rasmi pelbagai jenis sukan walaupun pada waktu belajar. Ianya untuk meramaikan penonton sahaja...

Hari BAPA

Tengok TV kempen Hari BAPA, surathabar pun serupa, sampai buat Sales pun ada untuk Hari BAPA. Deme ni faham ke apa makna BAPA sebenar nih???.

Kenapa anak-anak kita hari ni huru-hara dengan merempit, hisap dadah, bawa balik jantan/betina ke rumah dan macam-macam lagi. Kalau tanya ayah pulak sebab apa anak tak mau belajar, dia kata anak dia tak minat belajar .... Apa punya ayah ni..

Pada pendapat aku ramai dikalangan Bapa-bapa hari ini telah gagal mendidik anak-anak mereka. Tanggungjawab seorang bapa amat berat tapi ramai diantara kita mempermudahkannya. Yang tau, tak de beras, bagi duit kat maknya suruh beli beras, nak bayar yuran kasi je duit kat anak. nak apa lagi? Kalau kat FELDA pulak, form 1 ayah dah beli motor. Anak dia merempit tau pulak membebel. Satu lagi bapanya rajin berjemaah di masjid, anaknya pulak rajin berjemaah dengan kekawan kat simpang semenjak belum magrib sampai lewat malam.

Sepatutnya sebagai bapa ajaklah anak-anak tu ke masjid pada ketika usia masih kecil lagi, janganlah tunggu sampai dah sekolah menengah dan remaja baru nak ajak. Tak mau peginya dia...

Jadi kepada bapa-bapa muhasabahlah diri kita, jika anak berbuat silap mungkin ada kesilapan kita mendidik mereka dan perbetulkan sebelum nasi menjadi bubur. Setiap lelaki akan menjadi BAPA dan akan dipertangungjawabkan di Padang Mahsyar nanti...

ISU penyelewangan FELDA - dulu tolong sekarang ALONG


KUALA LUMPUR [12.40 am] - Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), saudara Mazlan Aliman (foto), dalam kenyataan akhbarnya semalam bersedia menghadapi saman yang akan dikemukakan pihak Felda bagi mempertahankan fakta fakta yang dikemukakannya berkaitan salah urus dan penyelewengan pihak Felda seperti yang didedahkannya di dalam buku “FELDA:Dulu Tolong, Sekarang Along” Buku kedua yang dihasilkan beliau itu adalah hasil kajian dan pengalamannya bergelumang dengan kehidupan warga Felda selama tempoh lebih lima belas tahun. Mazlan yang juga seorang generasi ke dua Felda dari Johor telah menghabiskan sebahagian usianya bertemu peneroka Felda di seluruh negara bagi mendengar rintihan dan berbagai aduan berkaitan salah urus dan penyelewengan dilakukan pihak pentadbiran Felda. Dalam kenyataan medianya di lobi Parlimen semalam, beliau berkata pihak pentadbiran Felda melalui peguamnya Zul Rafique & Partners telah menghantar notis tuntutan bertarikh 10 Jun 2009 dengan memberi masa 48 jam untuk beliau menarik balik pengedaran buku itu di samping memohon maaf kepada Felda. Dalam notis tuntutan tersebut sebanyak 25 fakta yang di petik dari buku tulisan Mazlan telah disenaraikan sebagai mengandungi unsur fitnah yang menjejaskan reputasi pihak Felda. “Saya akan membongkar penyelewengan Felda di mahkamah dengan mengemukakan bukti bukti melalui dokumen dokumen yang telah ada”, ujar beliau. Tambahnya lagi beliau juga telah melantik peguam terkenal Hanifa Maiden mewakili beliau bagi menghadapi saman daripada pihak Felda.

Sementara itu Naib Presiden PAS Dato Mahfuz Omar yang turut hadir di sidang media tersebut menyifatkan pihak Felda cuba menutup segala masalah yang berlaku dengan menyekat pendedahan yang dibuat oleh seorang yang banyak mengkaji mengenai Felda. “Felda sepatutnya menjawab kembali segala dakwaan yang dibuat Mazlan sekiranya tuduhan itu tidak berasas”, kata beliau. Tambahnya lagi, Mazlan menghasilkan buku itu dengan maklumat yang diperolehi selama lima belas tahun melaui pergaulan dan dialog dengan masayarakat Felda di seluruh Negara. “Beliau bukan sehari dua menumpang di rumah peneroka, pergi menoreh getah“, kata beliau merujuk kepada tindakan pemimpin UMNO cuba mengambil hati pengundi di Manek Urai. Hadir sama di sidang media tersebut Naib Presiden PAS YB Salehudin Ayub, beberapa orang ahli Parlimen PAS serta Naib Presiden ANAK, Saudara Aris Faizul Ismail.

Komen - Ahirnya FELDA terpaksa mengakui bahawa isu-isu yang dibawa oleh ANAK memang berbisa dan mampu menggugat FELDA dan gerombolannya. Bak pepatah Melayu 'sape makan cili dia rasa pedas'. Jadi cepat dapatkan buku ni nanti kehabisan di pasaran.. FELDA dah nak naik minyak dah. Untuk tempahan sila SMS atau hubungi 019-9855883 sekarang].

Dari http://pahangdaily.blogspot.com/

HalaL & Toyyiban


R
amai antara kita masih tak ambik cakna tentang makanan HALAL apatah lagi TOYYIBAN..Setiap makan/minum kita hari ini mungkin tercemar dengan kandungan yang tidak halal yang mencorakkan generasi akan datang. Maka perlulah kita ambil peduli tentang makanan dan juga sumber rezeki yang halal .

Allah SWT berfirman dalam mafhumnya antara lain: Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi mu. (al-Baqarah: 168).

Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. (al-Baqarah: 172).

Ni kedai sahabat kat rumah aku di Temerloh iaitu kedai Haji Mat yang mengusahakan kedai frozen seperti fishball, fishcake yang halal. Kebanyakan produknya adalah dari pembekal Muslim. Terdapat juga Mee kuning dan tauhu yang diusahakan oleh orang ISLAM. Aku lebih sukakan mee kuningnya kerana tiada bahan pewarna dan Asid Borik yang boleh menjahanamkan perut.


REJAB

B
ulan Rejab akan tiba pada 24/6 ini nanti bersamaan hari Rabu. Jadi marilah kita kongsikan bersama-sama maklumat berkaitan dengan bulan Rejab ini.

Pengertian
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Peristiwa Penting
1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia)
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj
Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu. Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.


4. Pembebasan Baitul-Muqaddis
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

http://nursyifa.hypermart.net/galery_foto/kegiatan_ibadah/doa_bersama-1.jpg


Amalan

Tiada amalan khusus untuk bulan Rejab yang diriwayatkan dari Rasulullah SAW yang dijumpai di dalam mana-mana hadis shahih. Penulis berpendapat ada hikmahnya kenapa Allah SWT, Rasulullah SAW dan para sahabat RA tidak memberitahu tarikh dan tahun berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj. Rasulullah SAW tidak mahu umatnya menetapkan ibadat-ibadat tertentu di bulan Rejab khasnya pada hari dan malam berlakunya peristiwa Isra' dan Mi'raj itu.

Ini untuk mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang diada-adakan (bid'ah) dan perbuatan membeza-bezakan kemuliaan satu-satu bulan. Namun begitu ada pendapat yang meriwayatkan tentang amalan-amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab. Pendapat ini adalah bersandar kepada hadis-hadis lemah.

Terlalu banyak amalan-amalan sunat yang umum yang masih kita belum berkesempatan untuk mengamalkannya boleh kita praktikkan di bulan Rejab ini sebagai persediaan kita menjelang Ramadhan al-Mubarak. Diantaranya solat malam, qiamul-lail, puasa Isnin dan Khamis, tadarrus al-Qur'an dan lain-lain lagi. Di sini penulis ingin menyarankan agar pada akhir bulan Jamadilakhir khasnya pada 29 Jamadilakhir, kita bolehlah melatih mata kita untuk menjejaki hilal. Proses melatih mata untuk merukyah hilal boleh dimulakan 20 minit sebelum Maghrib sehinggalah 20 minit selepas maghrib dengan memerhatikan ufuk Barat sekitar tempat matahari terbenam. Ini boleh dilakukan dengan mata kasar tanpa menggunakan sebarang alat kecuali untuk melihat matahari perlukan penapis (solar filter).

Bagi mereka yang mempunyai teleskop atau teodolite ataupun binocular, inilah masanya untuk menguji peralatan dan kemahiran masing-masing agar pada hari cerapan hilal Sya'ban, Ramadhan dan Syawal kita tidak menghadapi masaalah dalam melakukan cerapan hilal. Dan sebenarnya Rasulullah SAW sendiri amat mengambil berat tentang kedudukan bulan pada setiap akhir bulan khasnya apabila menjelangnya bulan Rejab dan bulan-bulan seterusnya.

Sumber Disediakan oleh;
Bahagian Falak dan Sumber Maklumat Jabatan Mufti Negeri Melaka
www.al-azim.com

Umur kU...


7 - 12 tahun - zaman penuh keseronokan tiada halangan
13 tahun - mengenal dunia luar dalam batasan kekampungan kat FELDA
14 - 17 tahun - menjejak KL, mencari ilmu ... dan keseorangan. Tiada mentor..
18 - 20 tahun - warga kampus yang tah hapa-hapa seperti lalang-lalang ditiup angin
21 - berdikari tapi tiada jatidiri di perantauan
22 - 23 kembali merebut jawatan wargakampus dengan penuh matang dan bersemangat
24 - bergelar usaha + tiada wang sedangkan orang lain usaha + wang (usahawan)..
dan terus merasa nikmat rumahtangga

CukUP dulu...

AP Telepon BimBiT


S
ekarang di Malaysia semua sudah mampu untuk memakai telefon bimbit. Ada juga yang memakai lebih dari sebuah telefon bimbit. Gejala ini membawa kepada kemasukkan banyak telefon telefon bimbit yang tidak sah dari luar negara. Disini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai Pengedar Sah (original set) dan Juga AP (AP set).

Pengedar Sah Dan AP.Apa bende tu?
Apakah perbezaan di antara set pengedar sah dan set AP? Pada dasarnya semua telefon bimbit dikeluarkan oleh pengilang jenama masing-masing. Perbezaan antara pengedar sah dengan set AP adalah:

Set Pengilang Sah
1. Diedarkan oleh pengedar yang dibenarkan oleh pengilang.
2. Pengilang bertanggungjawab ke atas semua waranti telefon bimbit. Waranti diberikan oleh pengilang dan bukannya oleh Pengedar Sah.
3. Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di semua cawangan perkhidmatan berdaftar dalam masa waranti.
4. Peningkatan perisian dari masa ke masa dalam masa waranti. Ini adalah penting untuk telefon bimbit terutamanya 3G.
5. Waranti termasuk LCD kecuali kerosakan yang disebabkan oleh jatuh dan air.
6. Jangka masa waranti yang lebih panjang bagi aksesori.

Set AP
1. Kebanyakan telefon bimbit AP diimport masuk dari negara di luar Asia. Oleh itu, sistem kendaliannya adalah berbeza daripada sistem kendalian tempatan seperti Maxis, Celcom (perkhidmatan 3G) dan Digi (perkhidmatan EDGE). Oleh itu, pelanggan akan menghadapi masalah seperti pemutusan panggilan secara tiba-tiba serta ketidakstabilan perkhidmatan 3G.
2. Waranti ditawarkan oleh pusat perkhidmatan tempatan yang biasanya ialah penjual sendiri. Ini bermakna, pelanggan hanya boleh mendapatkan warantinya di kedai yang terpilih sahaja.
3. Kebanyakan penjual tidak berkemampuan untuk melakukan peningkatan perisian kerana tiadanya peralatan.
4. Kebanyakan waranti bagi set AP tidak termasuk LCD dan aksesori.
5. Pengedar AP kebiasaannya menolak perkhidmatan pembaikan dengan memberikan alasan berikut:
1. “Pengedar AP menukar nama syarikat dan mengatakan syarikat yang memberikan waranti telah ditutup.”
2. “Minta maaf, telefon bimbit anda rosak disebabkan jatuh atau dimasuki air.”

APAKAH KEBAIKAN MEMBELI DARI PENGEDAR SAH?
1. Telefon bimbit yang dibeli daripada Pengilang Sah boleh mendapat perkhidmatan di semua pusat servis berdaftar.
2. Waranti bagi telefon bimbit dan LCD adalah 1 tahun manakala bateri dan pengecas adalah 6 bulan.
3. Peralatan tulen digunakan semasa pembaikan.

APAKAH RISIKO JIKA MEMBELI AP?

1. Waranti yang terhad (Waranti bagi telefon bimbit adalah 1 tahun dan aksesori seperti bateri dan pengecas adalah 1 bulan tetapi tidak termasuk LCD).
2. Perlu membawa telefon bimbit balik ke tempat anda membeli untuk servis.
3. Kemungkinan besar ialah set rekon (set rekon ialah telefon bimbit terpakai yang diimport dari luar negara di mana ia diperbaiki semula dengan penukaran aksesori luar dan dijual sebagai set AP dengan waranti 1 tahun).

BAGAIMANA MEMBEZAKAN ANTARA SET PENGILANG SAH DENGAN AP?
1. Set Pengilang Sah mempunyai pelekat pengedar sah dan selalunya berbeza dengan yang lain
2. Senarai Set Pengilang Sah adalah seperti berikut:

Jenama/Pengedar Sah/Talian Khidmat Pelanggan

- Motorola/Brightstar, MDM, Samart/1 800 80 6008
- Nokia/Avaxx, Samart, Zitron/1 300 88 1600
- Sony Ericsson /Midlands, T-Choice, Thorus /1 800 88 9900
- Samsung /First Mobile Group (FMG)/ 1 800 88 9999
- O2 /Exquisite Model /1 800 80 6127
- Dopod / SIS / 03 5569 8878

http://www.jiwang.org

Klinik Akaun


S
etiap syarikat@organisasi semestinya mempunyai program perakaunan tersendiri. Mungkin akaunnya diuruskan secara manual yang dibuat oleh kerani akaun ataupun menggunakan perisian perakaunan yang melambak dipasaran mengikut harga masing-masing.

Tetapi setelah berkembangnya perniagaan dan juga perubahan akta-akta yang berkaitan kewangan maka akaun-akaun tersebut perlulah 'dioverhaul' supaya misi dan halatuju syarikat lebih fokus apatah lagi dengan situasi perkembangan perniagaan yang makin mencabar.

Apa yang aku dapati kebanyakkan syarikat masih lagi tidak mahu mengamalkan transformasi kewangan yang telus dan sistematik. Berniaga kontrak juta-juta tapi nak mengadaptasikan satu sistem perakauan yang sistematik tak sanggup mengeluarkan bajet. Kos ini biasanya tidak melebihi RM5 ribu mengikut keperluan syarikat masing-masing. Bila perakaunan bersistematik maka banyaklah urusan masalah dan perancangan dapat diselesaikan. Antaranya seperti cukai pendapatan, tambahan pekerja, pembelian aset dan membuat keputusan-keputusan perniagaan yang penting.

Kini aku sedang membuat satu klinik akaun untuk NGO yang sebelum ini dijalankan secara manual. Antara kerja-kerja yang biasanya dibuat ialah :-

a. Memahami sistem perniagaan yang dijalankan
b. Memahami rekod-rekod kewangan yang telah dbuat.
c. Menyemak/mencadangkan rekod-rekod kewangan agar sesuai dengan cadangan mengkomputerkan sistem perakaunan
d. Menyemak data-data dan laporan-laporan kewangan pada perisian kewangan setelah rekod-rekod tersebut diinput ke perisian.
e. Membuat hasil laporan kepada pengurusan tentang kelemahan dan cadangan penambahbaikan sistem perakaunan sediada

Banyak kerja kena buat, tapi hasilnya adalah semua maklumat kewangan dihujung jari anda sahaja.

Surah Al-FIL dan Surau AL-Fiil

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ
1 . Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Rabbmu telah bertindak terhadap tentera gajah?

أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ
2 . Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia

وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْراً أَبَابِيلَ
3 . dan Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong

تَرْمِيهِم بِحِجَارَةٍ مِّن سِجِّيلٍ
4 . yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar

فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَّأْكُولٍ
5 . lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat)?

Manakala kat bawah pulak adalah Surau Al-Fiil di Kubang Gajah, Temerloh Pahang... Segalanya kebetulan@disengajakan tak tau pulak...


Catatan LaMA

Lokasi : Surau Taman Bunga Raya
Tarikh : 23/01/09
Pnceramah : Ustaz Salleh
------------------------


Keterangan Hadis yang dibacakan oleh Ustaz...


1. Solat akan menjadi peguam semasa didatangi Munkar & Nangkir semasa di alam kubur(kepala)
2. Kaki pula adalah yang sembahyang berjemaah
3. Tangan kanan pula adalah yang melakukan ibadat sedekah @ zakat
4. Tangan kiri pula adalah untuk amalan berpuasa
5. Selepas itu malaikat akan menanya tentang ketauhidan kita (keimanan)

Aku ambik dari catatan buku nota, harap semak dan tanya kepada yang mengetahui... aku hanya sampaikan sepertimana yang ada kat buku nota..

FELDA Dulu tolong sekarang ALong - Siri 2 (AKta GSA)

FELDA dibangunkan dibawah Group Settlement Act 1960 (GSA) atau Akta Penempatan Beramai-ramai 1960 dengan peruntukan di bawah artikel 76 Perlembagaan Persekutuan. Akta tersebut pada asasnya digubal untuk menghalang penjualan tanah-tanah yang dijadikan rancangan daripada dbahagi-bahagikan, dijual, digadai atau diberikan kepada waris sebagai harta pusaka.

Dibawah GSA 1960, FELDA bertindak sebagai Agen Pengurusan dan ia dinamakan 'Development Authority' atau Lembaga Pembangunan yang berkusasa di bawah Ordinan Pembangunan Tanah 1956 yang memberi pinjaman, mengenakan faedah atas pinjaman, menubuhkan perbadanan dan menangguhkan Bayaran Kembali. Nama Sekolah aku pun Sek Keb LKTP Jenderak Utara. LKTP tu kami panggil Langkah Kerajaan Tipu Peneroka...

Ramai peneroka yang tidak mengethui hakikat ini. Selama ini mereka beranggapan bahawa FELDA adalah tempat yang mereka boleh harapkan untuk mendapatkan sebidang tanah sebagai tapak kehidupan mereka. Gambaran yang mereka fahami bahawa mereka akan mendapat hakmilik setelah habis membayar hutang.

Isu ini terus kekal sehingga kini kerana masih ada lagi rancangan FELDA yang belum mendapat hak milik mereka. Malah isu ini akan digunakan oleh UMNO untuk mengugut peneroka terutamanya dalam setiap kali PRU. Mu tak sokong aku, aku tak beri hakmilik....

Mari kita kenali antara implikasi penting berhubung AKTA GSA 1960
i. Memberi kuasa yang luas kepada FELDA untuk apa sahaja bentuk orginasasi pengeluaran dan cara penggunaan tanah sehinggalah jenis tanaman. Tegasnya sebelum menerima hakmilik mereka tidak mempunyai hak ke atas tanah, status mereka tak ubah seperti uburh@pekerja sahaja.
ii. Taraf peneroka sebagai penerima hakmilik bermakna mereka terpaksa tinggal di rancangan FELDA hanya atas kebenaran FELDA dan selama mana mereka mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat yang ditentukan oleh FELDA sebagaimana yang diperincikan dalam surat perjanjian semasa memasuki rancangan.
iii.Peneroka hanya akan diberi hakmilik apabila syarat-syarat dalam perjanjian peneroka dipatuhi termasuk pembayaran semula perbelanjaan pembangunan yang berjumlah kira-kira RM50 ribu
iv. Ceraian 15 dan 16 menghindarkan tanah peneroka daripada ditukar menjadi tanah persendirian
Ceraian 15 - tidak membenarkan tanah digadai atau dipecah-pecahkan
Ceraian 16 - hanya membenarkan milikan tanah tersebut diserahkan kepada sorang penama atau waris sahaja.
v. Ceraian 11 (3)
'Express conditions imposed under and conditions and obligations implied by virtue of the provisions of this Act and shall run with the land and shall bind the holder there of and shall commence to run from the date of occupation in expectation of tittle authoorised by entry in the register of holdings or from the date alliention, whichever is earlier'



Contoh hakmilik yang diterima peneroka

... akan disambung lagi (dari buku FELDA dulu Tolong sekarang Along)

KomunikasI



T
abuh adalah antara alat komunikasi canggih sejak berzaman dan digunakan untuk menyampaikan sebarang berita. Dengan mengetuk tabuh mengikut mnegikut nada yang tertentu pendengar boleh mengetahui jenis berita yang disampaikan. Biasanya samada tanda masuknya waktu sembahtang, waktu berbuka puasa/sahur, sakit/kematian dan sebagainya.

Mungkin pada ketika ini, tabuh sukar dilihat@digunakan lagi tapi kat tempat aku masih digunakan lagi terutamanya kalu ada berita kematian. Bunyinya boleh didengari sehingga jauh ke dalam kebun sawit/getah. Anak-anak zaman sekarang mungkin mengenal namaya sahaja tapi kurang mengetahui dengan jelas kegunaannya.


SOLAT jugak adalah cara kita berkomunikasi dengan MAHA ESA terus menerus tanpa sebarang firewall. Tanpa komunikasi ini kita akan menjadi manusia yang alpa diri akan kejadian sebenar kita. Selalu kita dengar komunikasi adalah penting antara boss dan pekerja, suami dan isteri, adik-beradik dan anak-anak, sahabat taulan, tapi bagaimana pulak komunikasi kita dengan ALLAH???

Surau Pun Sepi

Mentang-mentang cuti sekolah, suraupun kurang dikunjungi jemaah. Kebanyakkannya balik kampung tapi kalu yang herannya dok sebelah suraupun tak pegi jugak berjemaah.

Akupun heran jugak masa orang tengah bang/azan elok je dia basuh kereta/motor, lepas tu balik je dari sembahyang pun masih dok basuh kereta lagi. Sekurang-kurangnya masa orang tengah azan tu berhentilah basuh kereta...Akupun dulu muda jugak dan pernah lalui ni tapi mohonlah hormati waktu azan berkumandang.

Bahananya nanti hati kita akan terus dgelapkan. Maka ramailah kita dapati walaupun umur semakin lanjut tapi amat sukar mengamalkan apa yang disuruhNYA

MakBUL@TiDAK

Sumbangan Zainordin Awang Samah (Mayban KL)

Bila Allah cepat makbulkan Doamu,
Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu,
Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu,
Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.

CutI


Cuti
sekolah dah masuk minggu ke-2, tapi aku masih terkial-kial melaksanakan perancangan sebelum cuti sekolah untuk anak-anak. Macam-macam berlaku menyebabkan semua plan terjejas. Minggu pertama di KB dan kini dirumah tapi terpaksa membahagikan masa dengan kerja rutin di klinik dan anak-anak yang tak sihat.

Bila ada anak yang menetap di asrama, tiap kali balik je mesti tanya ... Cuti ni nak kemana? Mungkin dia orang rasa terpenjara masa di sekolah, itu yang bila balik rumah melepak memanjang melayan PS2 dan internet.

Aku bercadang nak isikan baki masa cuti ni dengan membawa mereka ke kebun dan Khamis@Jumaaat ni ke KL kot pegi Muzium Kesenian ISLAM..

Perjalananan Pertama





Semenjak balik dari KB, dari petang Selasa lepas lagi aku sibuk di Hospital Temerloh sebab anak sedara aku masuk wad dan pada esoknya malam Khamis 930 malam(3/6)dia telah menghembuskan nafas terakhirnya menemui Ilahi. Maka bermulalah perjalanan pertamanya ke alam Barzakh, merasai alam kubur, disoal munkar & nakir, berbekalkan amalan semasa hidupnya. Pada 7/6/09 ini genaplah umurnya 33 tahun, meninggalkan seeorang balu dan 2 orang anak berumur 6 & 7 tahun.

Pukul 1215 malam kami berarak mengiringi jenazah ke kampung di Kuala Krau dan berkhemah disana sehingga pagi ni... Baru boleh update blog...

Bulan Februari lepas bapanya sendiri meninggal dunia, jadi kakak ipar aku berduka sangat dan pada mulanya tak dapat mengawal perasaan. Mengikut ceritanya dia dah demam 1 minggu di KL, kemudian balik berubat dihospital kat sini.. mungkin dah ajalnya... AL-FATIHAH.. moga dicucuri rahmat.

Terima kasih kepada anak sedara Sani dari Dungun, Seli dari Kuantan dan pengantin baru Hafiz dan isteri dari KB yang datang juga ke sini. Terima kasih juga kepada kakitangan Wad Kenanga 8 dan Staff kat ICU yang bertungkus-lumus menyelamatkan beliau terutamanya semasa arwah pengsan semenjak pukul 3 petang Rabu sehingga menghembuskan nafas terakhir...

Mati itu benar
alam kubur itu benar
Munkar Nakir itu benar
siksaan kubur itu benar
Akhirat itu benar

jangan difikirkan akan kesusahan
jangan dirisaukan akan kesakitan
tapi risaulah akan dosa-dosamu pada Ilahi

Kenduri LAGI








HARI
Senin 1/6 barulah kenduri kat rumah abang ipar aku, sambut menantu perempuan dan menerima menantu lelaki. Dia ada 11 orang anak dan ini merupakan anak ke 2 dan ke 3. Ramai lagi yang tak kawin, nampaknya aku kena turun KB lagi la... Najmi Ayamas, Basir Project Manager, Mustapha UNISEL, Nasaie baru abih Matrik, Kak Wa abih STAM, Ikhwan, Chef Anas dan adik La.. panjangnya senarai...

Apa pun Selamat Pengantin Baru kepada HAFIZ dan Kak Jah dan sentiasa bersabar dalam hidup berumahtangga, sentiasa bertolak ansur dan faham-memahami antara satu sama lain.




Bekwoh & Gambar Sawah PAdI


HARI
Pertama (Sabtu)

Kami sekeluarga termasuk 2 orang kakak ipar aku dan familynya berarak meraikan pernikahan anak sedara aku Mat Hafiz ( dulu ngaji pondok dan Hafaz Quran) kat Pasir Puteh sekitar pukul 3.30 petang. Lepas tu menziarah kakak ipar aku sorang lagi yang telah diserang stroke sampai tak boleh jalan 4 tahun lepas.. Sekarang Alhamdulillah dan boleh jalan walau guna tongkat...

Pukul 530 pulak di Kampung Cherang Hangus@Cherangus tempat bekwoh lagi.... Masa kat sini aku ambik gambar pemandangan yang sangat cantik sebab didepannya terbentang sawah padi meluas. Aku tak pandai ambik angle yang sepatutnya main hentam saja...





Gambar sana sini Di KB













S
ebahagian dari gambar-gambar yang aku ambik masa dalam perjalanan kat KB, setengahnya diambik oleh anak-anak aku...