Ke Kl

AKu nak ke KL pagi ni... Tak tau lagi macam mana keadaan jalan samada akan ada sekatan@tidak. Biasanya memang depa buat kat Tol Lancang dan, Karak, Bentong serta To; Gombak... Aku pulak bawa kereta sorang-sorang...

Selamat bertugas abang Polis. Rasa dok macam zaman darurat dan Bintang 3 pulak (zaman komunis tengok gambar dalam buku Sejarah)... Dulu kepala dia Orang Putih, la ni perangai lebih teruk dari Orang Putih biarpun kulit tu tak putih..

TAKZiAH & Selamat BerAYA


Semoga rohnya dicucuri rahmat atas pulangnya Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman ke Penciptanya....Al Fatihah

SPR AKAN BERMESYUARAT SEBELUM 10HB OGOS UNTUK MENENTUKAN PRK PERMATANG PASIR

Kalau buat lepas posa , 2X raya kita... Dua-dua kena tengok anak BULAN dan Insya ALLAH memang BULAN akan mengambangpun...

PenerokA FeldA suka BerhUtANg

Semalam 30/7/09 aku ke pejabat Koperasi Permodalan FELDA...tengok-tengok gelagat peneroka dan juga akaun aku. Sekarang ni ada pulak skim pinjamn baru yang ditawarkan untuk pemegang saham KPF (BACA SINI) yang baru dilancarkan pada bulan Julai ini.

Apa lagi berderu-derulah pakat gi tanya kat kaunter. Heran sungguh la, duit dah ada adalam simapanan KPF sebagai anggota, bulan-bulan dapat elaun dari sawit, nak meminjam lagi. Tua-tua pulak tu.... Cukuplah meminjam. Baru je abis hutang dengan FELDA, nak buat hutang lagi. Nanti anak-anak pulak yang susah.. Rumah dah gadai kat FELDA buat pinjaman nak besar rumah, ni nak tambah lagi. Last last anak sendiri takde rumah dan tanah sebab dah digadai kat FELDA.

Inilah keadaan masyarakat FELDA, suka sangat berhutang... Ataupun FELDA memang suka supaya PENEROKA nih berhutang, supaya mudahlah untuk 'diuruskan'...

AYAT PALING BERBISA MINGGU NIH!!!!

Balik Kampung ASAL

Moyang kita, Nabi ADAM pernah menetap di Syurga sebelum 'dihantarkan' ke DUNIA bersama HAWA. Jadi SYURGA laH kampung asal kita. Sape nak balik kampung? Semua nak balik kampung. Tapi kampung kita ni khas dan ada peraturan-peraturannya sebelum boleh didaftarkan sebagai penghuninya.. dan seronoknya kat SYURGA

1. Untuk orang-orang yang bertaqwa sahaja.. Taqwa pulak takut kepada ALLAH.. Ikut apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang... Nak buat payah sebab nafsu dan iblis akan sentiasa cuba menjadi sahabat dan lawan kita.
2. Umur sentiasa muda lelaki 21 dan pompuan 17 tahun beb... Semuanya comel-comel belako tak dok kurap panau, tak payah diet slim memanjang... Umur pulak sentiasa kekal...
3. Akan ditemani isteri dan pasangan masing-masing
4. Memakai pakaian hijau dari sutera halus dan bertekad...

Kena kerja kuat le nak balik kampung nih!! Jangan main-main...

(Di ulas semula dari kuliah bertajuk 'SYURGA' oleh Ustaz Hanafiah di Surau Taman Bunga Raya Temerloh)

Kita INGAT


Kita akan ingat (untuk pelajar-pelajar)

10% apa yang dibaca
20% apa yang didengar
30% apa yang dilihat
50% apa yang didengar dan dilihat serentak
70% apa yang disebutkan
90% apa yang dipraktikkan

(info dari EXCEL Trng & Consultancy Services)

Mansuhkan ISA!!


Sape kata ISA baik untuk rakyat Malaysia? Mungkin UMNO/BN bersetuju sebab dengan adanya ISA semua 'kerja gelap' dan 'umur politik' mereka dapat dipanjangkan lagi...

Macam sahabat aku nih... aku pernah buat posting pasal ISA kat SINI

ISA punya hal...
a. Isteri keguguran
b. Anak-anak miskin kasih sayang
c. Tuduhan tak pernah terbukti...sampai sekarang

Yang ramai kena ISA pun bangsa Melayu dan beragama ISLAM.. Bangsa Melayu UMNO tak de pun...

Cerita dari KB


Dulu tempat makan-makan...Parkson dah sewa..(Depan Pasar Siti Khadijah)

Baru sampai dari KB pagi ni.. Naik keretapi 825 malam dari Wakaf Baru dan sampai rumah 345 pagi..

Sedikit coretan dari KB

1. KB makin sesak dan jammed ...
2. Jambatan baru yang tertangguh dah disambung pembinaan semula. Dengar cerita kontraktor lama syarikat Redland terpaksa serahkan semula projek tu ke Penama Asal iaitu RXXXXX dan kini buat pulak JV dengan syarikat dari Sarawak...Tak tau la bila nak siap, dari roundabout depan TESCO ada 6 lane terpaksa berebut-rebut nak naik jambatan Yahya Petra yang hanya muat satu lane sahaja.'
3. PRK Manek Urai...duit mencurah-curah dari orghe dacing untuk pengundi-pengundi.. ada yang dapat ada yang x dapat
4. Jumpa kenalan lama secara tak disengajakan di pekan Melor .. dah jadi bloger sekarang... 'Ustaz Fikri'... kuliah tiap Jumaat di Masjid Mak Mayong Kg Kolam membawa seribu kenangan dan akan sentiasa diingati..kepada jemaah Masjid Mak Mayong harap layari blog ni untuk terus mengeratkan silatulrahim.


Tempat paling best atas keretapi 'Kantin' pukul 240 pagi


Lempok durian...

Program Isra' & Mikraj


Program B'MUSLIM berkaitan forum Isra' & Mikra' berjaya jugak dijalankan dengan jayanya di Taman Temerloh Jaya. Majlis telah dimulakan dengan solat berjemaah Maghrib di tapak pasar malam dengan hanya 5 orang jemaah dewasa dan kanak-kanak yang melebihi 10 orang. Kedudukan tempat solat yang dikelilingi gerai-gerai makanan/minuman, buahan-buahan dan makanan ringan sunyi seketika apabila program solat berjemaah mula diadakan.

Ini pertama kali diadakan sebagai program berdakwah ke masyarakat kaki lepak. Walaupun tak ramai yang hadir ketika solat tetapi dengan ramainya kanak-kanak ini menunjukkan bahawa ISLAM masih mempunyai masa hadapan yang gemilang. Kemungkinan ayah-ayahnya malu-malu untuk bersolat dikhalayak ramai, sambil dikelilingi kaki-kaki lepak/teh tarik minum-minum sambil berbual-bual kosong.

Selepas itu semasa solat Isya' pula, alhamdulillah 1 khemah penuh dengan kanak-kanak bersama-sama bersolat. Acara selepas itu adalah nasyid dari adik-adik Maahad Tahfiz Bergala Gantang dan nasyid adik-adik Az-Zahra dan diikuti forum.

Majlis forum yang bertajuk 'Membentuk Belia ISLAM Cemerlang' yang bermula jam 935 malam beransur-ansur dipenuhi orang ramai sambil minum-minum pekena Tomyam, Teh Tarik dan macam-macam lagi. Malam tu jugak ada funfair dengan artis jemputan dari kumpulan MAY yang hanya berjarak 2 km. Jadi tahniah kepada pendengar-pendengar yang setia membawa telinga mendengar tiap cerita, ulasan, hujahan dan penerangan dari ahli-ahli panel.

Tahniah kepada B'MUSLIM yang menganjurkan program seumpamam ini dengan berdakwah di tapak pasar malam dan bukannya di surau, masjid ataupun dewan-dewan. ISLAM kini perlu terus 'dimarketkan' kepada pengguna tidak hanya dipamerkan menungggu pembeli yang sudi datang membeli.

Tahniah kepada sahabat-sahabat Ustaz Fairus, Haji Syam Pomen, Ustaz Syukri, Farid tokeh komputer, saudara Sapian tokeh mini market dan lain-lain. Teruskan dengan aktiviti lain-lain pulak. Mungkin boleh buat majlis solat Dhuha, Hajat dan Tazkirah pada tiap pagi Sabtu sebagai 'makanan rohani' pulak...

Aku bukan anak PeneRokA???

Aku anak peneroka
sebab ayah aku peneroka
duduk rancangan 35 tahun
hutang FELDA dah bayar
geran tapak rumah suku ekar
dan geran kebun 10 ekar dah dapat
itupun Pejabat Tanah yang bagi
bukan FELDA yang bagi
kamipun dah tak teroka hutan lagi
sebab yang teroka hutan ialah FELDA

TAPI
FELDA panggil ayah aku PENEROKA lagi
sampai bila????
sampai akupun terikut-ikut jugak
ayah aku dan peneroka lain serupa jugak
sama-sama syok dipanggil peneroka

FELDA
kami bukan peneroka lagi
hutang dah habis dibayar
kami dah bebas
macam generasi Kunta Kinte
jangan panggil ayah kami peneroka lagi
jangan panggil aku anak peneroka lagi

NAJIB 1Malaysia
tolong jangan panggil kami PENEROKA
panggil kami PETANI BERJAYA

Sebab apa???
sebab kami FELDA kaya
Sebab apa??
sebab kami
NAJIB masih jadi PM 1Malaysia

Tak MinAt PoliTiK!


Bila diaju soalan ni.. Hang minat politik???... Jawapannya aku tak berapa minat la. PAS aku tak campur, PKR pun tak... UMNO lagi la. Terutamanya kepada generasi muda tak kira berpelajar@tidak terpelajar.. Kalau yang tak terpelajar tu boleh kira. Kalau yang ada ilmu tinggi dan kerja bagus tu... Rugi sangatla.

Aku kata macam ni, sebab hidup kita tak dapat lari dari politik. Mungkin perkataan 'politik' tu kurang sesuai.. Kita tukar ke kerja-kerja berorganisasi@berjemaah. Jadi dengan berjemaah banyak kerja dapat dilakukan.. Seperti kenduri-kendara, kemasyarakatan dan lain-lain. Tu peringkat rendah le.

Kalu zaman sekolah dulu sape-sape yang dok asrama tentu pernah dilantik jadi AJK Makanan. Kalu makanan asrama basi, tak sedap, tak cukup ke...AJK Makanan le yang jadi tempat melepas geram. Tak pun 'berdemo' kat kakak kantin le... Tu dah ada bunga-bunga politik la tu..Jadi bila diajukan kepada AJK Makanan diharapkan AJK tu mengambil tindakan dengan memberitahu warden ke atau apa-apa yang patut didalam mesyuarat kabinet bulanan mereka... Tu aku bagi contoh yang mudah. Semuanya nak menghala keraha kebaikan dengan cara masing-masing

Bila dah dewasa mungkin pendekatannya cara lain pulak. Jadi kepada kekawan yang tak berminat berpolitik@berorganisasi tu , ubah-ubahlah persepsi pasal politik... Kau orang masuk join la sebagai mencari sahabat@kenalan dan untuk menjayakan pelabgai aktiviti untuk kebaikan ramai terutamanya berkaitan ISLAM. Macam-macam kita boleh belajar dan laukuan untuk kebaikan UMMAH.

Jangan la dok ingat dah pegi buat ibadat Haji, sembahyang 5 waktu , posa cukup 1bulan... bereslah ibadat aku dengan Tuhan... IBADAT ni luas pengertiannya, jadi sama-sama pakat pasang Niat dan menjayakan untuk membantu ISLAM dengan apa cara sekalipun... Sekalipun NYAWA...

Blog ANak-anAk


Anak aku yang kecik pun sibuk nak berblog jugak bila tengok kakak dan abang dia dok sibuk dengan friendster dan blog... Berebut tunggu giliran dengan guna PC punya hal.. Notebook aku tak kasi chance nak guna bimbang problem nanti... Jadi aku buatkan jugak le untuk si kecik ni baru umur 6 tahun...

Balik je dari PASTI terus suruh aku taip, dia pulak sibuk bagi arahan suruh buat cerita dia kat sekolah... Semalam aku bagi peluang dia taip sendiri ikut cara dia... sekurang-kurangnya melatih dia berfikir dan meransang otak... Mungkin ayat-ayant dia buat kelam-kabut.... Boleh le tengok@vbaca kat SINI... Dia yang pilih tajuk tu... CERITA DIRI SENDIRI

AjAK AnAk Remaja BersolAt


Bagaimana nak ajak anak remaja bersolat jemaah terutama lelaki? Mula-mula ajak tak nak pegi, suruh , buat tak tau, tegur dan marah terus hilangkan diri... Sebabnya ibubapanya mungkin pun tak berminat nak ke surau/masjid. Jadi jangan salahkan anak-anak pulak. Kalu ayahnya ke surau pun mungkin anak tu kejap ada kejap tak de. Masa kita ke surau dia ada, kita outstation diapun monteng kat rumah... Apatah lagi kalu ada kuliah kat surau...

Mungkin kaedah ni boleh dipakai iaitu ajak kawan-kawan kepada anak-anak kita pegi juga ke surau. Jadi sekurang-kurangnya ada la geng dia kat surau nak berborak. Sebabnya geng-geng kat surau tu kebanyakkannya pangkat datuk dah dengan dia jadi nak berborak pun tak tau nak cerita apa..Dan mulakan pada bulan Ramadhan sebab masa ni kalu di Malaysia dah jadi adat mesti sembahyang kat surau/masjid.. Aku pun pelik sembahyang jemaah masa bulan posa je, abis posa jemaah pun hilang. Kalu dah training 1 bulan tu , InsyALLAH okey... Tapi kena berjemaah jugak le lepas abis posa...

Aku cerita ni dari segi pengalaman bukan nak menunujuk-nunjuk perangai anak-anak aku. Setakat ni berjaya.. sampai dia orang pulak yang beria-ria nak ajak pegi dengar kuliah@sembahyang kat mana-mana masjid.. Kadang-kadang aku ikut dia kat mana masjid yang dia cadangkan terutamanya sembahyang Jumaat@baca YAASIN

HOSHAS




Sebahagian gambar-gambar di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh... Gambar diambil sambil menunggu/menjaga anak-anak kerana wife pegi melawat ibu kepada anak muridnya di wad selepas menjalani pembedahan.

Kos pembinaan HOSHAS bernilai ratusan juta ringgit maka diharapkan perkhidmatan yang diberikan berbaloi dan sebaik mungkin slogannnya. Ini kerana sudah 3 kali pesakit ini datang untuk membuat rawatan susulan akibat pembedahan melahirkan anak dalam masa 1 minggu.

Terima SumbangAN - Dana Taqwa


(Terima cek dari Ustaz Fairus)

Hari ni aku pegi jumpa sahabat di pejabat PAS Negeri kat bandar... Lepas tu tengok sahabat tu sibuk ambik gambar kat atas ni. Aku pun snap jugak le... Rupanya ada penyerahan cek khairat bernilai RM1,000 kepada Nurzainah bt Adnan bagi pihak nenek beliau iaitu Fatimah Saad 76 tahun yang baru sahaja meninggal pukul 8.00 pagi tadi di Kedah. (gambar ini diambil pukul 11.25 pagi)

Beliau baru sahaja mencarum dalam skim ini 3 hari lepas bagi pihak nenek beliau. Selepas itu beliau terus bertolak balik ke Kedah.

Baru semalam aku dok promote pasal Dana Taqwa ni... tut tup hari ni dah ada berita berkaitannya...Carum je lah....

Pakat Ramai JOIN untuk IbU bAPa Kita

Kepada sahahabt-sahabat AFKl dan warga BUDIMAN, jom join skim takaful yang aku iklankan kat belah kanan ni untuk ibubapa kita. Sebabnya :-

1. Umur 65 tahun ke atas pun layak
2. Tiada pemerikasaaan kesihatan
3. Serendah RM10 setahun
4. Menfaat yang dapat, boleh buat upah haji ke@INFA' kat Pasti Az-Zahra ke..ikut la..

Bayaran RM 10 (Umur 18) / RM25 (umur lebih 65 tahun)
Menfaaat
Khairat- RM1,000(dibayar dalam 48 jam)
Khairat - RM2,800 / RM2,000

Cuma bagi nama penuh dan No KP lepas tu bank-in kan ke akaun bank seperti di blog Pasti Az-Zahra... Dah bank-in mesej ke 019-914 4234 @ emailkan ke pastiazzahra@gmail.com

RelAX Hari nih!

Hari ni aku tak kemana-mana Betul-betul nak lepak dan borak-borak dengan kekawan je. AWal pagi biasanya aku hantar wife dan anak ke PASTI, pukul 7.05 dah kat situ.. Sapu sampah sikit dan terus balik ke warung Nasi Lemak RM1 kat perumahan kat rumah. Lepas tu borak-borak dengan rakan masjid (tok Imam + ngajar kat Masjid Temerloh).

Balik rumah burn CD untuk latihan anak-anak PASTI bagi acara selingan nasyid sempena Program Isra' Mikraj di Tapak Pasar Malam Taman Temerloh Jaya Malam Sabtu nih... Tengok budak-budak berlatih kejap....Mudah sangat dia orang menghafal rupanya setengah jam dah OK untuk 2 rangkap le... Esok boleh berlatih lama sikit kot...

Tengok planner aku...
Rabu - kena training akaun untuk staf NGO
Khamis - Jumpa Perunding IT dari KL nak develop System pulak.
Jumaat - ambik anak balik dari Tahfiz...+ malam program Isra' Mikraj
Sabtu - family day
Ahad- Hantar wife meeting PASTI Kawasan, petang hantar anak balik asrama
Senin - Kena pegi Kota Bharu (system maintenance tempat client)

Wah penuh jugak jadual minggu ni...
---------------------------------------------------------------

SAPE-SAPE DOK TEMERLOH JANGAN LUPA!!!

TARIKH : JUMAAT 24/7/09 - Bermula dengan SOLAT Maghrib berjemaah
TEMPAT : TAPAK PASAR MALAM TAMAN TEMERLOH JAYA
PROGRAM : FORUM ISRAK MIKRAJ
PANEL
- Ustaz Riduan Mohd Nor - Penceramah bebas /Radio IKIM
- Ustaz Suhaimi Mohd Saad - Penceramah bebas
Penganjur : AKADEMI BELIA MUSLIM CEMERLANG (B'MUSLIM)

Belajar Tinggi Jual DuRiAN

Hari ni last le aku hantar durian ke kedai orangtua aku kat rancangan. Buahpun dah kurang...

Masa nak balik ke Temerloh, aku tumpangkan sorang warga emas rancangan nak jumpa YB Mat Jaafar (Dun Jenderak). Moleklah aku kata... rajin-rajinlah jumpa YB, maa nak mengundi dulu hari-hari dia jumpa kita, sekarang ni kita le pulak kena jumpa dia..Nak jumpa nak buat apa? Aku tanya.. dia jawab nak minta seratus dua duit belanja.... Aku senyap je cuma aku tambah lagi. Bagus le ... dia dapat jadi YB pun sebab kita undi dia jadi memang patutpun minta sikit duit belanja....

Dia kata kenapa awak belajar tinggi-tinggi tapi hari-hari bawa durian jual kat rancangan. kenapa tak keja sana lkdskdskdsdlsldll1828232732737 macam-macam lagi. Last skali dia kata kalu nak lesen niaga pak cik boleh adjust.... Aku jawab balik saya tak brapa suka buat keja kontrak ni tempat lubuk rasuah, senang keja macam sekarang dapat sikit-skit pun tak ape janji halal dan boleh tanggung anak bini. Bila dah masuk kelab 40 ni suka pulak buat buat keja-keja nolong orang ni terutama budak-budak belajar mengaji, ajak kenal Tuhan dan Nabi, ajak orang gi masjid ... lagi puas rasanya dan seronok walaupun tak berbayar. Budak2 kat FELDA sekarang ni teruk..Biarlah emak ayah mereka yang punah sudah jangan berjangkit kat anak-anak dan cucu-cucu pulak. Dia pun senyap... Masa muda dulu dia ni HERO malas le nak cerita....

OK... hari ni aku dapat jugak bercakap sesuatu sebagai seorang MUSLIM, moga-moga dia terimalah apa yang aku kata dan berubah.... Sebabnya dari jual durian tadi.. Kalau tak jual durian mungkin aku tak boleh 'sound' kat dia

BiLal -Pengganti sukar dicari

Sabtu lepas (18/7) bilal kat rancangan telah kembali ke Rahmatullah. Namanya Allahyarham Wan Karim. Disenangi pelbagai golongan tak kira tua mahupun muda terutamnya budak-budak sebab dia suka mengusik budak-budak. Sudah hampir 15 tahun dia menjawat jawatan tersebut menagmbilalih dari bilal lama yang sakit lumpuh yang baru jugak meninggal tak sampai 2 minggu lepas.

Aku terdengar jugak sok sek dari warga masjid dan set-set orangtua .... tak syok la Terawih tahun ni.... Sape pu;ak nak jadi pengganti.... Begitulah amat sukar untuk dicari penggati walaupun seorang Bilal. Aku ada cadangkan kepada AJK Masjid lantiklah pulak set-set muda untuk menjawat jawatan tu... Diharapkan dapat menarik golongan muda ke masjid pulak...

Ceramah UmNO+Unsur Judi


Aku balik jendrak Jumaat lepas, dari simpang Kuala Krau lagi dah naik bannner ceramah yang telah diadakan malam Jummat tu. Tengok kat pokok besar kat kedai MARA ada lagi poster-poster berkaitan ceramah tersebut.

Tajuk ceramah : Ceramah Perdana Isu-isu semasa
Penceramah : Ustaz Mohd Kamal Saidin (Pegawai Khas Agama MB Terengganu)

Tarikh : 16/7/09 830
Anjuran : UMNO Bahagian Kuala Krau Pahang

Ada pulak acara sampingan iaitu :
Pakaian tercantik
> Lelaki - baju kebangsaan
> Perempuan - Baju kurung

DAN LAGI ... peraduan teka biji kacang (sekali teka 50sen) ... ada lagi orang buat teka2 ni. Yelah untuk meramaikan majlis, terpaksa la buat macam-macam acara untuk meramaikan hadirin walaupun tak seiring dari segi syarak. Baik bagi RM10 sorang kepada yang hadir, lagi mudah UMNO bertahan di rancangan FELDA...

Tengok kat laman web UMNO Kuala Krau, takde pulak cerita pasal ceramah ni....