Akibat CELAKA


Akibat dari perkataan CELAKA, semalam 26/02/09 MP Bukit Jelutong (Karpal Singh) telah dikepung sekumpulan Pemuda UMNO di bangunan Parlimen. Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang (gambar dari Malaysiakini)

Manakala pada tenghari tadi pulak, laman web Pemuda UMNO telah diserang hendap dan tidak berfungsi..(sudah downnnn)

Meminjam kata-kata blogger AMIN ISKANDAR....SORANG guna OTOT, sorang guna OTAK

Stesyen Keretapi WAKAF BARU.. KeLate







Pada 26/02/09 lalu, aku pegi Kota Bharu dengan keretapi naik kelas 1... Dan apbila sampai sana steysen KTMB Wakaf Baru baru saja beroperasi buat pertama kalinya. Jadi aku sertakan foto disini untuk tatapan ramai. Manakala steysen lama mungkin akan "tidak bernyawa lagi". KTMB perlu memikirkan sesuatu agar "lokasi sejarah" ini dipromote sebagai "lokasi pelancungan"

RaHiM TAMBY Chik - Cerdik Melampau


Malam tadi ada rancangan HUJAH di TV9.. aku pun tengok separuh masa kedua dah. Tajuknya "Peralihan kuasa, apa yang berubah". Manakala ahli panel terdiri dari RTC dan SHA.

Punyalah teruk dua orang ni, terutamanya RTC tu. Antara ayat-ayat "cerdik melampau" yang diluahkan oleh RTC ialah :-
1. DS Niza menyebut perkataan "Sembah derhaka" dan patut disula kalau berada dizaman kesultanan dulu-dulu
2. Kat Perak bukannya ada krisis perlembagaan sebab kerajaan BN ditubuhkan dengan sokongan majoriti ADUN dan kuat pulak.
3. Golongan muda sekarang dah tak patriotik sebab tak sokong UMNO dan tak mengenang jasa pengorbanan dan kesusahan menentang penjajah dan memerdekakan Tanah Melayu dulu

Aku rasa nilah antara pemmimpin UMNO (termasuk orang-orang UMNO)yang tak reti-reti nak berubah, dia sendiri masih ditahap pemikiran UMNO zaman 60an lagi. Tajuk yang dicadangkankan pun amat sesuai sekali dengan RTC. Kesimpulannya RTC ni tak layak pun nak dicalonkan sebagai "CALON" Naib Presiden UMNO.

EKONOMI MERUDUM - PENEROKA FELDA PANIK




Akibat dari bahang ekonomi yang semakin tidak menentu, ramai diantara kita tidak menyedari bahawa peneroka FELDA juga merasa tempiasnya. Tetapi kalau dilihat di dada akhbar perdana mahupun elektronik tiada berita yang jelas berkaitan kesan ekonomi kepada warga FELDA. Apa yang dipaparkan adalah bahawa ramai peneroka mempunyai rumah, kenderaan dan kehidupan yang senang-lenang. Apatah lagi dengan lonjakan kenaikan harga komoditi seperti sawit dan getah baru-baru ini sentiasa diratibkan di akhabar perdana.

Kini harga komoditi tersebut telahpun menurun secara drastik, contohnya harga untuk minggu ini adalah pada sekitar RM1.70 - RM1.80/kg untuk getah (sebelum ini RM5/kg) dan RM270 - RM300/tan pula untuk sawit (sebelum ini RM750/tan). Maka tiada lagi berita harga komoditi di akhbar, sepertimana harga minyak yang sekarang ini berlegar sekitar USD38.00/tong. (Yang baik Ok, kurang baik dan menjejaskan talian hayat politik AMENO, jangan sebarkan)

Penulis adalah seorang anak peneroka dan juga mempunyai pelaburan dalam Koperasi Permodalan FELDA Berhad (KPF)yang dianggotai oleh peneroka, anak-anak peneroka, Koperasi rancangan FELDA dan kakitangan FELDA sendiri.




Kini ianya menjadi keresahan. serabut dan huru-hara disebabkan jualan panik para pelabur untuk melepaskan pegangan mereka. Masing-masing ingin menjual saham dan keributan ini bermula pada awal Februari lalu lagi. Penulis sendiri telah pergi ke ibupejabat KPF di Kuala Lumpur pada Isnin (16/02) lalu untuk berbuat demikian tetapi dengan jumlah pelabur yang ramai berkerumun seperti mengadakan demontrasi di Perak pulak, menyebabkan hasrat tersebut terpaksa ditunda.(Sebelum ini boleh dijual di rancangan sahaja). Peneroka-peneroka ini memberitahu bimbang dengan keadaan ekonomi sekarang terutamanya dengan harga komoditi yang semakin menjunam dan juga keributan serta kekalutan politik di Semenanjung terutamanya di Perak yang kini mula berjangkit di Kedah dan Selangor pulak.

Apa yang dihairankan, sehingga kini tiada ulasan mahupun komen-komen dari Pak Jeeb bakal PM berkaitan isu ini. Begitu juga pengurusan KPF sendiri. Mungkin bagi beliau apalah sangat peneroka FELDA ni lantak kaulah... sedangkan golongan peneroka FELDA nilah yang memenangkan puak AMENO semasa PRU12 lalu.
--------------------------------------------------------------------------
Nota : (Dari Penyata tahunan 2006 Koperasi Permodalan FELDA)

%. Pegangan saham peneroka 58.35% (156,111 anggota bernilai RM550juta)
2. Pegangan koperasi badan peneroka 15% (1,826 anggota bernilai RM145juta)
MODAL SYER ANGOTA RM940juta
--------------------------------------------------------------------------
Ataupun adakah wujudnya komplot-komplot untuk menyebarkan khabar angin supaya peneroka-peneroka ini menjual saham mereka bagi memudahkan misi Pak Jeeb meneruskan idea Mantan PM lalu agar FELDA dikorporatkan?? Jika ini benar maka meloponglah peneroka kerana kemungkinan pegangan majoriti KPF akan merosot dan dimiliki oleh golongan AMENOPutra dan seangkatan dengannya sahaja.

Tak Sempat Posting

Hampir 2 minggu tak sempat nak posting info ke blog ni disebabkan jadual yang penuh semenjak dua menjak ni. Terpaksa membahagikan masa dengan PASTI di TTJ dan kat FELDA. Jugak meraikan perkahwinan sepupu di Kelantan pada Cuti Tahun Baru Cina lalu. Moga diberkatiNYA.

Jumaat lalu(30/1) lalu, Abe Him biras pulak meninnggal dunia akibat serangan jantung. Kami baru sahaja berborak pada hari selasa sekembalimya kami sekeluarga dari Kelantan. Moga ditempatkan dalam golongan para solehin. Al-Fatihah... jadi tercari-cari masa yang untuk menginput info yag ada kat kepala.

Posting ni pun dibuatkan kat Klinik Rohana & Seripah kat bandaraya Kuala Terengganu, sambil setting PC dan updating software klinik.

InsyaALLAH posting akan datang akan menceritakan serba sedikit tentang Pondok Tok AYah Padang yang amat dikenali di Pak Badol Kelantan..

Saat Dibangunkan Selepas Kiamat

Ringkasan kuliah pada 18/01/2009 oleh Ustaz Hanafiah di Surau Taman Bunga Raya Temerloh Pahang

Kelak manusia dibangunkan selepas kiamat akan terbahagi kepada 3 kumpulan yang berdasarkan pada amalan masing-masing semasa di dunia :-

a. dibangkitkan dari kubur dan berkeadaan berjalan kaki
- Mati dalam keadaan berdosa

b. Menaiki kenderaan
- Orang-orang yang bertakwa dan menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk

c. Berjalan tetapi kaki diatas dan muka pula dibawah serta dalam keadaan bisu, pekak dan buta
- orang-orang yang tidak mahu bercakap mengenai kebenaran dan menyekat kebenaran
serta tidak mempedulikan kebenaran


Fahami dan fikirkanlah peringatan ini...

Berjaya Akhirnya

Akhirnya penat lelah selama 1 1/2 bulan berbaloi jugak dan dengan pengoperasian PASTI AISYAH dibuka dan mendapat pelajar sulungnya seramai 5 orang ( umur 4 - 6 tahun). Walaupun kurang daripada jangkaan sebenar kerana semasa sesi pendaftran pada 29/12/08 kami menerima 14 borang pendaftaran. Apabila perekolahan dibuka dan sehingga tarikh hari ini tinggal 5 orang pelajar sahaja.

Masalah ini memang dijangkakan kerana dengan tohmahan, ugutan dan bermacam-macam spekulasi dikatakan tentang PASTI, menyebabkan ramai yang menarik diri ataupun lebih rela menghantar anak mereka ke TABIKA KEMAS.

Kami menerima 7 orang yang belajar kelas IQRA dan Fardu Ain petang dan bilangan pelajar makin bertambah. Sekurang-kurangnya dapat juga memberi pekerjaan dan rexeki kepada anak-anak peneroka.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada kekawan yang sudi memberikan semangat, dorongan dan bantuan berupa kewangan serta perkakasan. Moga jasabaik tuan puan ALLAH saja yang membalasnya.

Masa untuk berubah

Tahun 2009, layout dan pemilihan bentuk dan corak blog sedang dibuat .Pening aku dibuatnya. Maka minta maaf le gadget2 tak sempat update lagi. Lastly corak dan rekabentuk ini dipilh kerana simple, warna yang cool dan ada unsur-unsur batik Malaysia. Moga dengan rekabentuk baru ini memberi input yang membina kepada pelawat-pelawat

Hancur Yahudi... jahanam AMeRikA

Israel semakin angkuh dan terus bermaharajalela di Gaza. Sehingga hari ini ratusan dan ribuan umat ISLAM terbunuh dan tercedera. Manakala pemimpin negara-negara ISLAM termasuk Malaysia sendiri hanya melihat dan buat dek saje tanpa sebarang ulasan ataupun tindakan yang sepatutnya.

Bangun, sedarlah seluruh umat ISLAM untuk membantu saudara MUSLIM kita degan apa cara sekalipun..HANCUR, HANCUR, HANCUR YAHUDI.... JAHANAM, JAHANAM, JAHANAM AMERIKA

Selamat Belajar Anak-anakku - demi ILMU

Kini penggal persekolahan telah bermula, penulis yang mempunyai 3 orang anak sekolah menengah tidak terkecuali. Tahun 2009 ni betul-betul kopak, walaupun menteri AMENO kata yuran tak payah bayar lagi tunggu bulan Mac nanti (serupa tak payah cakap). Yang sulung di TAHAP Jerantut, kedua di SMA Al-Khairiah Temerloh (tingkatan 3 Bukhari) dan yang ketiga Maahad Tahfiz (tingkatan 1). Penulis merasakan setelah anak-anak makin membesar seorang demi seorang akan meninggalkan rumah untuk melanjutkan pelajaran dan perasaan sunyi mula dirasai di rumah. Tiada lagi leteran, teguran, belajar dan makan beramai-ramai. Kini hanya tinggal kami berempat. Jadi sedarlah penulis bahawa kini akan sampai juga masanya anak-anak akan keluar meninggalkan kita samada melanjutkan pelajaran, bekerja atau berumahtangga dan tinggallah ayah dan ibu sahaja dirumah. Begitulah juga yang dialami oleh sebahagian daripada ibubapa kita dahulu. Kepada anak-anak, sentiasalah menghubungi ibubapa agar kesunyian mereka ini dapat diubati, walaupun mendengar suara sahaja ditalian.




SMKA TAHAP-Pahang
Anak Sulung (perempuan) penulis iaitu Amalina kini berada di tingkatan 5 Sek Menengah Agama Tengku Puan Pahang (TAHAP)Jerantut. Jadi Sabtu lepas (3/1/09) kami sekeluarga menghantarnya ke asrama. Beliau ni seorang yang aktif terutamanya sebagai fasilator dan juga pengawas sekolah. Jadi penulis bimbang jugak dengan SPM hujung tahun ni. Ayah hanya mampu berdoa agar kakak membuat yang terbaik nanti sertimana di PMR dulu (9A).




Maahad Tahfiz Mahmudi
Pada hari Isnin (5/1/09) pula menghantar anak ketiga iaitu AMMAR ke Maahad Tahfiz Mahmudi Jalan Maran Pahang. Ini kali pertama dalam keluarga penulis menghantar wakil ke Tahfiz. Ammar ni seorang yang agak HERO kat rumah (suka kacau adik & sedikit nakal). Semasa bersekolah di Sek Ren Agama At-Taqwa Temerloh Pahang dan Sek Ren Islam Al-Furqan Kelantan, ramai ustaz yang memuji tentang tajwid bacaan Al-Quran Ammar. Beliau sendiri yang berminat untuk memasuki Tahfiz dengan mengambil inisiatf meminta borang permohonan dari kawan-kawannya terutama Maahad Tahfiz Pekan dulu. Moga anakku ni menjadi seorang HAFIZ hendaknya.

Untuk anak-anakku, ayah cuba memberi yang terbaik kepada kamu semua terutamanya dalam pendidikan. Tiada harta yang lebih bernilai kecuali ILMU. Maka berusahalah bersungguh-sungguh mencapainya.

Selamat Menyambut 1430 Hijrah


InsyALLAH, esok 29/12/ melepasi waktu Maghrib umat ISLAM akan menyambut tahun baru 1430 Hijriah. Ini menandakan umur kita yang semakin meningkat saban tahun dan jangkahayat(tarikh lupus) pula makin hampir. Tadi selepas Maghrib, penulis menghadiri kuliah yang disampaikan oleh Ustaz WAHID ABD GHAFFAR disurau yang berhampiran rumah.

Antara intipati kuliah beliau ialah :-

1. Tahun Hijriah adalah berdasarkan bulan manakala Tahun Masihi pula adalah berdasarkan matahari.
2. Berasaskan pengiraan tahun mula Nabi Muhammad berhijriah dari Mekah ke Madinah ketiaka berusia 50 tahun.
3. Mula dicetus dan dipraktikkan atas usaha Saidina Umar Al-Khatabb selepas 12 tahun kewafatan Nabi.
4. Perbezaan 11 hari setiap tahun dari Tahun Masihi dan akan diambut pada tarikh yang hampir sama setiap 33 tahun. Contohnya pada tahun Hijrah 1430 ini akan disambut pada tarikh hampir sama dengan tahun masihi 2009 (beza 4 hari)
5. Bulan hanya dapat dilhat dari 3 - 27hb sahaja setiap bulan
6. Manakala setiap bangsa mempunyai tahunnya tersendiri seperti bangsa Yahudi pada tahun ini adalah bersamaan tahun 5769 mereka

Sama-samalah kita menginsafi jejak-jejak 1429H yang ditinggalkan lalu dan beriltizam agar 1430H ini akan memacu semangat, harapan, tekad dan amalan ibadat ke arah yang lebih baik dan sempurna mengikut ruanglingkup ISLAM.

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
Petikan dari... www.darulnuman.com

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Maksud Doa Awal Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

TAK ANGKAT HP... SAKIT HATI BEB


Dah hampir 2 minggu penulis menghubungi kekawan nih , tapi apa yang diterima hanyalah mesej ke Inbox sahaja. Called & mesej dah berpuluh kali tapi jawapannya tak de. Punyelah tention.. Dulu semasa bekerja dengan orang, wakttu opis hourlah yang paling malas nak angkat HP terutamanya dari bos, manakala malam pulak terus OFF...
Tak tahu sebab ape, bukannya ada keluar orangpun cuma suara je.

Berikut adalah senarai panggilan-panggilan yang tidak akan dijawab. (mengikut pengalaman pebulis)

1. Tuan rumah sewa - minta bayar sewa rumah
2. Finance company - tanya bila nak bayar ansuran kereta bulan nih@kredit card
3. pembeli rumah - bila rumah nak bina & siap...

Kalu ade sape-sape nak tambah lagi, sila buat la senarai baru pulak.

WORK IN PROGRESS


Alhamdulillah kerja-kerja pembaikan kelas seperti membaiki dinding dan menyimen telah bermula Ahad lepas(14/12), dibantu oleh rakan semasa sekolah rendah kat Felda dulu iaitu saudara YAN. Sumbangan orangramai akan digunakan sebaik-baiknya agar kos penubuhan dapat dikurangkan. Kami menumupukan kerja-kerja pembaikan penting seperti pemnaikan tandas dan dinding untuk menampal bahan mengajar dahulu. Kerja-kerja seperti penukaran atap dan yang memakan belanja besar akan dbuat selepas ini memandangkan dana yang tidak mencukupi.

Pagi Selasa lepas (16/12) kami mendapat berita gembira, apabila sebuah sekolah sanggup mendermakan meja-meja yang telah rosak kepada kami sebanyak 20 buah. Kira OKlah buat ketika ni. Diharap semua perancangan berjalan lancar

Penulis mengharapkan rakan-rakan sekolah terutama semasa di Asrama Felda (Dr Sham, Pak Ya, Jack, Hj Ramlee dll), UiTM (OKB ANtu Raya, Kitang, Syed Amid dll) dan kenalan-kenalan terus dapat membantu kami. Jika ada bahan bacaan juga boleh disumabngkan kepada kami.

MOHON SUMBANGAN UNTUK PASTI & KELAS MENGAJI AL-QURAN

Dengan rasa rendah hati penulis dengan ini memohon sumbangan dari orangramai bagi membiayai kos penubuhan dan operasi PASTI & KELAS MENGAJI AL-QURAN di FELDA Jenderak Utara, Mentakab Pahang. Pasti ini akan beroperasi pada bulan Jan/2009 ini. Sumbangan amat diperlukan bagi membiayai sebahagian kos pembaikan bangunan yang disewa seperti atap, kayu, simen, cat dan lain-lain lagi. Ianya juga diperlukan untuk membiayai kos alat bantuan mengajar, alatulis dan kos operasi pada peringkat awal. Moga sumbangan tuan/puan sedikit sebanyak dapat meringankan kewangan AJK Pasti FJU dan diberkatiNYA.Untuk maklumat lanjut sila hubungi Saudara Harazian 019-9765 629 @ Suhaimi 019-9218 444 (AKAUN MAYBAK 153038945511)

Cerita Raya Korban

Cerita 1
Semolek-molek sebelum merayakan Idul-Adha, disunatkan berpuasa pada 9 ZULHIJJAH
Kaum muslimin disunatkan berpuasa pada hari ini disebabkan hari ini adalah hari yang dikenali sebagai hari Tarwiyah/PUASA HARI ARAFAH.

Dalil tentang puasa ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, sabda Rasulullah s.a.w :
صوم يوم عرفة يكفر سنتين ماضية ومستقبلة وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
(رواه الجماعة إلا البخاري والترميذي)
Maksudnya :
Puasa hari arafah dapat menghapuskan dosa dua tahun yang telah lepas dan akan datang, dan puasa Assyura menghapuskan dosa setahun yang lepas.

Bulan ini genaplah setahun penulis kembali menetap di Pahang setelah hampir 11 tahun menetap di Kelate. Kami menyambutnya di Kg Seboi Pahang, setelah tiap tahun menyambutnya di Kelate dengan majlis korban. Berikut adalah sebahagian dari foto-foto yang diambil dari surau berdekatan dengan rumah hinggalah ke aktiviti korban. Bab nelapah lembu diserahkan kepada anak-anak sedara saya (Ijan, Ngah dan Atiy) yang mecapai taraf pro sebab mereka ni memang dah mahir kerana bekerja di kampung sebagai pengembala dan penjual lembu.

Cerita 2

Pada hari Selasa(9/12) pula kami sekeluarga berkonvoi ke FELDA Kg Sertik menziarah bapa dan emak saudara (sebelah bapa) penulis. Sempat bertanya khabar dan perihal kesihatan. Unur pun dah melepasi 60 tahun dan masing-masing kini tinggal berdua pulak setalah anak-anak telah berumahtangga bekerja di luar Pahang.

KEWANGAN ISLAM ... TIDAK DIMINATI!

Petang Kamis lepas 4/12/08 saya dijemput ke rumah kenalan Saudara Hj Mat (bekas pegawai kerajaan yang baru pencen sifu dalam bidang perancang bandar) untuk "membomohkan" penyakit komputer anaknya. Setelah ditabur beras kunyit tak sampai 3 minit dah tau jenis antu jembalangnya dan terus didiagnosis yang mungkin memakan masa hampir 45 minit. Jam baru pukul 545 petang dan kami berbual panjang. Saya menceritakan pengalaman pekerjaan saya beliau bertanyakan kepada saya bagaimana melibatkan diri dalam bidang IT, sedangkan saya mempunyai latarbelakang perakaunan. Minat, minat dan minat sebabnya. Banyak benda pasal IT ni, penulis belajar sendiri. Dan satu lagi minat saya adalah berkaitan Kewangan/Ekonomi ISLAM seperti Wakaf, Faraid, Ar-Rahnu, Perakaunan ISLAM dsbnya. Beliau juga menyatakan bidang kesukaannya iaitu Faraid. Maka berborak panjanglah kami.

Sudah melebihi 12 tahun saya menyimpan minat, keazaman dan mencari rakan-rakan yang berminat berkaitan bidang ini. InsyaAllah saya akan fikirkan sesuatu untuk menggerakkan minat dan idea berkaitan kewangan ISLAM ini menjadi realiti(mudah-mudahan dipanjangkan umur).

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Darul Qutni di bawah ini:-

“Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Sabda Rasulallah saw : Hendaklah kamu mempelajari Ilmu Faraid dan ajarkanlah akannya, kerana ia adalah setengah ilmu, ia adalah dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabutkan dari umatku”

Yayasan Pahang... Biayai Pelajar Tahfiz?


Semalam(Rabu 3/12/08) kami sekeluarga telah ke Tanjung Lumpur, Kuantan untuk menghadiri sesi ujian bertulis dan hafazan anak ke-3 (AMMAR) bagi memasuki Maahad Tahfiz Negeri Pahang (lepasan UPSE 2008). Sesi ujian bermula jam 830 selama 1 jam dengan ujian bertulis berkaitan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.

Mankala para ibubapa pula telah dijemput untuk mendengar sesi taklimat berkaitan MTNP ini oleh pegawai bertugas didewan makan. Seramai 396 orang pelajar telah dipanggil untuk menghadairi sessi ujian ini (termasuk perempuan). Hanya seramai 25 orang pelajar sahaja akan dipilih untuk diambil bagi sesi kemasukan 2008 kali ini. Betapa sengitnya persaingan untuk memasuki MTNP untuk kali ini.

Daripada perbincangan dan perbualan penulis dengan ibubapa lain, menunjukkan bahawa kini semakin ramai ibubapa mengambil perhatian terhadap pendidikan anak-anak terutamanya bidang HAFAZAN AL-QURAN yang kini menjadi pilihan no 1. Maahad Tahfiz tumbuh bak cendawan selepas hujan di semerata Malaysia. Kesimpulannya bidang agama menjadi pilihan utama, maka pelajar-pelajar cemerlang lebih berminat memasuki Maahad Tahfiz dan sekolah agama pula, berlainan di zaman penulis dauhulu (era 80an)aliran kebangsaan yang menjadi pilihan.

Sekalung tahniah diucapkan kepada YAYASAN PAHANG kerana merealisasikan kewujudan MTN ini bagi mengeluarkan Profesional yang Hafaz Al-Quran. Dengan keupayaan kewangan yang kukuh pengurusan Yayasan Pahang juga patut memikirkan untuk membiayai juga pelajar-pelajar lain yang mengikuti program TAHFIZ di Maahad Tahfiz persendirian di seluruh negeri Pahang.

Penulis telah menyemak kedudukan kewangan Yayasan Pahang (rujuk www.audit.gov.my/laporan_audit/negeri_files/BM/Laporan_KAN/Pdf_Negeri/Laporan/pahang_2000/PAHANG%206.doc) menunjukkan YP mempunyai lebihan melebihi 20juta. Wang sebanyak ini akan dapat membantu dan memberi galakan kepada para hafazan untuk lebih menekuni hafazan mereka. Bukan semua ibubapa berkeupayaan untuk membayar kos pendidikan di Tahfiz tetapi dek kerana semangat dan bercita-cita tinggi untuk mewarisi dan mendalami ilmu Al-Quran maka kesempitan kewangan diketepikan. Contohnya pihak YP patut memberi elaun sebanyak RM50/bulan, itupun dikira mencukupi sebagai permulaan. Buat masa kini YP hanya memberi biasiswa dan insentif pendidikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dan tidak kepada para Hafiz. Ini amatlah malang sekali kerana kerana mereka inilah "ARKITEK MANUSIA". Diharapkan pihak pengurusan YP mengambilkira pandangan ini demi "Ketuanan Al-Quran".

Mentakab-Ketereh (Kelantan) & Pontian(Johor) - Dirikanlah Solat







Perjalanan 1(Mentakab-Ketereh)
Pada minggu lepas (22/11/08) Penulis ke Ketereh Kelantan atas urusan pekerjaan. Menaiki keretapi sebagai pengangkutan yang popular untuk golongan berpendapatan rendah.Perjalanan bermula dari jam 12.45 tengahari dan sampai jam 10.00 malam(ikut jadual sebenar 11.45 pagi - 8.15 malam). Penulis disambut oleh anak saudara bernama Mohd Hafiz dan pada malam tersebut menginap dirumahnya. Hujan turun berterusan semenjak dari Bandar Kuala Krai lagi. Pada pandangan peribadi penulis Hafiz adalah betul-betul seorang 'Profesional" yang sepatutnya ditonjolkan sebagai idola anak-anak muda masa kini dan bukannya Mawi,Nabil atau Aznil. Baru berusia 20'an masih bujang dan beliau pekerja pada waktu siangnya sebagai kerani tapak pembinaan manakala malamnya adalah seorang Ustaz yang mengajar kanak-kanak mengaji dan menghafaz Al-Quran. Berapa ramai anak-anak muda sepertinya di Malaysia buat masa kini?

Perjalanan 2 (Mentakab - Johor Bharu - Pontian)

Manakala pada 27/11/08 pula penulis menghala ke selatan tanahair iaitu ke Bandar Pontian, juga menaiki keretapi. Kali ini penulis membawa anak lelaki yang berusia 14 tahun(AMIN) bersama-sama. Bertolak dari Mentakab 1.45 petang dan sampai di Johor Bharu 7.50 petang. Ini adalah kunjungan kali ke -2 semenjak tahun 1990. Terlalu banyak perubahan infrstruktur bandar dan manusia sendiri. Kami menaiki bas di lokasi yang tak diketahui dan menuju ke steysen bas Larkin. Jam 8.00 malam menaiki bas Maju pula Pontian dan sampai destinasi jam 9.20 malam. Terima kasih kepada adik XX, pemandu bas Maju Express JB-Pontian, pemandu bas Skudai-Kulai (6.00 pagi 28/11/08)dan MR.Y (seorang India) yang memberi petunjuk maklumat jalan dan arah.

Dari kedua-dua perjalanan ini penulis mendapati ramai dari penumpang keretapi telah mengabaikan solat iaitu hampir 99% terutamanya untuk perjalanan jauh dn jangkaan ini buat di gerabak saya sahaja. Dari yang sudah baligh sehinggalah yang berusia emas. Sedangkan ISLAM telah memudahkan umatnya yang bermusafir dengan bersolat secara JAMAK & QASAR. Perkara ini amat malang sekali dan berlaku kepada umat Muhammad akhir zaman . Marilah kita sama-sama mengajak, menyuruh, menegur dan berdoa agar semua kita yang mengaku dirinya sebagai MUSLIM agar bersolat.

Berikut adalah petikan KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW YANG KITA SAYANGI di Lembah Uranah, Gunung Arafah, berhampiran kota Makkah pada 9 Zulhijah tahun ke-10 Hijrah :-

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kataku dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun supaya orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah mengharamkan riba, justeru, segala urusan membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia (syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Jika mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layani wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasa pada Ramadan dan tunaikan zakat daripada harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'ibadat haji' jika kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia daripada yang lain kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan. "Oleh itu, awasilah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas kewafatanku. Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepas aku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kataku yang sudah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah al-Quran dan sunnahku, hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga orang yang terakhir lebih memahami kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya sudah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-Mu."

Semoga pesanan dan kata-kata terakhir ini dapat dihayati oleh seluruh umat Baginda sebagai panduan serta pedoman dalam menempuh liku kehidupan ini.

Pekan - Pengalamanku






Pada 20/11/08 lalu kami sekeluarga telah ke Pekan Pahang untuk menghadri temuduga anak ketiga saya AMMAR di Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pahang. Bertolak dari rumah pukul 1015 pagi dan sampai di Kuantan jam 1145 pagi. Hanya saya yang pernah sampai di Bandar Pekan itupun semasa belajar di UiTM Pahang tahun 1985 dahulu. Semaa itu saya dan rakan-rakan lain akan ke rumah APAMZ. Selamat berniaga diucapkan kepada APAMZ serta tahniah kerana baru mendapat anak yang ke...

Kami menggunakan jalan dari Tanjung Lumpur untuk ke Pekan, ini adalah kerana temuduga dan ujian bertulis hanya akan diadakan pukul 2.00 petang. Kami sempat singgah di Pantai Kg Sepat yang baru dibangunkan. Kawasan tersebut masih belum terusik lagi, dan dengan keadaan pantai yang bersih amat sesuai untuk dibawa keluarga bersantai di sini. Keadaannya jalannya yang landai dan pemandangan seperti melalui jalan di Penarik, Setiu Terengganu. Bandarnya kecil dan terletak di tebing sungai.

Pukul 2.00 petang, selesai solat Zohor di Masjid Kg Padang Polo kami terus ke Maahad Tahfiz. Telah ramai menanti disana dan satu sesi penerangan telah diadakan kepada ibubapa. Menurut pegawai bertugas bilangan pelajar yang terpilh untuk sesi ujian kali ini hampir 120 orang dan hanya 20 orang sahaja akan dipilih. Kini semakin ramai ibubapa yang menghantar anak-anak untuk menghafaz Al-Quran. Kebanyakannya memperolehi 4A dan 5A dalam UPSR 2008 lalu.

Diharapkan roh ingin membentuk generasi Al-Quran terus subur dan bertambah demi menghadapi keadaan sosial yang terlalu kalut di Malaysia ketika ini.

Moga DirahmatiNYA

Salam sejahtera. Blog ini adalah sebagai melakar pengalaman, idea, kenangan untuk dikongsi bersama-sama pembaca sekelian. Diharap ini dapat mengasah bakat penulisan saya yang telah lama ditinggalkan semenjak alam persekolahan lagi.

Nama blog telah lama diwujudkan tetapi memandangkan masa yang terhad dan konsep yang cuba ingin diperkenalkan maka ianya lambat berada di alam siber. AMBILPEDULI dipilih kerana ianya adalah berkaitan dengan diri saya dan semua kita sebagai makhluk ciptaanNYA yang perlu ambil peduli ke atas semua tindakan dan amalan harian kita. Moga ianya memberi manfaat.