Pekan - Pengalamanku
Pada 20/11/08 lalu kami sekeluarga telah ke Pekan Pahang untuk menghadri temuduga anak ketiga saya AMMAR di Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pahang. Bertolak dari rumah pukul 1015 pagi dan sampai di Kuantan jam 1145 pagi. Hanya saya yang pernah sampai di Bandar Pekan itupun semasa belajar di UiTM Pahang tahun 1985 dahulu. Semaa itu saya dan rakan-rakan lain akan ke rumah APAMZ. Selamat berniaga diucapkan kepada APAMZ serta tahniah kerana baru mendapat anak yang ke...
Kami menggunakan jalan dari Tanjung Lumpur untuk ke Pekan, ini adalah kerana temuduga dan ujian bertulis hanya akan diadakan pukul 2.00 petang. Kami sempat singgah di Pantai Kg Sepat yang baru dibangunkan. Kawasan tersebut masih belum terusik lagi, dan dengan keadaan pantai yang bersih amat sesuai untuk dibawa keluarga bersantai di sini. Keadaannya jalannya yang landai dan pemandangan seperti melalui jalan di Penarik, Setiu Terengganu. Bandarnya kecil dan terletak di tebing sungai.
Pukul 2.00 petang, selesai solat Zohor di Masjid Kg Padang Polo kami terus ke Maahad Tahfiz. Telah ramai menanti disana dan satu sesi penerangan telah diadakan kepada ibubapa. Menurut pegawai bertugas bilangan pelajar yang terpilh untuk sesi ujian kali ini hampir 120 orang dan hanya 20 orang sahaja akan dipilih. Kini semakin ramai ibubapa yang menghantar anak-anak untuk menghafaz Al-Quran. Kebanyakannya memperolehi 4A dan 5A dalam UPSR 2008 lalu.
Diharapkan roh ingin membentuk generasi Al-Quran terus subur dan bertambah demi menghadapi keadaan sosial yang terlalu kalut di Malaysia ketika ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Mie, anak ke 3 daa... tima kasih dan tahniah atas kewujudan blog ni.
Rumah yang di pekan tu dah tak wujud lagi dah sekarang, ianya telah dirobohkan & tapaknya sekarang telah dibina kedai2. Banyak kenangan aku kat rumah tu, antaranya majlis menyambut menantu perkahwinan aku & miza pada 1/11/1992
Moga anak ngkau dapat masuk ke maahad tahfiz
Post a Comment