EKONOMI MERUDUM - PENEROKA FELDA PANIK
Akibat dari bahang ekonomi yang semakin tidak menentu, ramai diantara kita tidak menyedari bahawa peneroka FELDA juga merasa tempiasnya. Tetapi kalau dilihat di dada akhbar perdana mahupun elektronik tiada berita yang jelas berkaitan kesan ekonomi kepada warga FELDA. Apa yang dipaparkan adalah bahawa ramai peneroka mempunyai rumah, kenderaan dan kehidupan yang senang-lenang. Apatah lagi dengan lonjakan kenaikan harga komoditi seperti sawit dan getah baru-baru ini sentiasa diratibkan di akhabar perdana.
Kini harga komoditi tersebut telahpun menurun secara drastik, contohnya harga untuk minggu ini adalah pada sekitar RM1.70 - RM1.80/kg untuk getah (sebelum ini RM5/kg) dan RM270 - RM300/tan pula untuk sawit (sebelum ini RM750/tan). Maka tiada lagi berita harga komoditi di akhbar, sepertimana harga minyak yang sekarang ini berlegar sekitar USD38.00/tong. (Yang baik Ok, kurang baik dan menjejaskan talian hayat politik AMENO, jangan sebarkan)
Penulis adalah seorang anak peneroka dan juga mempunyai pelaburan dalam Koperasi Permodalan FELDA Berhad (KPF)yang dianggotai oleh peneroka, anak-anak peneroka, Koperasi rancangan FELDA dan kakitangan FELDA sendiri.
Kini ianya menjadi keresahan. serabut dan huru-hara disebabkan jualan panik para pelabur untuk melepaskan pegangan mereka. Masing-masing ingin menjual saham dan keributan ini bermula pada awal Februari lalu lagi. Penulis sendiri telah pergi ke ibupejabat KPF di Kuala Lumpur pada Isnin (16/02) lalu untuk berbuat demikian tetapi dengan jumlah pelabur yang ramai berkerumun seperti mengadakan demontrasi di Perak pulak, menyebabkan hasrat tersebut terpaksa ditunda.(Sebelum ini boleh dijual di rancangan sahaja). Peneroka-peneroka ini memberitahu bimbang dengan keadaan ekonomi sekarang terutamanya dengan harga komoditi yang semakin menjunam dan juga keributan serta kekalutan politik di Semenanjung terutamanya di Perak yang kini mula berjangkit di Kedah dan Selangor pulak.
Apa yang dihairankan, sehingga kini tiada ulasan mahupun komen-komen dari Pak Jeeb bakal PM berkaitan isu ini. Begitu juga pengurusan KPF sendiri. Mungkin bagi beliau apalah sangat peneroka FELDA ni lantak kaulah... sedangkan golongan peneroka FELDA nilah yang memenangkan puak AMENO semasa PRU12 lalu.
--------------------------------------------------------------------------
Nota : (Dari Penyata tahunan 2006 Koperasi Permodalan FELDA)
%. Pegangan saham peneroka 58.35% (156,111 anggota bernilai RM550juta)
2. Pegangan koperasi badan peneroka 15% (1,826 anggota bernilai RM145juta)
MODAL SYER ANGOTA RM940juta
--------------------------------------------------------------------------
Ataupun adakah wujudnya komplot-komplot untuk menyebarkan khabar angin supaya peneroka-peneroka ini menjual saham mereka bagi memudahkan misi Pak Jeeb meneruskan idea Mantan PM lalu agar FELDA dikorporatkan?? Jika ini benar maka meloponglah peneroka kerana kemungkinan pegangan majoriti KPF akan merosot dan dimiliki oleh golongan AMENOPutra dan seangkatan dengannya sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment