Selamat Menyambut 1430 Hijrah


InsyALLAH, esok 29/12/ melepasi waktu Maghrib umat ISLAM akan menyambut tahun baru 1430 Hijriah. Ini menandakan umur kita yang semakin meningkat saban tahun dan jangkahayat(tarikh lupus) pula makin hampir. Tadi selepas Maghrib, penulis menghadiri kuliah yang disampaikan oleh Ustaz WAHID ABD GHAFFAR disurau yang berhampiran rumah.

Antara intipati kuliah beliau ialah :-

1. Tahun Hijriah adalah berdasarkan bulan manakala Tahun Masihi pula adalah berdasarkan matahari.
2. Berasaskan pengiraan tahun mula Nabi Muhammad berhijriah dari Mekah ke Madinah ketiaka berusia 50 tahun.
3. Mula dicetus dan dipraktikkan atas usaha Saidina Umar Al-Khatabb selepas 12 tahun kewafatan Nabi.
4. Perbezaan 11 hari setiap tahun dari Tahun Masihi dan akan diambut pada tarikh yang hampir sama setiap 33 tahun. Contohnya pada tahun Hijrah 1430 ini akan disambut pada tarikh hampir sama dengan tahun masihi 2009 (beza 4 hari)
5. Bulan hanya dapat dilhat dari 3 - 27hb sahaja setiap bulan
6. Manakala setiap bangsa mempunyai tahunnya tersendiri seperti bangsa Yahudi pada tahun ini adalah bersamaan tahun 5769 mereka

Sama-samalah kita menginsafi jejak-jejak 1429H yang ditinggalkan lalu dan beriltizam agar 1430H ini akan memacu semangat, harapan, tekad dan amalan ibadat ke arah yang lebih baik dan sempurna mengikut ruanglingkup ISLAM.

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
Petikan dari... www.darulnuman.com

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Maksud Doa Awal Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

0 comments:

Post a Comment