Petang Kamis lepas 4/12/08 saya dijemput ke rumah kenalan Saudara Hj Mat (bekas pegawai kerajaan yang baru pencen sifu dalam bidang perancang bandar) untuk "membomohkan" penyakit komputer anaknya. Setelah ditabur beras kunyit tak sampai 3 minit dah tau jenis antu jembalangnya dan terus didiagnosis yang mungkin memakan masa hampir 45 minit. Jam baru pukul 545 petang dan kami berbual panjang. Saya menceritakan pengalaman pekerjaan saya beliau bertanyakan kepada saya bagaimana melibatkan diri dalam bidang IT, sedangkan saya mempunyai latarbelakang perakaunan. Minat, minat dan minat sebabnya. Banyak benda pasal IT ni, penulis belajar sendiri. Dan satu lagi minat saya adalah berkaitan Kewangan/Ekonomi ISLAM seperti Wakaf, Faraid, Ar-Rahnu, Perakaunan ISLAM dsbnya. Beliau juga menyatakan bidang kesukaannya iaitu Faraid. Maka berborak panjanglah kami.
Sudah melebihi 12 tahun saya menyimpan minat, keazaman dan mencari rakan-rakan yang berminat berkaitan bidang ini. InsyaAllah saya akan fikirkan sesuatu untuk menggerakkan minat dan idea berkaitan kewangan ISLAM ini menjadi realiti(mudah-mudahan dipanjangkan umur).
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Darul Qutni di bawah ini:-
“Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Sabda Rasulallah saw : Hendaklah kamu mempelajari Ilmu Faraid dan ajarkanlah akannya, kerana ia adalah setengah ilmu, ia adalah dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabutkan dari umatku”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment