Semalam(Rabu 3/12/08) kami sekeluarga telah ke Tanjung Lumpur, Kuantan untuk menghadiri sesi ujian bertulis dan hafazan anak ke-3 (AMMAR) bagi memasuki Maahad Tahfiz Negeri Pahang (lepasan UPSE 2008). Sesi ujian bermula jam 830 selama 1 jam dengan ujian bertulis berkaitan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
Mankala para ibubapa pula telah dijemput untuk mendengar sesi taklimat berkaitan MTNP ini oleh pegawai bertugas didewan makan. Seramai 396 orang pelajar telah dipanggil untuk menghadairi sessi ujian ini (termasuk perempuan). Hanya seramai 25 orang pelajar sahaja akan dipilih untuk diambil bagi sesi kemasukan 2008 kali ini. Betapa sengitnya persaingan untuk memasuki MTNP untuk kali ini.
Daripada perbincangan dan perbualan penulis dengan ibubapa lain, menunjukkan bahawa kini semakin ramai ibubapa mengambil perhatian terhadap pendidikan anak-anak terutamanya bidang HAFAZAN AL-QURAN yang kini menjadi pilihan no 1. Maahad Tahfiz tumbuh bak cendawan selepas hujan di semerata Malaysia. Kesimpulannya bidang agama menjadi pilihan utama, maka pelajar-pelajar cemerlang lebih berminat memasuki Maahad Tahfiz dan sekolah agama pula, berlainan di zaman penulis dauhulu (era 80an)aliran kebangsaan yang menjadi pilihan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada YAYASAN PAHANG kerana merealisasikan kewujudan MTN ini bagi mengeluarkan Profesional yang Hafaz Al-Quran. Dengan keupayaan kewangan yang kukuh pengurusan Yayasan Pahang juga patut memikirkan untuk membiayai juga pelajar-pelajar lain yang mengikuti program TAHFIZ di Maahad Tahfiz persendirian di seluruh negeri Pahang.

0 comments:
Post a Comment