ANAK VS FELDA -ANak Peneroka 'LAPAR' Tanah


Malam ni banyak pulak idea aku nak menulis. Ini masuk kali ke-4 aku buat cerita. Tengok statistik kat atas, mak oii..punya la luas tanah FELDA...

FELDA ditubuhkan pada tahun 1956. Yang aku heran takde pun Mentri ke atau wakil rakyat yang bercakap kat Parlimen@Sidang DUN pasal apa-apa cadangan bagi menempatkan anak-anak peneroka di tanah rancangan. Kalu cakap pun masa nak pilihanraya lepas tu senyap. Sibuk nak promo FELDA akan ladang sawit kat Brazil la, buka Hotel la.. Dasar pembangunan FELDA kini dah menyimpang jauh ... Nampak pembangunan material je. Kebajikan untuk rakyat hampeh...

Contohnya kat Pahang nih.. tanah FELDA luas, bagi la sikit kat anak peneroka, tau nak gomo sorang je. Kalu bapaknye meninggal anak pulak ada 7 orang, berebut atas 10 ekar le. Lu fikirlah sendiri...

Kalu tak silap aku tahun 80an dulu ada jugak le FELDA bagi tanah & rumah kat anak-anak peneroka tapi yang dapatnya pun faham jelah. Member aku pun dapat, dia bukan anak peneroka je cuma keja dengan sedara dia kat rancangan. Kalau tak percaya pegi la siasat sendiri. Woii!!! kamipun nak tanah jugak ... Majlis Belia FELDA buat ape?.... YB Wan Salman buat ape?.


Macam slogan NAJIB kata '1 Malaysia, Rakyat diutamakan...' Kalu betul nak diutamakan, mulakan di Pahang dulu tempat asalnye PM BN tu.. Dealt elok-elok dengan ADNAN dan FELDA. Okey sekarang lu FELDA kena buka dan bagi tanah-tanah terutamanya lot-lot ksong dirancangan kat anak-anak peneroka. Bayar pun takpela... jangan mahal sangat udah le.... mana nak cekau duit, keja pn ambik upah memotong, cop buah, meracun.. tu je...

Bila bagi kat rakyat kerajaan negeripun dapat duit la bang. Bayaran ukur la, premium la, pecah semapadan la dan jugak cukai tanah tahunan. Ini pun YB UMNO tak boleh fikir. Bayangkan kalu kat Pahang FELDA luluskan untuk 10,000 lot. Cukai tanah kata RM100@setahun . Jadi kerajaan negeri dapatlah 5juta dah setahun. Tak la sesak sangat kerajaan negeri Pahang nih... Aku pun tak reti la... taraf macam akupun boleh fikir. Baru betul macam NAJIB kata 'rakyat diutamakan'....

Tolong Sembahyang Awal-awal


Ramai diantara kita selalu melewat-lewatkan waktu solat sehingga penghujung waktu. Tak kira la tua@muda tak terkecuali. AKu dulupun macam tu jugak..suka sangat melewatkan-lewatkan waktu, sedangkan lagi lambat lagi berkurang 'pahalanya'. Jadi bersegeralah kerana dalam sehari tak kurang 75 kali Malaikat Maut menghampiri kita untuk mencabut nyawa, bayangkan ketika itu kita masih belum bersolat. Kat sini aku kutip sikit ulasan dari blog lain. Jadi aku sebarkan kepada kekawan semua. Mungkin masih menunaikan solat tapi payah nak bersolat pada awal waktu. Sibuk-sibukkanlah masa untuk akhirat, sibuk kat dunia ni no 2..

Sebuah kitab ada menceritakan azab seksaan kubur mengenai seorang soleh yang mengebumikan mayat abangnya. Ketika menimbuskan mayat itu, entah bagaimana dompetnya terjatuh dan tertimbus. Selepas pulang ke rumah, baru dia sedar mengenai kehilangan dompetnya. Lalu dia kembali ke kubur dan menggalinya semula. Selepas digali, dia terperanjat melihat api menyala di dalam kubur abangnya, lantas ditimbus semula kubur itu dan pulang ke rumah. Dia menceritakan kejadian itu kepada ibunya, kemudian bertanya:

“Wahai ibu, apakah yang dibuat oleh abangku hingga kuburnya ada api?“
Kata ibunya: “Mengapa kamu bertanya begitu?“

Sebaik selesai dia menceritakan kejadian yang berlaku di kubur abangnya, ibunya menangis sambil berkata: “Abangmu selalu meringan-ringankan solat dan melambat-lambatkan waktunya.”

Kalau orang yang melambatkan solat akan mengalami hal seperti itu, bayangkan bagaimana orang yang tidak bersolat sama sekali

dari http://fahmidusuki.blog.friendster.com

HP Berbunyi

Baru kejap tadi kawan lama rakan sekelas kat ITM Sedara Zainordin call aku lebih kurang dekat pukul 7. Berminat nak sumbang dalam 1K ke 2K untuk Az-Zahra'. Banyak tu, jadi aku ucapkan terima kasih la..Dia dok kat Temerloh Jaya je tapi jarang jumpa sebab dia keja Maybank KL. Kepada kekawan yang lain bila lagi?. Lepas program jamuan amal nih pun kau orang boleh bank-in kan ke akaun aku.. Buatlah simpanan diakhirat nanti nak cocok kat ATM di padang Mashsyar dengan ape? Jadi buatlah untuk akhirat jugak.

SIndrom "TaKUT"


APA dia sindrom 'takut'... Pernahkah alami sindrom ini?. Aku dulu pernah kena sindrom takut jugak. Sindrom takut pada "Computer Application". Komputer nih aku kenal dan guna pada tahun 86' lagi, masa tu guna Disket 5' jenis liut tu, kena hujan out... Naik bas Kuantan Town bawa kehulu kehilir disket.. Yelah masa tu komputer pun mahal. Tupun guna DOS. Sebenarnya aku bukan student komputerpun, cuma kat ITM dulu aku ambik Accounting tapi semester 3 dah kena belajar komputer. Orait jugaklah dapat A memanjang.

Sekarang ni, aku masih lagi berurusan dan karier pulak berkaitan komputer cuma s ebagai "project consultant" saje. Pengalaman aku dalam bidang perakaunan seperti audit, cukai dan pelaburan banyak membantu..

Oh ya lupa pulak. Kita cerita pasal 'takut'. Aku pernah keja tempat pemaju perumahan yang menggunakan Aplikasi untuk Pemaju Perumahan.Bimbang sangat nak usik aplikasi tu takut-takut tersaLah masuk data ke, jadi sebulan dua jugaklah aku tak key-in data. Takuttt....Last-last bosss suruh jugak. Tak tahan kena sound buatlah jugak sikit-sikit, mula-mula tu rasa panik jugak... tak sampai seminggu bukan setakat key-in data, abis aku try dan buka database sistem. Dok kejap jem.. 1 minggu server rosak dan data dah lari... Padan muka boss. Sejak hari tu, hilanglah pobia aku kat sistem tu.

"Takut" atau pobia nih semua orang ada termasuklah juga, kerajaan yang memerintah Malaysia hari ini. BN takut dengan 'kecerdikan' rakyat dan juga limpahan infomasi. Begitulah yang terjadi dalam PRU12 dan PRK baru-baru ini. Bila rakyat dah cerdik dan limpahan maklumat dihujung jari maka semakin hari semakin tertekan BN dan bertambahlah sifat ketakutan mereka. Sebab utamanya mereka takut adalah disebabkan mereka banyak melakukan kerosakan seperti rasuah dan sebagainya.

Lain-lain takut..

nak Buat APe?


Hari ni hari Ahad.. Kat Kelate dan Ganu hari ni dah mula keja. Aku dok kat Pahang so cutilah..

Senarai aktiviti hari AhaD (bujang/kahwin)
1. Bangun tido lewat.. kalu sempat SUBUH OK. tak sempat KO
2. Cuci kain baju banyak-banyak
3. Dobi kereta
4. Meeting@Dating
5. Ronda-ronda@melepak.... shopping
6. Ziarah mak ayah@anak-anak
7. Makan free@kenduri
8. Servis kereta
9. Nak masak menu baru
10. Pegi rumah no 2,3 @ 4
11. Tanam pokok/siram/bubuh baja @ Masuk kebun
12. Kemas satu rumah
13. Salin cadar, selimut, sarung kusyen, susun cawan@pinggan baru beli .. dll ni keja pompuan
14. Pegi dengar Kuliah AHad

Tapi kalu ikut ranking .. no 1 jadi pilihannya. Terutamanya masa zaman belajar-belajar dan tinggal di asrama dulu. Kalu hari Jumaat lepas, solat, berebut makan kat kantin menu pulak cantik + tembikai 3/4 potong...lepas tu kenyang giler, masuk dorm,pasang kipas, letak beg, sangkut baju@dengan uniform skolah skali(biasanya baju melayu), cabut spek dulu(aku pakai spek lah..), tepuk bantal skali 2, letak kepala slow-slow, nyamannye....hari pulak hujan emmmmm...sampai terbabas tak pegi kelas prep petang, lepas tu kena ambush dek Che Faiz@Ustaz pulak..

Kenapa budak asrama nih, suka sangat tido? Anak aku 2 orang tu, ambil je dia orang kat asrama naik kereta tak sampai 5 minit dah lelap...kroh, kroh...

Kaitan bantal dan tido..
1 - Peluk bantal - tak cukup kasih sayang
2 - Guna banyak bantal - Kurang kenyakinan dan tamak.
3 - Tidur Dengan Satu Bantal - Cukup ape yang ada
4 - Bantal bawah baki - jaga kesihatan
5 - Tidur takde bantal - tak cerewet
6 - Bantal bawah dada@muka - ada penyakit lelah
7 - Tiada bantal kat rumah - miskin.. ambik duit, pergi kedai belilah satu!!

aKU kutip dari blog lain dan OLah semula he..he..he)

Semalam JUMAAt , hari ni Sabtu



Aku pun tak tau nak bagi tajuk apa posting hari ni...Semalam aku dah keluar rumah 7 pagi lagi sarat dengan macam-macam agenda.

7.10 Anta anak yang Sekolah Menengah (Arab)
7.15 Anta anak kat PASTI dan wife aku skali Ustazah Zainun. Dapat Ustazah ni untung banyak aku, banyak la job-job yg didelegate kat dia. AKu bersyukur sangat dapat tacke Ustazah ni dan dah jadi wife aku pulak. Bukan senang nak dapat Ustazah wooo... aku ni tittle lebai pun takde.. Dia tak la mengaji tinggi...
7.30 tukar profesion jadi tukang kebun pulak kat PASTI... seperti biasa pagi-pagi sapu sampah, kutip kayu-kayu dan susun meja budak-budak nak belajar dan mengaji kejap lagi dalam pukul 8.30
7.45 Tukar jadi cameraman pulak, ambik gambar-gambar untuk buat Multimedia untuk Jamuan AMal nanti..
8.15 Pekena roti canai bersama wartawan SIASAH... sembang sikit-sikit apa berita menarik pasal kabinet & cerita-cerita ahli politik kat Pahang.. "Roti dan air kosong 1 bang". Itu je aku ode bila budak restoran tu tanya. Roti dia okey sebab kurang minyak dan lembut...Boleh pekena kat Restoran SetiaRasa Taman Temerloh Jaya..
8.40 Balik rumah kejab update blog dan bersiap nak ke Masjid
9.15 dah kat Masjid Batu 1. Kebanyakan pendengarnya dah berumur,berpangkat DATO' belaka dan pencen macam aku, rambut dah kaler putih, akupun ada juga sikit-sikit la. Tak kurang dari 160 orang jugak la pendengarnya.. Kalau yang muda biasanya uztaz-ustaz ataupun yang kerja sendiri. Pagi ni aku kena jumpa penceramah sendiri iaitu Tuan Guru Mohd Baqi (Bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang). Sekarang jawatan ni disandang oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Aku sambut dia dan bersalam masa dia baru naik pintu masjid. Chat sikit-sikit, lepas tu dia ambil tempat nak mula kuliah. Kuliah bermula 940. Tajuk hari ni pasal HAJI bermula dengan rukun Haji. Lepas 30 minit mata dah layu, kacau sungguh tak boleh tahan wooo... last-last kejap dengar dia cakap jauh-jauh ja.. Cuma aku sempat ambik sikit la, statement dia yang aku rasa penting iaitu berkaitan SELAWAT kepada Nabi Muhammad SAW. Antara kelebihan selawat ialah boleh terlepas dari siksaan kubur

" Kisahnya ada seorang ibu yang bermimpi bahawa anaknya yang telah meninggal merayu kesakitan kerana sedang di siksa di alam kubur. Maka si ibu itu berjumpalah seorang yang alim kalau tak silap bernama Hasan Basri dan minta tolong mana tau dapat dikurang ke siksaan atau macam mana nak bantu anaknya tersebut(masa ni aku tengah ngantuk, sori la kalau salah)..Hasan Basripun berkata dia tak boleh buat apa-apa. Wanita tu balik kerumahnya dan selang tak berapa lama kemudian. Wanita tu berjumpa lagi dengan Hasan basri ni. Maka berceritalah Hasan Basri bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan seorang pemuda yang kini berada di syurga dalam keadaan bergembira.. Pemuda/budak tu tegur dia, aku tak kenal hang? Budak tu kata dialah anak kepada perempuan tua tempohari yang mengadu tentang dirinya disiksa di alam kubur. Aik macam mana boleh lepas sini pulak. Dia pun bagitau memang dulu dia disiksa di dalam kubur bersama-sama dengan 80 wanita-wanita yang derhaka.. tak lama kemudian lalu lah seseorang di kawasan kubur tersebut dan berselawat keatas Nabi Muhammad SAW dan kemudian disedekah kepada kami. Dengan cara itu lah kami terlepas dari siksaan kubur tu.."

Maaf la kalau cerita ni atau nama tu salah sebab masa tu aku tengah terhangguk-hangguk dan hentam tulis je.. kalau ada cerita yang sebenarnya emailkan cerita tu kat aku..

11.30 Kuliah pun tamat

Kesimpulannya rajin-rajinlah berselawat sekurang-kurangnya 100X sehari, semolek-moleknya sebelum tido.. bukan payah pun..

Jadikan Nabi Muhammad SAW idola kita. Jangan dok kata kata macam-macam kat Sunnah Nabi lagi haru..


BERI-LAh SumBangan


Kepada sahabat-sahabat.. dimohon agar dapat memberikan sedikit sumbangan kepada Tabung Pembangunan PASTI AZ-ZHRA' Taman Temerloh Jaya Pahang. PAZ mengadakan program Jamual Makan AMAL. Kepada yang tinggal berdekatan harap dapat membeli kopun jamuan amal ini dengan harga dari RM20 - RM100. Dan kepada yang tinggal diluar kawasan Temerloh, mohon jugak agar membuat sumbangan dalam bentuk wang ringgit.

Segala sumbangan anda diucapkan terima kasih. Jika dah bank-in duit tu sila SMS ke Ustazah Zainun 013 9144 234

No Akaun : 153038945511 Maybank
Info lanjut htp://pastiaz-zahra.blogspot.com

JUmAAT Yang BAROKAH


Sempena hari Jumaat ni aku cedok dari blog-blog lain sebagai isian peringatan kepada semua sahabat. Hari Jumat ni untuk aku hari OFF semasa kat Kelantan lagi dan masa nilah aku pegi dengar kuliah (cari ilmu akhirat la...). Kejap lagi pun pukul 915 ada kuliah kat Masjid Batu 1 Temerloh oleh Tuan Guru Mohd Baqi, jadi 5 minit lagi akau kena gerak. Hari Jumaaat banyak pahalanye beb... dan banyak pulak dosanya kalau tak kena gaya. Semua aktiviti yang menjurus kebaikan akan beroleh pahala yang lebih besar pada hari ni berbanding hari lain. Tu yang sepatutnya kerjaaan pusat dan lain-lain negeri patut bagi cuti pada hari Jumaat macam Kelantan...

Kalau tak silap, aku pernah hadiri satu kuliah Ustaz tu kata kalau kita buat kebaikan, InsyALLAH beroleh pahala berganda pada hari Jumaaat, tapi kalau buat kemaksiatan pun beroleh bergantang-gantang pulak dosanya. Yang ni aku tengah cari hadis lagi...Tapi tak pe sebagai peringatan ambil yang eloklah, buat banyak-banyak kebaikan.

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pada malam itu. Dan Aku terbaca kat satu blog tu kalau dengan pergaulan suami isteri maka akan bertempiaranlah hatta sampai boleh membunuh setan-setan. Maka rajin-rajinlah bunuh setan pada malam Jumaaat. Bawak la senjata apa yang patut nak begi berperang katakan...

Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat. Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.

Selawat
Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku
Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.
http://hasrulmuin.blogspot.com

LAGU WaRiSAN - nOSTALGIA lama


Lagu Warisan

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang


Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan Gagah Di Nusantara

Lirik oleh:
Tan Sri Nordin Bin Kardi
Naib Canselor UUM



Pagi ni aku teringat nak cari info pasal lagu WARISAN...

Ini sebahagian lagu warisan yang aku selalu nyaNyi semasa perbarisan pagi Sabtu dan kalau ada apa-apa program kat AFKL. Yang buat lagu ni pun masih idup, dan bila tengok balik Bahas dengan ANuar Ibrahim VS Sabery Chek, ada juga TNC tahap budak sekolah..... Tu lah lantik TNC ikut suka hati.

Aku amat tak suka lagu ni, boring dan malu nak nyanyi.. tak dak roh ISLAM langsung. AMat 'Racist'.. sory la kepada yang masih suka lagu ni. MELAYU tak kemana kalau tak dak ISLAM. Kecemerlangan kerajaaan MELAKA dulupun disebabkan oleh ISLAMNYA pemerintah ketika itu. Berapa agaknya nilai MELAYU disisi ALLAH Taala.. Kalau tak dak iman dan takwa jangan haraplah. Bawa KP ada tulis MELAYU dan Parti KERIS boleh jalanlah...

Macam rangkap ke 2 tu.. 'akibat sengketa sesamalah kita'.. ni macam cerita PAS berlawan dengam UMNO je.. Tapi kenalah study dulu sebab ape jadi macam tu. Satu nak jaga ISLAM satu lagi nak juga ISLAM tapi tak seluruhnya terutama Syariah. Kewangan ISLAM boleh terima pulak...sebab boleh dapat untung (fikir dunia je).

Cuma aku nak bagi tau hangpa sikit :-

umur kita kat dunia katakan 65 tahun...
tapi masa kita kat alam kubur + padang Mashyar.... tak tau berapa???
(ayat ni Pak Ya bagi...)

Jadi lebih baiklah pakat-pakat sokong dan laksanakan ISLAM seluruhnya. Fikirkan...
(Minta kekawan komen sikit pasal lagu nih...)



(CARI SENDIRI LA MUKA AKU... KALU JUMPA OKEYLA..)

NIZAR - Dulu MB .. la MP


Gambar dari harakahdaiy.net

Tahniah diucapkan kepada DS NIZAR atas kemenangan dalam PRK Bukit Gantang. Apa yang aku nak ulas kat sini bahawa DS NIZAR dah naik satu takuk lagi sebagai MP pulak macam LGE, DKI dan juga TGHH. Akan berdepan dengan MP-MP BN dalam Parlimen yang dok kata macam-macam pasal 'Sembah Derhaka'. Kini jalan terbaik untuk DS NIZAR bagi menerangkan perihal sebenar kat Parlimen. Juga akan bertemu mata dengan PM baru yang mengetuai 'rampasan kuasa' dan mencetuskan krisis perlembagaan negeri di Perak.

DS NIZAR kini adalah satu ikon politik baru di Malaysia kerana keupayaannya meraih sokongan daripada pelbagai kaum. Karier politik DS NIZAR yang begitu cepat naik akan diuji diperingkat nasional pula. Mungkin 5 tahun lagi akan jadi PM kot...

PRK 2 BUkIT - Jawatan Penasihat PM Masih Kosong


Namapaknya permohonan TUN nak jadi Penasihat Najib mungkin tak kesampaian apabila tugas pertamanya turun berkempen kat 2 bukit tu tak menjadi. Hari tu dia ada cakap dia nak jadi penasihat PM@Najib. Keputusannya BN kalah dan bertambah majoriti pulak tu.. eh eh eh..macam tikus membaiki labu. Kesian TUN. Mungkin Pak Lah patut apply pulak kot... mana tau Najib terima..

NaJIb Tewas Lagi


Kalah lagi... aduhhhhh....

Nampaknya prestasi NAJIB sebagai PM teruk tercalar kerana belum sempat dia menyenaraikan Menteri-menteri Kabinet, beliau tewas di tangan rakyat Perak dan Kedah. Kalau dulu dia menjadi 'Marshal' di 2 PRK, kini sebagai PM pun tewas jugak. Isu di Perak betul-betul memakan dirinya sendiri. Kini Najib akan 'dipelecehkan' oleh orang-orang Pak Lah pulak.

AKu rasa eloklah MY suruh je NAJIB letak jawatan atas punca kekalahan ni. Macam PRU 12 dululah... Kecoh semua styesen TV dan suratkhabar suruh PAK LAH letak jawatan dan bertanggungjawab...lagipun Najib dah bagi lampu hijau suruh TEGUR dia...hayun la.

PRK BUKIT GANTANG

Untuk Demokrasi di Malaysia ..... Undilah PAS..

MALYSIA Pun KenA BLACKLIST


Tolong baca kat sini http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/4/3/nation/20090403095714&sec=nation

LONDON: Four nations were blacklisted as uncooperative tax havens after G-20 leaders declared the age of banking secrecy was over and said they would no longer tolerate shady havens draining away badly needed tax revenue.

At the request of the Group of 20 summit of rich and developing nations, the Organization for Economic Cooperation and Development named the Philippines, Uruguay, Costa Rica and the Malaysian territory of Labuan as the worst offenders, saying they had refused to adopt new rules on financial openness.


Ceritanya lebih kurang begini ... Malaysia telah diBLACKSLIST kerana tidak mengamalkan keterbukaan dalam maklumat pemegang akaun bank...

Contohnya jika seorang ahli politik yang kaya raya dan ada akaun bank kat Labuan ... maka maklumat simpanan harta karun marunnya dalam bank akan SELAMAT... pihak bank AKAN meraHsiakan maklumat tersebut. PNC (private & confidential)

MasjId WIlayah Persekutuan - Jalan Duta





Petang Sabtu (4/4) lau kami sekeluarga ke KL kerana ada kenduri kahwin anak sepupu sebelah isteri. Memang dari rumah lagi aku dah pasang niat nak sembahyang Maghrib kat Masjid ni. Jadi petang tu dalam pukul 6 lebih semasa berborak dengan biras-biras, kami bercadang nak bermaghrib kat situ apatah lagi hanya dalam 10 mint dari rumah sahaja.

Jadi pukul 7.00 kami bertolak dari rumah dengan 2 orang biras, anak lelaki aku dan sepupunya (semua lelaki).

Jadi aku bawa HP Sony dan mula la ambik gambar.. semasa sembahyang sunat ada la 35 orang lebih jemaah, bila dan selesai sembahyang aku kira tak kurang dari 60 orang jemaah. Alhamdulillah...

Jadi kepada kekawan yang dok luar Malaysia dan yang tak pernah masuk masjid ni lagi kau orang layanlah gambar yang aku ambik ni..Aku main hentam kromo je ambik gambar...


SOLAT - untuk JANTUNg dan kebahagian Rumahtangga

Artikel ni aku ambik dari blog http://pastiaz-zahra.blogspot.com.. blog ni aku manage sebagai AJK PASTI

Petikan daripada kajian oleh kumpulan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya :-

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan SOLAT sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit.Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman. Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari."

"Jangan terkejut kerana solat juga boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut. Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.


Jadi kekawan sekelian rajin-rajinlah tanbahkan solat terutamanya sunat malam., jangan dok harap solat yang fardu je mana cukup, dah la tak mau sembahyang berjemaah. Banyak faedahnya, dan jangan lupa ajak isteri sekali baru syahdu...patutpun ramai tok aji dan ustaz-ustaz pasang lebih dari satu, akupun heran jugak dulu. La nih dah paham la.. Aku rasa ada kekawan kita yang ada 2 calit, mungkin diapun rajin bertahajud macama saudara P...... kita tu. AKu tengok dahi dia hitam je mungkin rajin sujud atau kena ketuk dengan kasut bini dia aku tak tau la..

ISA@NAJIb - Tahanan ISA di lepaskan


Malam tadi kat TV, Najib dah umumkan bahawa semua tahanan ISA dibebaskan dan jugak permit HARAKAH dan SUARA KEADILAN di benarkan kembali beroperasi. APa yang aku nak sentuh disini ialah tentang ISA. Satu undang-undang yang hanya ada kat Malaysia, ISrael Jahanam dan Singapore...

Lihatlah betapa amat berkuasanya PM Malaysia, cakap depan mikropon je abis cerita bebas... ISA ini adalah satu undang-undang yang amat kejam dan menjadi 'pelindung' kepada politik BN. Tapi ingat ini adalah satu perangkap sahaja, kerana Najib hanya bercakap membebaskan tahanan sahaja tetapi dia tak kata pulak nak 'abolish' undang-undang macam perangai Yahudi nih. Relax je dia cakap.. langsung tak ada nak kata minta maaaf ke kat semua tahanan termasuk keluarga mereka yang selama ni menderita semenjak undang-undang nih diperkenalkan. Dan lagi undang-undang macam nilah yang selalu dipertahankan oleh ahli-ahli dan pemimimpin UMNO samada di PAU ataupun di Parlimen. Sikit-sikit ISA..

Aku marah sangat pasal ISA ni, sebab member rapat aku dan jiran sebelah rumah kena 3 1/2 tahun beb kat Kamunting. Masa tu aku dok Kelantan... 3 bulan aku cari dia kat Pahang rupanya bermastautin kat Kamunting rupanya. Dia disyaki ahli JI dan orangnya macam mat rock sikit la selalu pakai jeans dan ada jawatan dalam parti PAS dan bukan mengaji tinggipun belajar kat Pakistan ke SPM je kelulusannya...

Biarlah aku cerita sikit kat sini. Aku kenal dia selama 10 tahun dari sebelum kawin sehingga dapat anak empat, sekarang berumur penghujung 30 an. SB ambik dia kat rumah masa bulan POSA dan 2 minggu lagi nak raya.. isteri nya sarat mengandung. Lepas kena anta kat Kamunting isterinya gugur kerana tekanan perasaan. Bayangkan betapa hancurnya hati seorang suami dah la di penjara, isteri pulak keguguran... lepas tu 3 orang anaknya pulak kena sakit buah pinggang sampai hari ni. Ni sape nak jawab ... memang kejam abis.

Lu orang ingat dah bebas tu boleh dok relax ke? Nak bergerak hanya setakat 10km dari rumah je, lebih 10km kena ambik permit pulak..., tiap-tiap minggu kena report balai polis... Ambik statement pulak, ... minggu lepas lu pegi mana?... macam-macam la ... nasib lah paling kejap setahun, mungkin 2 atau 3 tahun atas budi bicara KDN la... so ape cerita..

Jadi sebenarnya kalu nak dihapuskan atau dibuang apa-apa undang-udang atau peraturan memang boleh buatpun .. macam PPSMI tu kejap tunggu mesyuarat kabinet la.. ni semua auta je.... Jadi disebalik kebebasan tahanan ISA tu akan ada lagi peraturan-peraturan yang pelik-pelik akan dikenakan pulak...

Selamat Panjang UmUr- Ammer





Semalam 2/4/09, harijadi anak aku yang bongsu (setakat nilah...) cukup 6 tahun. AKu tak ingat langsung, wife aku pun tak ingat... Bapanye lagilah bab date2 nih. Dia ni spesial sikit, lahir kat Kelantan, yang lain semua kat Pahang.

Banyak dugaaan aku tempoh nak besarkan dia nih.. masuk hospital HUSM Kubang Kerian nak operate la.. last-last operate jugak masa umur 2 tahun lebih (kalu tak silap aku). Sayu ohhh.. operate perut lagi. Sekarang nih dah ok...

NAJIB - JADI PM SALAH .. TAK JADI PUN SALAH


Nampaknya kini sahlah Najib dah memegang tampuk pemerintahan negara dan menjadi PM yang amat berkuasa di Malaysia... Selepas mengadap YDPA dalam pukul 1145 pagi, selepas 6 jam barulah keputusan muktamad dan sah di perolehi dari istana. Ada apa-apa ke??

Kalau YDPA berkenan melantik pada hari JUMAAT(3/4/09) ni lagi kalut, lembu kat kampung dah dibeli, khemah dah dipasang, surat jemputan dah dihantar, panggilan secara mulut dah dibuat, rempah dah selori kat setor, tukang masak dah dipanggil... aai nak buat macamana. Nak sembelih lembu karang, takut tak jadi... nasib baik jadi jugak. Nak buat kenduri lah nak sambut PM baru....

Dah jadi PM lagi kalut pulak, bermacam-macam fitnah dan tuduhan, sampai surat khbar kat luar negara pun bawak keluar cerita. Ni sudah memalukan PM baru kita... itu baru tuduhan kes A...... YA sahaja. Belum masuk yang cerita yang kapal-kapal lagi.

La nih TUN pulak , depa suruh jadi Penasihat NAJIB... satu hal pulak. Dahlah orang tua ni kata macam-macam kata UMNO dulu dan tak berapa pot dah, la nih depa suruh kutip pulak ambik jadi penasihat nak urus negara dan PR.... pening-pening...

Mahathir Ganti NAJIB kempen DI BUkit Gantang

Selepas Pak Lah meletak jawatan sebagai Presedien UMNO ni, nampaknya Tun Mahathir semakin sibuk, yelah anak didik beliau Najib akan ditabalkan sebagai PM dalam sehari dua nih. Berikutan kesibukan masa dalam membuat persiapan untuk dilantik sebagai PM, memilih senarai kabinet baru dan sebagainya memungkinkan Najib terpaksa melantik Mahahir kot untuk turun berkempen di Bukit Gantang sepertimana yang diceritakan dalam media alternatif. Apa yang belum dipastikan adakah TUN akan berkempen setakat Bukit Gantang sahaja atau termasuk Bukit Selambau dan Batang Ai. .. Selamat kembali bertugas TUN...