Selamat Menyambut 1430 Hijrah
InsyALLAH, esok 29/12/ melepasi waktu Maghrib umat ISLAM akan menyambut tahun baru 1430 Hijriah. Ini menandakan umur kita yang semakin meningkat saban tahun dan jangkahayat(tarikh lupus) pula makin hampir. Tadi selepas Maghrib, penulis menghadiri kuliah yang disampaikan oleh Ustaz WAHID ABD GHAFFAR disurau yang berhampiran rumah.
Antara intipati kuliah beliau ialah :-
1. Tahun Hijriah adalah berdasarkan bulan manakala Tahun Masihi pula adalah berdasarkan matahari.
2. Berasaskan pengiraan tahun mula Nabi Muhammad berhijriah dari Mekah ke Madinah ketiaka berusia 50 tahun.
3. Mula dicetus dan dipraktikkan atas usaha Saidina Umar Al-Khatabb selepas 12 tahun kewafatan Nabi.
4. Perbezaan 11 hari setiap tahun dari Tahun Masihi dan akan diambut pada tarikh yang hampir sama setiap 33 tahun. Contohnya pada tahun Hijrah 1430 ini akan disambut pada tarikh hampir sama dengan tahun masihi 2009 (beza 4 hari)
5. Bulan hanya dapat dilhat dari 3 - 27hb sahaja setiap bulan
6. Manakala setiap bangsa mempunyai tahunnya tersendiri seperti bangsa Yahudi pada tahun ini adalah bersamaan tahun 5769 mereka
Sama-samalah kita menginsafi jejak-jejak 1429H yang ditinggalkan lalu dan beriltizam agar 1430H ini akan memacu semangat, harapan, tekad dan amalan ibadat ke arah yang lebih baik dan sempurna mengikut ruanglingkup ISLAM.
Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun
Petikan dari... www.darulnuman.com
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Maksud Doa Awal Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Doa Akhir Tahun:
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
0
comments
Saturday, 27 December 2008
TAK ANGKAT HP... SAKIT HATI BEB
Dah hampir 2 minggu penulis menghubungi kekawan nih , tapi apa yang diterima hanyalah mesej ke Inbox sahaja. Called & mesej dah berpuluh kali tapi jawapannya tak de. Punyelah tention.. Dulu semasa bekerja dengan orang, wakttu opis hourlah yang paling malas nak angkat HP terutamanya dari bos, manakala malam pulak terus OFF...
Tak tahu sebab ape, bukannya ada keluar orangpun cuma suara je.
Berikut adalah senarai panggilan-panggilan yang tidak akan dijawab. (mengikut pengalaman pebulis)
1. Tuan rumah sewa - minta bayar sewa rumah
2. Finance company - tanya bila nak bayar ansuran kereta bulan nih@kredit card
3. pembeli rumah - bila rumah nak bina & siap...
Kalu ade sape-sape nak tambah lagi, sila buat la senarai baru pulak.
0
comments
Thursday, 25 December 2008
WORK IN PROGRESS
Alhamdulillah kerja-kerja pembaikan kelas seperti membaiki dinding dan menyimen telah bermula Ahad lepas(14/12), dibantu oleh rakan semasa sekolah rendah kat Felda dulu iaitu saudara YAN. Sumbangan orangramai akan digunakan sebaik-baiknya agar kos penubuhan dapat dikurangkan. Kami menumupukan kerja-kerja pembaikan penting seperti pemnaikan tandas dan dinding untuk menampal bahan mengajar dahulu. Kerja-kerja seperti penukaran atap dan yang memakan belanja besar akan dbuat selepas ini memandangkan dana yang tidak mencukupi.
Pagi Selasa lepas (16/12) kami mendapat berita gembira, apabila sebuah sekolah sanggup mendermakan meja-meja yang telah rosak kepada kami sebanyak 20 buah. Kira OKlah buat ketika ni. Diharap semua perancangan berjalan lancar
Penulis mengharapkan rakan-rakan sekolah terutama semasa di Asrama Felda (Dr Sham, Pak Ya, Jack, Hj Ramlee dll), UiTM (OKB ANtu Raya, Kitang, Syed Amid dll) dan kenalan-kenalan terus dapat membantu kami. Jika ada bahan bacaan juga boleh disumabngkan kepada kami.
0
comments
Tuesday, 16 December 2008
MOHON SUMBANGAN UNTUK PASTI & KELAS MENGAJI AL-QURAN
Dengan rasa rendah hati penulis dengan ini memohon sumbangan dari orangramai bagi membiayai kos penubuhan dan operasi PASTI & KELAS MENGAJI AL-QURAN di FELDA Jenderak Utara, Mentakab Pahang. Pasti ini akan beroperasi pada bulan Jan/2009 ini. Sumbangan amat diperlukan bagi membiayai sebahagian kos pembaikan bangunan yang disewa seperti atap, kayu, simen, cat dan lain-lain lagi. Ianya juga diperlukan untuk membiayai kos alat bantuan mengajar, alatulis dan kos operasi pada peringkat awal. Moga sumbangan tuan/puan sedikit sebanyak dapat meringankan kewangan AJK Pasti FJU dan diberkatiNYA.Untuk maklumat lanjut sila hubungi Saudara Harazian 019-9765 629 @ Suhaimi 019-9218 444 (AKAUN MAYBAK 153038945511)
0
comments
Friday, 12 December 2008
Cerita Raya Korban
Cerita 1
Semolek-molek sebelum merayakan Idul-Adha, disunatkan berpuasa pada 9 ZULHIJJAH
Kaum muslimin disunatkan berpuasa pada hari ini disebabkan hari ini adalah hari yang dikenali sebagai hari Tarwiyah/PUASA HARI ARAFAH.
Dalil tentang puasa ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, sabda Rasulullah s.a.w :
صوم يوم عرفة يكفر سنتين ماضية ومستقبلة وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
(رواه الجماعة إلا البخاري والترميذي)
Maksudnya :
Puasa hari arafah dapat menghapuskan dosa dua tahun yang telah lepas dan akan datang, dan puasa Assyura menghapuskan dosa setahun yang lepas.
Bulan ini genaplah setahun penulis kembali menetap di Pahang setelah hampir 11 tahun menetap di Kelate. Kami menyambutnya di Kg Seboi Pahang, setelah tiap tahun menyambutnya di Kelate dengan majlis korban. Berikut adalah sebahagian dari foto-foto yang diambil dari surau berdekatan dengan rumah hinggalah ke aktiviti korban. Bab nelapah lembu diserahkan kepada anak-anak sedara saya (Ijan, Ngah dan Atiy) yang mecapai taraf pro sebab mereka ni memang dah mahir kerana bekerja di kampung sebagai pengembala dan penjual lembu.
Cerita 2
Pada hari Selasa(9/12) pula kami sekeluarga berkonvoi ke FELDA Kg Sertik menziarah bapa dan emak saudara (sebelah bapa) penulis. Sempat bertanya khabar dan perihal kesihatan. Unur pun dah melepasi 60 tahun dan masing-masing kini tinggal berdua pulak setalah anak-anak telah berumahtangga bekerja di luar Pahang.
Semolek-molek sebelum merayakan Idul-Adha, disunatkan berpuasa pada 9 ZULHIJJAH
Kaum muslimin disunatkan berpuasa pada hari ini disebabkan hari ini adalah hari yang dikenali sebagai hari Tarwiyah/PUASA HARI ARAFAH.
Dalil tentang puasa ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, sabda Rasulullah s.a.w :
صوم يوم عرفة يكفر سنتين ماضية ومستقبلة وصوم يوم عاشوراء يكفر سنة ماضية
(رواه الجماعة إلا البخاري والترميذي)
Maksudnya :
Puasa hari arafah dapat menghapuskan dosa dua tahun yang telah lepas dan akan datang, dan puasa Assyura menghapuskan dosa setahun yang lepas.
Bulan ini genaplah setahun penulis kembali menetap di Pahang setelah hampir 11 tahun menetap di Kelate. Kami menyambutnya di Kg Seboi Pahang, setelah tiap tahun menyambutnya di Kelate dengan majlis korban. Berikut adalah sebahagian dari foto-foto yang diambil dari surau berdekatan dengan rumah hinggalah ke aktiviti korban. Bab nelapah lembu diserahkan kepada anak-anak sedara saya (Ijan, Ngah dan Atiy) yang mecapai taraf pro sebab mereka ni memang dah mahir kerana bekerja di kampung sebagai pengembala dan penjual lembu.
Cerita 2
Pada hari Selasa(9/12) pula kami sekeluarga berkonvoi ke FELDA Kg Sertik menziarah bapa dan emak saudara (sebelah bapa) penulis. Sempat bertanya khabar dan perihal kesihatan. Unur pun dah melepasi 60 tahun dan masing-masing kini tinggal berdua pulak setalah anak-anak telah berumahtangga bekerja di luar Pahang.
0
comments
Monday, 8 December 2008
KEWANGAN ISLAM ... TIDAK DIMINATI!
Petang Kamis lepas 4/12/08 saya dijemput ke rumah kenalan Saudara Hj Mat (bekas pegawai kerajaan yang baru pencen sifu dalam bidang perancang bandar) untuk "membomohkan" penyakit komputer anaknya. Setelah ditabur beras kunyit tak sampai 3 minit dah tau jenis antu jembalangnya dan terus didiagnosis yang mungkin memakan masa hampir 45 minit. Jam baru pukul 545 petang dan kami berbual panjang. Saya menceritakan pengalaman pekerjaan saya beliau bertanyakan kepada saya bagaimana melibatkan diri dalam bidang IT, sedangkan saya mempunyai latarbelakang perakaunan. Minat, minat dan minat sebabnya. Banyak benda pasal IT ni, penulis belajar sendiri. Dan satu lagi minat saya adalah berkaitan Kewangan/Ekonomi ISLAM seperti Wakaf, Faraid, Ar-Rahnu, Perakaunan ISLAM dsbnya. Beliau juga menyatakan bidang kesukaannya iaitu Faraid. Maka berborak panjanglah kami.
Sudah melebihi 12 tahun saya menyimpan minat, keazaman dan mencari rakan-rakan yang berminat berkaitan bidang ini. InsyaAllah saya akan fikirkan sesuatu untuk menggerakkan minat dan idea berkaitan kewangan ISLAM ini menjadi realiti(mudah-mudahan dipanjangkan umur).
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Darul Qutni di bawah ini:-
“Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Sabda Rasulallah saw : Hendaklah kamu mempelajari Ilmu Faraid dan ajarkanlah akannya, kerana ia adalah setengah ilmu, ia adalah dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabutkan dari umatku”
Sudah melebihi 12 tahun saya menyimpan minat, keazaman dan mencari rakan-rakan yang berminat berkaitan bidang ini. InsyaAllah saya akan fikirkan sesuatu untuk menggerakkan minat dan idea berkaitan kewangan ISLAM ini menjadi realiti(mudah-mudahan dipanjangkan umur).
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Darul Qutni di bawah ini:-
“Daripada Abi Hurairah r.a berkata, Sabda Rasulallah saw : Hendaklah kamu mempelajari Ilmu Faraid dan ajarkanlah akannya, kerana ia adalah setengah ilmu, ia adalah dilupakan dan ia adalah sesuatu yang mula dicabutkan dari umatku”
0
comments
Saturday, 6 December 2008
Yayasan Pahang... Biayai Pelajar Tahfiz?
Semalam(Rabu 3/12/08) kami sekeluarga telah ke Tanjung Lumpur, Kuantan untuk menghadiri sesi ujian bertulis dan hafazan anak ke-3 (AMMAR) bagi memasuki Maahad Tahfiz Negeri Pahang (lepasan UPSE 2008). Sesi ujian bermula jam 830 selama 1 jam dengan ujian bertulis berkaitan subjek Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris.
Mankala para ibubapa pula telah dijemput untuk mendengar sesi taklimat berkaitan MTNP ini oleh pegawai bertugas didewan makan. Seramai 396 orang pelajar telah dipanggil untuk menghadairi sessi ujian ini (termasuk perempuan). Hanya seramai 25 orang pelajar sahaja akan dipilih untuk diambil bagi sesi kemasukan 2008 kali ini. Betapa sengitnya persaingan untuk memasuki MTNP untuk kali ini.
Daripada perbincangan dan perbualan penulis dengan ibubapa lain, menunjukkan bahawa kini semakin ramai ibubapa mengambil perhatian terhadap pendidikan anak-anak terutamanya bidang HAFAZAN AL-QURAN yang kini menjadi pilihan no 1. Maahad Tahfiz tumbuh bak cendawan selepas hujan di semerata Malaysia. Kesimpulannya bidang agama menjadi pilihan utama, maka pelajar-pelajar cemerlang lebih berminat memasuki Maahad Tahfiz dan sekolah agama pula, berlainan di zaman penulis dauhulu (era 80an)aliran kebangsaan yang menjadi pilihan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada YAYASAN PAHANG kerana merealisasikan kewujudan MTN ini bagi mengeluarkan Profesional yang Hafaz Al-Quran. Dengan keupayaan kewangan yang kukuh pengurusan Yayasan Pahang juga patut memikirkan untuk membiayai juga pelajar-pelajar lain yang mengikuti program TAHFIZ di Maahad Tahfiz persendirian di seluruh negeri Pahang.
Penulis telah menyemak kedudukan kewangan Yayasan Pahang (rujuk www.audit.gov.my/laporan_audit/negeri_files/BM/Laporan_KAN/Pdf_Negeri/Laporan/pahang_2000/PAHANG%206.doc) menunjukkan YP mempunyai lebihan melebihi 20juta. Wang sebanyak ini akan dapat membantu dan memberi galakan kepada para hafazan untuk lebih menekuni hafazan mereka. Bukan semua ibubapa berkeupayaan untuk membayar kos pendidikan di Tahfiz tetapi dek kerana semangat dan bercita-cita tinggi untuk mewarisi dan mendalami ilmu Al-Quran maka kesempitan kewangan diketepikan. Contohnya pihak YP patut memberi elaun sebanyak RM50/bulan, itupun dikira mencukupi sebagai permulaan. Buat masa kini YP hanya memberi biasiswa dan insentif pendidikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dan tidak kepada para Hafiz. Ini amatlah malang sekali kerana kerana mereka inilah "ARKITEK MANUSIA". Diharapkan pihak pengurusan YP mengambilkira pandangan ini demi "Ketuanan Al-Quran".
0
comments
Wednesday, 3 December 2008
Mentakab-Ketereh (Kelantan) & Pontian(Johor) - Dirikanlah Solat
Perjalanan 1(Mentakab-Ketereh)
Pada minggu lepas (22/11/08) Penulis ke Ketereh Kelantan atas urusan pekerjaan. Menaiki keretapi sebagai pengangkutan yang popular untuk golongan berpendapatan rendah.Perjalanan bermula dari jam 12.45 tengahari dan sampai jam 10.00 malam(ikut jadual sebenar 11.45 pagi - 8.15 malam). Penulis disambut oleh anak saudara bernama Mohd Hafiz dan pada malam tersebut menginap dirumahnya. Hujan turun berterusan semenjak dari Bandar Kuala Krai lagi. Pada pandangan peribadi penulis Hafiz adalah betul-betul seorang 'Profesional" yang sepatutnya ditonjolkan sebagai idola anak-anak muda masa kini dan bukannya Mawi,Nabil atau Aznil. Baru berusia 20'an masih bujang dan beliau pekerja pada waktu siangnya sebagai kerani tapak pembinaan manakala malamnya adalah seorang Ustaz yang mengajar kanak-kanak mengaji dan menghafaz Al-Quran. Berapa ramai anak-anak muda sepertinya di Malaysia buat masa kini?
Perjalanan 2 (Mentakab - Johor Bharu - Pontian)
Manakala pada 27/11/08 pula penulis menghala ke selatan tanahair iaitu ke Bandar Pontian, juga menaiki keretapi. Kali ini penulis membawa anak lelaki yang berusia 14 tahun(AMIN) bersama-sama. Bertolak dari Mentakab 1.45 petang dan sampai di Johor Bharu 7.50 petang. Ini adalah kunjungan kali ke -2 semenjak tahun 1990. Terlalu banyak perubahan infrstruktur bandar dan manusia sendiri. Kami menaiki bas di lokasi yang tak diketahui dan menuju ke steysen bas Larkin. Jam 8.00 malam menaiki bas Maju pula Pontian dan sampai destinasi jam 9.20 malam. Terima kasih kepada adik XX, pemandu bas Maju Express JB-Pontian, pemandu bas Skudai-Kulai (6.00 pagi 28/11/08)dan MR.Y (seorang India) yang memberi petunjuk maklumat jalan dan arah.
Dari kedua-dua perjalanan ini penulis mendapati ramai dari penumpang keretapi telah mengabaikan solat iaitu hampir 99% terutamanya untuk perjalanan jauh dn jangkaan ini buat di gerabak saya sahaja. Dari yang sudah baligh sehinggalah yang berusia emas. Sedangkan ISLAM telah memudahkan umatnya yang bermusafir dengan bersolat secara JAMAK & QASAR. Perkara ini amat malang sekali dan berlaku kepada umat Muhammad akhir zaman . Marilah kita sama-sama mengajak, menyuruh, menegur dan berdoa agar semua kita yang mengaku dirinya sebagai MUSLIM agar bersolat.
Berikut adalah petikan KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW YANG KITA SAYANGI di Lembah Uranah, Gunung Arafah, berhampiran kota Makkah pada 9 Zulhijah tahun ke-10 Hijrah :-
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kataku dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun supaya orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah mengharamkan riba, justeru, segala urusan membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia (syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil. Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Jika mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layani wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasa pada Ramadan dan tunaikan zakat daripada harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'ibadat haji' jika kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia daripada yang lain kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan. "Oleh itu, awasilah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas kewafatanku. Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepas aku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kataku yang sudah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.
Itulah al-Quran dan sunnahku, hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga orang yang terakhir lebih memahami kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya sudah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-Mu."
Semoga pesanan dan kata-kata terakhir ini dapat dihayati oleh seluruh umat Baginda sebagai panduan serta pedoman dalam menempuh liku kehidupan ini.
1 comments
Thursday, 27 November 2008
Pekan - Pengalamanku
Pada 20/11/08 lalu kami sekeluarga telah ke Pekan Pahang untuk menghadri temuduga anak ketiga saya AMMAR di Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan Pahang. Bertolak dari rumah pukul 1015 pagi dan sampai di Kuantan jam 1145 pagi. Hanya saya yang pernah sampai di Bandar Pekan itupun semasa belajar di UiTM Pahang tahun 1985 dahulu. Semaa itu saya dan rakan-rakan lain akan ke rumah APAMZ. Selamat berniaga diucapkan kepada APAMZ serta tahniah kerana baru mendapat anak yang ke...
Kami menggunakan jalan dari Tanjung Lumpur untuk ke Pekan, ini adalah kerana temuduga dan ujian bertulis hanya akan diadakan pukul 2.00 petang. Kami sempat singgah di Pantai Kg Sepat yang baru dibangunkan. Kawasan tersebut masih belum terusik lagi, dan dengan keadaan pantai yang bersih amat sesuai untuk dibawa keluarga bersantai di sini. Keadaannya jalannya yang landai dan pemandangan seperti melalui jalan di Penarik, Setiu Terengganu. Bandarnya kecil dan terletak di tebing sungai.
Pukul 2.00 petang, selesai solat Zohor di Masjid Kg Padang Polo kami terus ke Maahad Tahfiz. Telah ramai menanti disana dan satu sesi penerangan telah diadakan kepada ibubapa. Menurut pegawai bertugas bilangan pelajar yang terpilh untuk sesi ujian kali ini hampir 120 orang dan hanya 20 orang sahaja akan dipilih. Kini semakin ramai ibubapa yang menghantar anak-anak untuk menghafaz Al-Quran. Kebanyakannya memperolehi 4A dan 5A dalam UPSR 2008 lalu.
Diharapkan roh ingin membentuk generasi Al-Quran terus subur dan bertambah demi menghadapi keadaan sosial yang terlalu kalut di Malaysia ketika ini.
2
comments
Monday, 24 November 2008
Moga DirahmatiNYA
Salam sejahtera. Blog ini adalah sebagai melakar pengalaman, idea, kenangan untuk dikongsi bersama-sama pembaca sekelian. Diharap ini dapat mengasah bakat penulisan saya yang telah lama ditinggalkan semenjak alam persekolahan lagi.
Nama blog telah lama diwujudkan tetapi memandangkan masa yang terhad dan konsep yang cuba ingin diperkenalkan maka ianya lambat berada di alam siber. AMBILPEDULI dipilih kerana ianya adalah berkaitan dengan diri saya dan semua kita sebagai makhluk ciptaanNYA yang perlu ambil peduli ke atas semua tindakan dan amalan harian kita. Moga ianya memberi manfaat.
Nama blog telah lama diwujudkan tetapi memandangkan masa yang terhad dan konsep yang cuba ingin diperkenalkan maka ianya lambat berada di alam siber. AMBILPEDULI dipilih kerana ianya adalah berkaitan dengan diri saya dan semua kita sebagai makhluk ciptaanNYA yang perlu ambil peduli ke atas semua tindakan dan amalan harian kita. Moga ianya memberi manfaat.
Subscribe to:
Posts (Atom)