Kelab GOLF AWAM - Jom sapu BALAK





Semalam 6/10 aku ke Bandar Baru Bera... Masa nak balik aku singgah dan ambik gambar tempat ni . Lama dah hajat dihati nak snap gambar cuma hari semalam tercapai...

Kalu tak silap aku kat Pahang ni banyak sungguh Kelab Golf Awam yang diuruskan oleh Majlis Daerah (Kerajaan Tempatan). Untung sangat ke???? ATAU???? Buat kat BERA pulak tu... Kat sini bukannya ada industri berskala besar, yang kecik pun tak ada. Yang ada pun kebun sawit FELDA, kebun getah dan kerja-kerja kampung disamping bela ikan patin sangkar dipinggir Sungai Pahang. Mungkin semenjak sawit, getah dah mahal ni ramai peneroka pun berjinak-jinak main golf pulak kot...

Aku pun terus belok ke tempat yang dituju yang jauhnya sekitar 2.5 km dari Jalan besar Temerloh - Triang dan masuk ke kawasan Kelab Golf ni... Wah hebatnya luas mata memandang, pintu masuk di sambut oleh Pak Guard yang sentiasa tersenyu dan pintu automatik lagi....Driving Range tengah dok buat... kena mari pulak nih..

Apa yang boleh aku fikir ni satu cara nak sapu balak .... mula-mula buat kertas kerja nak buat kelab golf jadi kena cari kawasan-kawasan yang ada kayu biarpun tiada kepentingan ekonomi/industri kalu kat Taman Negara Ulu Yembeling lagi elok sebab kayu balak lagi besar-besar, lepas tu ajak 2-3 group mohon tanah & sapu balak... Balak dah tak de, bagi/serah jelah ke Majlis Daerah tolong uruskan abis cerita... Kalau ye pun bebaloi ke??? Bila cari info pasal Kelab Golf ni tak de dalam website Majlis Daerah Bera ataupun kelab ni diuruskan oleh pihak lain.. Ataupun memang Majlis sendiri nak cari duit cepat sebabnya kerajaan negeri Pahang antara negeri paling 'sedikit berhutang' dengan kerajaan pusat..

Kalau nak main golf pun sapa lah sangat mungkin DO, geng Pejabat Tanah, geng Pejabat Hutan... lagiii ... orang politik

Oh ye!!! Sape3 nak tau lebih lanjut hubungi 09-279 1711

Nanti kita melawat kelab golf awam di daerah lain pulak. Aku pasti kebanyakan kelab golf awam di Pahang sahaja yang diuruskan oleh Majlis Daerah kalau kat negeri lain tak dengar pulak...





1 comments:

amirjusoh@gmail.com said...

Ada ka manusia dok p menebas bola golf kat padang ni.

Jangan2 tukang kebun aja dok p tebas lalang pas tu kera dan lutung dok p lawan kejar mengejar.

Takpa orang pahang dah banyak tanah dah.......kalau bagi kat puak kedah sahih depa p buat bendang ap....boleh juga buat beras.

Post a Comment