Tak CukUP

Kunjungan Hormat Kepada Dato DG

Pada 25hb jam 3.30 petang bertempat di Wisma Felda, Barisan Kepimpinan Exco MBFM telah mengadakan kunjungan hormat kepada Dato Pengarah Besar Felda Dzulkifle Bin Abd Wahab. Semasa pertemuan tersebut pelbagai perkara telah diperbincangkan dan telah dijawab oleh Dato DG. Antara perkara yang dicadangkan oleh beliau agar MBFM terus memperkasa pertubuhan belia dirancangan ialah:

1. Menubuhkan Skuad Waja disetiap rancangan dimana dikumpulkan belia2 ini secara sukarela dan dilaksanakan konsep seperti kawasan perumahan di bandar dimana mereka sanggup membayar harga yang tinggi bagi mengupah syarikat keselamatan untuk melindungi mereka. Beliau mencadangkan perkara yang sama dilakukan di kawasan Felda dimana belia mengambil tanggungjawab menjaga keselamatan kampung dan mendapat faedah secara bersama melalui aktiviti sukarela seperti ini.

2. Memaksimumkan hasil Edible Garden yang telah dilhamkan oleh PM disetiap rancangan. Beliau menyuruh belia menjadi peraih kpd setiap rumah yang menjalankan aktiviti ini. jika dilihat, pendapatan ini mampu memberikan pulangan yang baik kepda belia apatahlagi menjadi peraih dan menjualnya semula hasil tersebut sekaligus memberikan pendapatan tambahan kepada mereka

3. Menerangkan kepada belia2 tentang peri pentingnya memahami dasar2 dan perjuangan oleh Felda kepada Generasi ke 2 supaya pihak lain yang berkepentingan tidak megambil peluang untuk merosakkan pemikiran mereka ini.

4. Perumahan Warga Felda di kemaskini perlaksanaannya melalui konsep kerjasama strategik antara MBFM, Kerajaan Negeri dan juga Syarikat Perumahan dimana hasilnya kawasan disekitar rancangan dapat dibangunkan mengikut kehendak dan citarasa penduduk setempat. Perlu diingatkan syarikat perumahan perlu mempunyai kaedah dan cara yang betul bagai melaksanakan projek perumahan agar tidak terbengkalai atau membebankan generasi muda Felda membayarnya.

5. Menggiatkan aktiviti berkaitan Sukan dan Kebudayaan dirancangan melalui program dan aktiviti secara berterusan menggunakan prasarana yang ada di setiap rancangan Felda.

6. Aktiviti berkaitan Pendidikan haruslah menjadi keutamaan melalui program Tuisyen dan kelas tambahan yang kini menjadi trend kepada pelajar untuk menambah baik kemahiran pemahaman di sekolah. Belia disaran mengumpul dan membuat program Tuisyen sendiri terutama kpd siswa dan siswazah yang menganggur agar mereka dpt mengisi masa terluang dgn aktiviti kesukarelaan dan secara tak langsung tuisten berbayar ini memberi sedikit pendapatan kepada mereka.

Itulah antara perkara yang diperbincangkan secara bersama dengan beliau sepanjang 3 jam yang dilihat perhatian begitu serius dilihat oleh Dato DG sendiri kpd pembangunan belia di rancangan.

Dari laman sesawang http://www.mbfm.org/

Soalan sikit :-

a. Agenda ISLAM ????
b. Masalah sosial generasi ke-2 rancangan ??? Cukupke setakat buat sukan, sukan ... dan sukan..


0 comments:

Post a Comment