SPM 2009



Minggu nih teramat sibuk dan kelam-kabut. Ammar masuk wad dari Ahad sampai Rabu. Alhamdulillah petang Rabu dah discaj. Lega banyak-banyak rasanya. Khamis tresult SPM kakak. Hari Ahad & Isnin dia demam, nasib baik hari Selasa dah kembali OK.

Pagi Khamis seperti dirancang kami ke sekolahnya untuk melihat result. 1215 baru sampai di sekolah. Result baru dapat rupanya...

Alhamdulillah lega banyak rasanya... subjek yang aku 'paksa' dia ambik masa form 4 dulu dapat A (Accounting) ganti subjek Biologi, termasuk juga killer subjek Add Maths pun dapat A... Dia kata nak ambik course berkaitan Matematik... Survey-survey cuma kat UiTM & Maktab jelah yang totally ada course berkaitan fully maths nih... Tak pe janji hutang aku masa ambik SPM 84 hanyalah berjaya menggondol batang cangkul je Add Maths tu, dia dah bayar...

0 comments:

Post a Comment