Cerita MBFM

Tepuk dada tanya selera..... AKU TAK SETUJU NO. 3...Sikit-sikit akta... kenapa tak pakai je ISA. Maklumat dan penerangan jangan disekat biarkan generasi FELDA sendiri yang membuat pilihan mereka samada apa yang disuarakan ANAK itu betul ataupun tidak tetapi faktanya Kes FELDA VS Peneroka Kemahang menunjukkan ada unsur-unsur penipuan dan telah dibuktikan di mahkamah.


Manakala adakah setiap suara-suara NGO ataupun pandangan pihak lain yang ingin memberi penerangan & penjelasan berkaitan sesuatu ISU perlu berdaftar terlebih dahulu?... Ciluk dari SINI .. Majlis Belia FELDA


MEMORANDUM REBEN JINGGA

memojingga

Pada 24/2/2010, Satu memorandum bantahan telah diserahkan kepada Dato Dzulkefli Abd Wahab, Pengarah Besar Felda. Memo yang dipanggil Memorandum Reben Jingga ini antara kandungannya ialah:

1. Memastikan Tindakan Tegas diambil ke atas Persatuan ANAK yang diketahui tidak berdaftar dengan Pejabat Pertubuhan Pendaftar Malaysia.

2. Menggesa Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan merampas dan menghalang pengedaran Buku yang pernah diterbitkan oleh Persatuan ini. Ia dilihat mengundang Fitnah dan cubaan merosakkan minda dalam masyarakat Felda.

3. Mengingatkan kepada organisasi JKKR/JKKK agar mengunapakai Akta GSA 1960 iaitu memberi mereka kuasa untuk menghalang mana-mana pertubuhan yang tidak berdaftar masuk dan mengganggu ketenteraman didalam kawasan rancangan.

memojingga3

Laporan Polis dibuat setelah Memorandum dihantar kepada Dato DG

memojingga2

memojingga1


You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, ortrackback from your own site.

AddThis Social Bookmark Button

7 Responses to “MEMORANDUM REBEN JINGGA”

  1. Anak Peneroka Cerdik Says:

    Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan telah berdaftar dengan ROS sejak tahun 2007 ..

    penipuan jenis ape yang MBFM cuba bawa?
    jangan memperbodohkan diri menjadi kuda tunggangan org lain..

    Persatuan ANAK ini yang banyak membuka mata Anak anak felda generasi kedua tentang penindasan yang dalakukan oleh felda terhadap peneroka selama ini

    kes felda di arah membayar saman 11 juta merupakan contoh terdekat tentang penipuan FELDA selama ini, terbaru peneroa felda taib anda juga mengambil tindakan yang sama terhadap FELDA .

    jangan memperbodohkan kami sebagai generasi kedua,
    cukuplah bapa bapa kami di tindas selama ini….

  2. asalam..dgn cara mngharam,mnyekat,tidak akan myelesaikan masalah,caranya pihak felda perlu mnjwab segala persoalan dgn fakta,bukti.hujah msti dijawab dgn hujah..sy bkn pnyokong anak dan bkn pro felda..spatutnya anak perlu kritik felda dan mmbwa cadangan skali..takkan krn satu dua kes kita mnghukum kseluruhan felda tak btul..yg benar tetap benar walau disangkal makar.. nabi saw bersabda.ktahuilah binasalah org yg fanatik 3x [hadis riwayat bukhari}

  3. Salam Anak Peneroka Cerdik..kami ada surat dari ROS menyatakan yang sehingga ke tarikh hari ini pertubuhan ini masih belum didaftarkan secara sah.

    Mereka bergerak dan menerbitkan buku menggunakan nama persatuan ini lagi. Kami bukan kuda tungganggan sesiapa, tapi percayalah, setiap perkara yang dibuat dengan niat untuk menangguk di air yang keruh, kelak tak akan berakhir dgn baik.

    MBFM hanya ingin menaytakan bantahan kerana mereka bergerak secara haram dan konon mewakili golongan muda dan belia di Felda. Bagaimana pula dgn MBFM yang dah confirm berdaftar nih? adakah kita tidak mewakili golongan tersebut?

    Seperkara lagi, saya minta jika sdr merasakan ada kepincangan dan kelemahan utk ditegur dan diperbaiki, apa kata guna saluran melalui MBFM. setakat hari ini 5 kes telah pun kami terima berkaitan masalah dgn Felda ni dan kita akan berusaha utk menyelesaikannya.

    Gunakanlah platform yang betul dan boleh terus kpd Felda. Soal nak dgr atau tidak, itu hak mereka, Sbg NGO, MBFM akan tetap dgn penfirian utk membela anak2 muda dan belia terutama generasi ke 2 dan ke 3 Felda.

    Tkasih

  4. Anak Peneroka Naif Says:

    Memang betul kes pihak FELDA di arah membayar saman berjumlah RM 11 Juta tu adalah kenyataan tetapi hakikatnya pihak FELDA yg bertanggungjawab di atas kesalahan atau kesilapan entitinya (kakitangan & anak syarikat). Sekurang-kurangnya pihak FELDA bertanggungjawab yang mana lebih baik daripada orang-orang yang tidak bertanggungjawab & juga PENGKHIANAT…Pada mata kasar saya FELDA adalah TERBAIK mungkin segelintir entitinya yang tidak lepas daripada membuat kesalahan atau kesilapan…Sekian, terima kasih. Wassalam…

  5. Kepada pengurusan MBFM baru,
    Tolong keluarkan segala nama ANAK atau apa-apa undian untuk ANAK ni.
    Kita dah tahu ANAK tak berdaftar jangan cemarkan laman blog kita ini dengan nama ANAK ini. Undian di kanan laman ini tidak perlu kerana MBFM sudah diiktiraf FELDA dan kita gerakkan kerja kita.
    Pedulikan ANAK, Buang masa kita melayan pembangkang yang tak tahu erti kenang jasa.

  6. salam..setuju anak peneroka naif..saya hrap felda jawab segala persoalan yg dtimbulkan oleh anak dgn segera,,,

  7. Terima Kasih MBFM,
    Kerja kita sekarang gerakkan aktiviti di akar umbi,
    Suarakan masalah dari mula, jangan jadi barah, kita lantang sikit.
    Pastikan dasar diikuti oleh semua pihak.
    Pengurus Felda dan JKKR wajib beri kerjasama pada MBFM.
    Wujudkan borang aduan MBFM untuk diterjemahkan oleh Pengurusan tertinggi.
    Akar rosak ANAK gelak. Kita tutup mulut ANAK.

0 comments:

Post a Comment