Hampir 20 tahun dah berlalu dan kalu tak silap pada awal 1990an. Pada pagi hari mengundi akupun meronda kat rancangan sambil-sambil nak gi memangkah. Sampai kat sekolah (tempat mengundi), aku tengok kat barung (pondok panas) PAS para penyokong dok sibuk nak menaikkan bendera dan lain-lain. Tapi petugasnya adalah 3 orang (kalu tak silap). Ada Tok Imam masjid, Tok Siak(dah meninggal pun) dan sorang jemaah masjid. Sebelah sana pulak memanglah ramai dan meriah (macam-macam ada).
Timbul rasa hairan bin pelik kenapa orang-orang masjid yang lebih suka menganggotai parti hijau ni... Mesti ada sesuatu yang menarik mereka untuk 'join'... Aku pulak terasa kasihan terus bersama-sama mereka menaikkan pondok panas pada pagi tersebut dengan peralatan yang seadanya sahaja.
Masa terus berlalu dan aku terus mengenali sedikit demi sedikit perjuangan mereka ini sehingga aku jelas tentang halatuju parti sana dan parti sini. Ramainya ahli dan bermajoriti tak semestinya betul kerana matlamat & halatuju masing-masing adalah berbeza.
0 comments:
Post a Comment