JanDA
kedai JANDA jadi tumpuan
maklumnlah ramai dah yang dah berumur
dulu masuk rancangan berdua
kini kembali keseorangan
samada bergelar JANDA atau DUDA
anak-anakpun dah besar panjang
tanah yang pernah disusahakan bersama biasanya akan diserah kepada ibu
anak-anak yang ada
dah tak ambik kisah
maklumkan masing-masing dah keja
Kat mana-mana rancangan begitulah ceritanya
kat tempat aku
kedai JANDA menjadi pilihan ramai
menjadi sebutan disana-sini
cerita elok mahupun cerita kurang enak
dibuka 7.00 pagi hingga 12.00 malam
kepada sang teruna, sang duda mahupun kepada yang dah bercucu
bukannya setakat KOPI JANDA menjadi penarik...
tetapi pelayannya juga adalah JANDA
DUiT Tak De!!!
Kadar faedah dinaikkan?
ainul.ahsan@utusan.com.my
|
|
KUALA LUMPUR 29 Jan. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini membayangkan bakal menaikkan kadar faedah selepas mengekalkan kadar sedia ada hampir setahun.
Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, Malaysia perlu 'mengembalikan' semula kadar faedah seperti biasa untuk mengelakkan gelembung aset, meskipun ia belum berlaku dalam ekonomi lagi.
Tambah beliau, pengekalan kadar faedah semasa boleh mengakibatkan pelbagai risiko akibat ketidakseimbangan kewangan.
''Kadar faedah yang rendah dan terlalu lama akan menyebabkan orang ramai memindahkan aset dan kewangan kepada pasaran yang menawarkan sistem kewangan yang normal bagi meningkatkan pulangan ke atas simpanan masing-masing.
''Keadaan ini, jika tidak ditangani segera akan menimbulkan pelbagai masalah di kemudian hari.
IKUT EKONOMI AMERIKA KENA LA NAIK KADAR FAEDAHBILA FAEDAH NAIK,RAMAI RAKYAT AKAN SIMPAN DUIT KAT BANK
SEBAB TERTARIK DENGAN % FAEDAH SIMPAN DUIT
BOLEH LA GOMEN GUNA DULU..
TAPIII...
LEPAS NI SEMUA BLR RUMAH KERETA DAN MACAM-MACAM LAGI AKAN NAIK JUGAK....
Bila LagI??
Seperti biasa bising dan bingit bila dah ramai
Dia beritahu kini dia dah 11 juz.. dapat hafal 1 helai sehari
Tahniah aku kata...
semua ahli keluarga gumbira...
tapi aku sendiri
rasa amat sedih
kerana YASSIN yang dok baca tiap hari@minggu
tak dapat ku hafal lagi...
Wahhh...
Bila nak boleh nih???
GST ni ape bende???
Dzulfikar Mashoor - dari Harakah Daily |
Sidang Parlimen Mac depan begitu penting untuk seluruh Ahli Parlimen PAS dan Pakatan Rakyat (PR) demi menghalang kerajaan dari meluluskan sistem Cukai Barangan da Perkhidmatan (GST) yang dianggap membebankan rakyat. |
ManA SaTu??
aku jenis tak cakap banyak
cakap sikit-sikit
itu je yang aku ingat
dari AFKL
sampailah ke UiTM pas tu ke UPM
La nih...
aku terperasan aku dah jadi cakap banyak
tak tau kenapa
mungkin bila mula bisnes sendiri
jumpa orang sana... jumpa orang sini
terpaksa cakap banyak
kadang-kadang sampai jadi banyak cakap pulak
Harap-harap
jangan kata aku banyak cakap pulak
kalau terlebih maaf jelah
ANDA semua macam mana
BANYAK CAKAP ATAU CAKAP BANYAK
ATAU LANGSUNG TAK FAHAM
Negeri Sembilan: Berkelah malam
Oleh Nor Aziah Othman
bhnews@bharian.com.my
sebahagian pengunjung berkelah pada waktu malam di Pantai Port Dickson kerana udaranya tenang. |
Landskap bercahaya tarikan terbaru Port Dickson
Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsuddin, berkata tujuan pihaknya mempertingkatkan kemudahan itu adalah bagi membolehkan orang ramai berkelah sepanjang masa di pantai peranginan di sini.
"Mulai sekarang, pengunjung boleh memilih sama ada mahu berkelah ketika siang atau diterangi cahaya lampu yang dipasang di pantai terpilih. Sebagai permulaan, landskap bercahaya disediakan di Pantai Saujana dan Pantai Batu 4.
"Selain mandi, pengunjung boleh melakukan aktiviti lain seperti bermain futsal dan layang-layang," katanya.
Demi cIntA Ini...
Pagi tadi balik Jendrak ambik anak aku... sempat le berdailog pasal nama ALLAH sampai terbabas ke HUDUD... Dia nih orang kuat UMNO cawangan dan kini menjawat jawatan Pengerusi Masjid kat rancangan. Aku teramat kenal dia dan sebaliknya dari kecik lagi. Amat terror bab berbahas/dialog... juga pernah jadi Pengerusi PIBG Sekolah Rendah/Menengah dll... Umur lebih 60 tahun... Dia siap baca ayat Quran lagi... aku pulak cuma bagi provoke je..
Tempat dialog : Parlimen rancangan (Kedai kopi orangtua aku)
Masa : 930 pagi - 11.00 pagi
Ciri-ciri : Boleh bercakap je jangan tepuk meja...
Peserta ; aku sorang lawan 3 orang
Nih antara kata-kata yang keluar dari mulut dia :-
1. UMNO parti berasaskan bangsa... dibolehkan sebab ramai nama sahabat Nabi pun berasaskan bangsa jadi OK la...
2. Hanya UMNO je yang boleh bagi kemudahan dan pembangunan... aku provoke kalu UMNO tak perintah lagi macam mana.... senyap pulak
3. HUDUD tak boleh buat di Malaysia sebab sini ada masyarakat majmuk Cina, India dll... aku kata kita buat kat orang Melayu ISLAM jelah,,, sampai sini dia senyap tapi masih mempertahankan alasan masyarakat majmuk
4. UMNO = PAS...
5. Lebih percayakan suratkhabar utama seperti Utusan Malaysia, kalu kita kata tak boleh percaya semua mungkin eksploitasi tajuk dan berita sahaja... mereka amat marah...silap-silap nak makan kita balik
6. Suka cerita hal perbadi penyokong/ahli PAS terutama keburukan... terutamanya jika diprovoke beza PAS & UMNO, sebab tu dia kata UMNO = PAS
7. Aku nih dah terpengaruh dengan slogan ciptaan PAS terutamanya negara kebajikan le... sebab aku ku nih budak muda lagi baru nak belajar-belajar berpolitik... dia dah lama dah kenal sangat politik PAS nih..
Maka jelaslah sikap UMNO terutamanya berkaitan HUDUD ni yang terpancul keluar dari sorang Pengerusi Masjid sendiri... Dia kena jawab le nanti kat akhirat. Jadi aku dah berjaya provoke dia SAMPAI DIA SANGGUP KATA HUDUD TAK BOLEH BUAT DI MALAYSIA, walaupun sampai satu ketika aku slow-down sebab dia diapit 2 orang yang sama-sama dah berumur lebih 60 tahun..
Sukar jugak nak menembusi pemikiran golongan generasi berumur kat rancangan...
KiaMAT dah DekAT
1. Pagi Sabtu sempat le jumpa APAMZ dan borak-borak kejap dengan dia sambil jeling-jeling kat anak dara bongsu dia...
2. Pukul 6.00 petang abis program terus balik ke Temerloh pulak dan sempat singgah di Masjid Asy-Syakirin Maran (bandar ayam kampung)... kalu tak silap.Masjid besar 2 tingkat cantik tapi jemaahnya diisi oleh para musafir... Nak buat macam mana, bagi dema bina masjid lagi penting, lagi cantik, luas, lagi baik... input dia lepas nih pikir@ tak payah fikir langsung.
KriSIS GulA
F&N mungkin terpaksa lepas beban kos kepada pengguna
KUALA LUMPUR 21 Jan. - Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&N) hari ini memberi jaminan akan mengekalkan harga produk-produknya sehingga habis musim perayaan Tahun Baru Cina meskipun harga gula akan dinaikkan mulai 1 Februari ini.
F&N berkata, pihaknya juga akan bertindak mempertahankan harga semasa sekiranya ia mampu melonjakkan jumlah jualan produk-produknya.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Ang Meng berkata, F&N tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang kerana memahami kedudukan kewangan para pengguna di Malaysia.
''Sebab itu, salah satu cara untuk menyerap kenaikan harga gula adalah meningkatkan jumlah jualan sekurang-kurangnya lima peratus bagi produk tenusu dan dua digit untuk minuman ringan,'' katanya ketika ditemui selepas mesyuarat agung tahunannya di sini hari ini.
Menurutnya, berdasarkan anggaran yang dibuat, F&N perlu membelanjakan sebanyak RM2 juta sebulan untuk menanggung kenaikan harga gula.
Namun begitu, kata beliau, syarikat itu masih belum membuat sebarang unjuran kenaikan harga sehinggalah keadaan menjadi betul-betul mendesak untuk berbuat demikian.
Ang Meng menyifatkan F&N mengambil langkah yang tepat apabila memperkenalkan produk kurang manis lima tahun lalu, sekali gus mengurangkan beban syarikat dengan kenaikan gula.
Kini, katanya, F&N menawarkan produk-produk tertentu yang kandungan gulanya kurang 7.5 peratus.
Ditanya tentang prospek perniagaannya tahun ini, Ang Meng optimis pemulihan ekonomi global akan terus membantu merancakkan perniagaan makanan dan minuman di Malaysia.
Meskipun begitu, beliau berkata, kesan positif itu dikekang pula dengan kenaikan pelbagai komoditi yang dijangka menjejaskan kos operasi syarikat sepertinya.
''Sejak ekonomi dalam proses pemulihan, kita sudah mula merasai kenaikan harga aluminium, plastik, gula, minyak dan gas.
''Kita khuatir kenaikan harga komoditi ini akan menyebabkan syarikat terpaksa melepaskannya kepada pengguna.
''F&N mungkin mampu bertahan jika hanya gula yang naik, tetapi sekiranya harga aluminium dan plastik yang digunakan untuk pembungkusannya juga naik, kos pengangkutan meningkat disebabkan kenaikan minyak dan tol, bagaimana kita boleh bertahan?'' jelas beliau.
Diminta mengulas mengenai penamatan perjanjiannya dengan Coca-Cola menjelang September 2011, Ang Meng berkata, pihaknya mempunyai rancangan lain tetapi enggan mengulas lanjut.
Sebaliknya, beliau memberitahu, F&N akan melancarkan 50 produk baru sepanjang tempoh dua tahun ini.
''Produk-produk baru ini penting untuk memberi kelainan kepada jenama F&N,'' ujarnya.
Berita Harian Online 22/1/10
MUDAHNYA????
Mudahkan pengeluaran visa
|
|
Perdana Menteri berharap langkah itu akan memberi peluang kepada ahli-ahli perniagaan dari India melakukan urusan perniagaan mereka dengan lebih berkesan dengan rakan-rakan mereka di Malaysia.
Sambil mengakui ramai warganegara India yang ingin tinggal lebih lama di Malaysia selepas tempoh visa berakhir tetapi urusan visa perlu dipermudahkan bagi kepentingan bersama.KEJA KAT 1MALAYSIA
HANYA PERLU TAU dan hafal
"BARU?? LAMA??"
... nIH kalu keja kat PAM MINYAK...
SEMENJAK
Ada litar F1 tempat berlumba
Ada KLCC untuk Mat Perancis (Spiderman) memanjat tiap tahun
Ada kapal selam hebat bernama Scorpion
Ada rakyatnya sudah bergelar Angkasawan
membuat ujian gasing dan YOYO di luar bumi
Ada cyberjaya dan macam-macam jaya lagi
Ada Mykad yang takde di negeri orang putih
Ada bandar Sri Iskandar kat Johor Darul Takzim
Ada NCER.ECER dan pelbagai ECER
Negaraku semakin maju dan hebat
Pendapatan negera meningkat berbillion Trillion
Namun
Indeks Rasuah semakin meningkat
Indeks main bolapun mengikut sama
Masuk U dah takde biasisiwa kena meminjam
2010
Negaraku bertambah hebat
Hujung minggu
anak-anak diasrama terpaksa bermusafir
Yuran makan dah tak ditanggung lagi
Bii api, air, talipon pun ikut sama
Sekolah kena bayar sendiri
Gossip gula dan minyak nak naik harga
Politik kini lagi HARU
semua orang gomen kena undi POS sahaja
* Tambah la lagi
Hanya KERAjaan Bn BerhaK
Kerajaan Pakatan tiada hak
utusanputrajaya@utusan.com.my
PUTRAJAYA 18 Jan. - Kerajaan-kerajaan negeri campuran parti pembangkang tiada kuasa mengisytiharkan sendiri pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing berlainan dari tarikh pembubaran Parlimen.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, Menteri Besar atau Ketua Menteri hanya memperakukannya tetapi kuasa mutlak di tangan Sultan atau Yang Dipertua Negeri sahaja.
"Katakan Selangor dan Pulau Pinang hendak mengadakan pilihan raya negeri sendiri, dalam soal ini kedua-dua negeri ini tidak boleh sewenang-wenangnya membubarkan DUN.
"Ini kerana kuasa mutlak membuat keputusan terletak pada perkenan Sultan, Raja atau Yang Dipertua Negeri, sama juga seperti berlaku di Perak tempoh hari yang mana DUN tidak boleh dibubarkan tanpa perkenan Sultan Perak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Semalam, Setiausaha BN Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, BN negeri tidak menolak kemungkinan kerajaan negeri di bawah pakatan pembangkang diterajui DAP akan mengadakan pilihan raya lebih awal.
Abd. Aziz bagaimanapun berkata, setakat ini SPR belum menerima sebarang pandangan, permintaan atau cadangan rasmi daripada parti-parti pembangkang yang menguasai empat negeri berhubung ura-ura untuk menjalankan pilihan raya negeri yang berasingan daripada pilihan raya umum.
"Setakat ini kita hanya mendengar desas-desus atau spekulasi yang diuar-uarkan menerusi media mengenai kemungkinan Selangor dan Pulau Pinang mahu mengadakan sendiri pilihan raya negeri," katanya.
Menurut beliau, implikasi yang dijangkakan oleh SPR sekiranya negeri-negeri tadbiran campuran pembangkang berbuat demikian ialah kemungkinan ia mengakibatkan kesukaran untuk mengawal kelancaran proses pilihan raya.
YELAH.... ini hanya untuk negeri diwakili PR sahaja...
Ke KL
Petang Jumaat lepas ke KL bersama Ammer... Naik bas pukul 630 petang dengan cuaca hujan renyai-renyal masuk je hiway terus mencurah lebat tapi samapi sempadan Lancang sahaja...
GerHAnA
15 JANUARI 2010
(Separa)
Assalamualaikum, salam sejahtera, dimaklumkan bahawa satu kejadian Gerhana Matahari akan berlaku pada awal tahun 2010.
15 JANUARI 2010
Gerhana paling maksimum. Kira-kira jam 4.30pm.
Gerhana pada 5.26 petang.
Tarikh: 15 Januari 2010
Hari: Jumaat
Masa mula Gerhana: 2:55 Petang
Masa tamat Gerhana: 5:45 Petang
Jenis Gerhana: Separa
UruS ManUsia Dalam OrganisaSI
2. Cakap sikt langsung tak buat keja lagi ramai
3. Bagi jawatan nak sangat
4. Dah jadi BOSS tak pandai bagi arahan
5. Bila tanya ???.Kau buatlah...
6. Tanya lagi.... Tu kena buat jugak tu...
7. Pening-pening
6. Program tak jalan sama-sama kena
7. Ikut KAU le, lebih baik aku DIAM.... ZZZZZZZZZZ
JumpA DokToR
Tak tahan pegi jumpa dr... dia kasi sapu minyak sikit.... Mesti baik punya!!!... Terus aku stat dan test... ehhh betul lah...
kE Bandar JeNgKA
SimPanG TJ
SuBuH
1. Berapa ramai yang mampu bangun awal dan berjemaah solat Subuh.
2. Tempoh masa sebanyak tu pun masih tak boleh dan takmampu nak bangun untuk solat lagi.
3. Bagaimana jika ALLAH jadikan putaran matahari ni amat sekejap sahaja dan waktu untuk solat Subuh hanya berbaki 15 atau 30 minit sahaja...
ADAKAH KITA AKAN BANGUN@TERUS MELAYAN LENA YANG TAK KESUDAHAN
MANUSIA tak pernah bersyukur akan nikmat waktu yang diberi
EkonoMi RanCangAN
BALIK RANCANGAN MENOREH LAGI BAIK LAH...
SAWIT
DuRiaN PulAK
BerbuAh LagI
Balik rumah abang ipar kat Kuala Krau sambil menjahit pakaian sekolah anak-anak. Tengok pokok manggis dah lebat berbuah... rasanya baru je berbuah atau masa dah semakin pantas bergerak..