Remove Write Protection


Semalam, USB Pendrive aku buat hal lagi... tak boleh copy & paste file ... keluar mesej NI

Ini menyebabkan tak boleh format dll. Nak baiki jugak BACA SINI... tak boleh jugak beli barulah...

Koperasi TERBAIK

Berikut antara 30 KOOP terbaik di Malaysia. Bagusnya ada 5 KOOP berkaitan FELDA...

GunTinG RamBuT

Masa kecik-kecik paling boring skali kena gunting rambut terutama oleh ayah aku sendiri. Lepas masuk sekolah rendah gi kedai gunting pulak, biasanya suruh Pak Cik tu repair je kepala jangan gunting pendek. Balik rumah mengamuk dek ayah aku pulak...

Bila tengok gambar nih senyum sendiri pulak... sampai tertidur AMMER. Kini turn aku pulak gunting rambut anak-anak sampai dia orang darjah 4.. Aku plak biasanya serahkan 'rambut sendiri' tugas tu pada wifei... lagi syok, duit tak membazir dan menambahkan silaturahim lagi.. tapi biasanya dia buat macam rambut askar

LelakI PERKASA

Lelaki ni boleh tahan PERKASA di Parlimen
Sentiasa membela rakyat dan bercerita kesusahan rakyat
Tapi nak kahwin terpaksa 'curi-curi'
Bila ditanya, rasa berat nak jawap
rupanya ni sebab utamanya
Apapun TAHNIAH
Dah dapatpun apa yang dihajati

KOSMO 21/4/10

JALUR LEBAR dah masuk rancangAN


Meja BOSS

Bilik latihan

YELEQ... Takde manusia


Program JALUR LEBAR dah masuk rancangan aku. Aku tanya budak yang jaga tu guna STREAMYX ke hape? Dia jawab MEASAT ... ha!!! Berapa speed?... Dia kata tak tahu.

Tempat cantik buat kat pejabat JKKR. PC banyak dekat 20 bijik tapi, 1 manusia pun tak de. Aku pegi kat pukul 3 petang dah. Tak de promotion kot. Tulah nasib anak-anak peneroka kat rancangan. Lebih baik naik motor ....

Darul SYIFA' Bangi




Sampai jugak kesini. Ada berita tak saha DS akan buat program Tahfiz Quran peringkat Diploma dan Ijazah... Bagus gak samapai sini dapat info terbaru.

ReSulT MatRik


Hari nih keluar keputusan kemasukan ke Program Matrikulasi. Pagi lagi KAKAK dah LOGIN, bimbang server jammed. Tarikh daftar 10/5/10.. Aku lebih suka dia dapat Program Asasi UIA, tapi result tak keluar lagi.

Semuanya menggunakan NO KP sahaja. Bahayanya jika dah semua menggunakan No KP sebagaiUSER ID, kita boleh tengok maklumat orang lain jugak. Baru-baru nih seperti diwar-warkan oleh Kerajaan program 1ID untuk KWSP (kalu tak silap). Ini sudah boleh menjejaskan maklumat peribadi data pengguna yang boleh oleh akses sesiapa sahaja. Sekurang-kurangnya biar ada sikit 'fiewall' untuk tiap pengguna..


DuIt PunyA hAL

Jenayah kewangan, maya meluas di Malaysia

KUALA LUMPUR 13 April – Jenayah kewangan dan jenayah maya merupakan jenayah ekonomi yang paling kerap dilakukan di Malaysia, kata Pengerusi Kumpulan Kehormat International Cybercrime and Forensics Examiner (ICFE) Group of Companies, Tommy Seah.

Jenayah ekonomi termasuk penipuan, amalan rasuah, pencurian identiti, penggubahan wang haram, jenayah maya, penipuan perakaunan dan kewangan.

Beliau berkata, jenayah kewangan yang paling meluas di Malaysia adalah penipuan penyata kewangan, penipuan pembelian dan penggelapan aset.

Bernama - Utusan Online 14/4/10



CeritA KOOP

Ramai sahabat-sahabat tertanya-tanya macam mana nak buka KOOP. Akupun tak reti cuma adalah sikit-sikit maklumat seperti bilangan keahlian dan had-had keperluan sebelum dan selepas penubuhan koperasi.

Dulu pernah jugak jadi Manager KOOP jap kat Pelabuhan Kelang (ahli lebih 7K). Kalu tak silap tahun 1996-97, aku pernah buat revolusi dengan cuba memindahkan semua akaun semasa & simpanan tetap dari bank konvensional ke Bank ISLAM. Banyak juta jugaklah FD tu + Trust Fund lagi... revolusi ke-2 aku revoke konsep pinjaman kepada ahli yang berasaskan FAEDAH Riba ke ISLAMIC Financing dengan perunding dari BIMB Research. Bawa meeting... 3/4 dari Pengarah-pengarahnya reject cadangan aku tu walaupun 4/5 daripada mereka adalah mengaku ISLAM dan berbangsa Melayu... Last-last aku resign 24 jam dan kembali menganggur... kena pulak wife tak keja dan ada 3 orang anak yang kecik-kecik lagi... Tulah penangan yang aku kena tanggung. Dekat 2 bulan gak makan tidur, makan tidur...

Hari nih mungkin dah berubah semua KOOP nak menjalankan perniagaan berasaskan SYARIAH. Tapi faham ke?? Kalu masih ada unsur-unsur RASUAH dan PENIPUAN tak kemana peginya...
NAK tau lanjut lagi gi ke lamanweb Suruhjaya Koperasi Malaysia

POSTING

Dah 3-4 hari tak buat posting... Cuma tak tau nak stat cerita apa.. dengan keadaan kesihatan AMMAR yang masih tak boleh memijak lagi kini begkak di kaki kiri tleah beralih ke kaki kanan pulak..

Tak tau nak stat aktiviti harian yang mana satu... Semalam anak aku darjah 1 tunjuk surat kelas Tution Matematik dari pukul 2-2.30 petang... Serabut lagi... Biarlah sekurang-kurangnya darjah 3 baru stat ke ada logik jugak nih darjah 1 masih dalam dunia bermain-main.

Preztasi IPO Bursa Malsyia

BAca SINI dulu

Dulu KLSE sekarang Bursa Malaysia... Analisa pencapaian syarikat penyenaraian awam sehingga kini :- Klik SINI

1. Hanya 18 syarikat je yang buat listing IPO semenjak Jun 09 - Mac 10
2. Untung pada hari pertama IPO (Premium) - 5 syarikat
3. Balik modal - 1 syarikat
4. Rugi - 12 syarikat
5. Untung tertinggi (%) - 49%
6. Rugi tertinggi (44%)

Menunjukkan ekonomi dan kewangan negara masih lagi berada dalam keadaan tak bermaya dan syarikat teragak-agak untuk menyenaraikan syarikat meteka akibat presati yang hambar di Bursa.

ApA LAgI

Minum arak: Tukang masak dipenjara dan sebat

Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun dan enam sebatan ke atas seorang tukang masak Maahad Tahfiz, Kuantan yang mengaku bersalah meminum arak.

Mohd Sabri Zulkepli, 24, mengaku bersalah meminum arak di kompleks beli belah Kuantan Parade pada 13 Februari lalu, jam 5.30 petang dan didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1987.

Hakim Syarie, Datuk Abdul Rahman Md Yunos, ketika menjatuhkan hukuman itu berkata, hukuman penjara dan sebatan itu adalah sebagai pengajaran supaya tertuduh dapat menginsafi diri daripada perbuatan itu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam sebelum itu memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan memandangkan pendapatannya sebagai tukang masak hanyalah RM550 sebulan.

Tertuduh yang belum berkahwin, sebelum ini mengaku tidak bersalah pada 18 Februari lalu ketika mula didakwa, sebelum menukar pengakuan kepada bersalah pada 13 Mac dan mengekalkan pengakuan bersalah pada 24 Mac lalu.

Hakim menetapkan hukuman penjara itu berkuatkuasa bermula daripada tarikh tertuduh ditahan iaitu pada 13 Februari lalu.

"Hukuman sebat akan dilaksanakan ketika tertuduh menjalani hukuman penjara itu," kata Abdul Rahman.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syarie Farhana Md Yusuf.
- Bernama

Macam mana nih????? Banyak persoalan... Tahfiz mana satu????... Mamat nih nak minta kena sebat jugak ke atau nak minta ampun dari SULTAN???...

LimAU NIpIS



Kalau beli di kedai biasa hampir RM12/kg.... kat pasar borong Temerloh dapatlah RM8/kg... semua baranhg naik harga loh... Bagus jugak buat biz limau nipis nih.. Angan2 jelah...

Kegunaan (Dari http://www.petuanenek.com)
  • Nasi putih dan lembut – perahkan sedikit jus limau nipis ketika mahu menanak nasi.
  • Jus limau nipis boleh melembutkan telur.
  • Melembutkan isi ikan, udang dan makanan laut dengan cara memerap.
  • Air gula dimasak menjadi putih dan berkilat, bertahan lama serta tidak kekuningan – dimasukkan sekali dengan jus limau nipis.
  • Menghilangkan bau hanyir ikan atau ayam. (rasa fresh)
  • Jus limaunya boleh membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid.
  • Mengandung Asid Sitrik yang boleh menghilangkan lemak dan menguruskan badan, melegakan perut dan memudahkan penghadaman.
  • Ia juga mengandungi vitamin A.

CukuPlAh

Masalah PPSMI pun tak selesai lagi
Satu SUKAN satu PELAJAR pun tak tau mana lagi
Sekolah SATU Sesi pun bingung lagi
YURAN sekolah pun tak abis lagi
YURAN Makan asrama pun tak cukup
Dengar cerita makanan kat PLKN pun tak cukup...
Ni nak tambah pening kepala plak

PiZZA


Try beli piza ISLAM malam tadi.... OK gak... seberang jalan oldtown Telok Ria JaLan Bahagia. Tengok kotak dari Tanah Merah Kelantan.

ViDEo Unuk AnaK-AnAK

HADIAH BESAR


Kali pertama AMMER menang pertandingan mewarna semalam...

GanGGuAN

Sakit sampai terkeluar airmata bila ibujari dipicit!!! Betul ke??? Mula-mula tak percaya..Tapi bila dah terkena pada diri sendiri barulah tau tahap kesakitannya...

Dah lama aku sakit sengal-sengal dibadan, rasa macam dicucuk-cucuk. Jadi semalam aku pegi berubat secara Syifa' bersama sorang Ustaz... Akupun hulur tangan aku dan dia terus memegang ibujari aku samabil berkata, kalu sakit mengucaplah jangan berhenti.. Bila dia picit kali pertama tak rasa apa-apa, bila dah buat 2-3 kali tiba-tiba aku rasa macam ada karan dari seluruh anggota badan macam kena caj letrik lepas tu macam jari tersepit pintu. Dalam keadaan aku duduk rasa nak menggulupur dan berbaring je... Bila aku kata sakit lagilah dia pici,t akupun terus mengucap dalam keadaan sakit yang amat dan rasa kebas seluruh jari macam keluar karan pulak... ada la 15 minit sakitnya. Lepas tu dia picit ibu jari tangan kiri pulak tapi tak berasa sakit apa-apa...

Mungkin begitulah keadaan pesakit jika ada 'sesuatu' dalam tubuh badan sehingga tak sedarkan diri. Biasanya sebelum ni tengok orang berubat je...Last-last kena kat sendiri... Sakit bang 2 hari baru hilang sakitnya... Alhamdulillah hampir 40% sengal-sengal badan aku dah berkurangan... Minggu depan nak gi lagi

DOA



Mengatasi Masalah Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Kaedah Kedua:

Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan
memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa
minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8.
Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.


Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;

Doa Jumak 1

Terjemahannya:
Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

PasHtUN

Semalam berborak dengan seorang warga Pakistan (biasalah geng jual karpet & buku2 agama). Dia anta baiki kereta Iswara sama macam aku. Aku rasa kalu kat Paksitan sana mungkin tak de kereta kot... Nampak macam serius dan pendiam.

Lama-lama aku tanya , awak Pakistan asal mana?... Dia jawab Peshawar dekat sempadan Afghan. Lepas tu kata dia berbangsa Pashtun. Da kata Pashtun ni berasala dari shabat Nabi iaitu Khalid Ibun Walid... Kalu tengok muka tak berapa macam Tok Arab...Lepas tu mulalah panjang lebar dia cerita sampai ke cerita Taliban.. Sampai dia kata dulu kat tempat dia selalulah orang Malaysia & Indon gi belajar kat madrasah... Beza kat sana setiap madarasah memang diajar sikit bab-bab pertahanan diri sikit-sikitlah.. Bukan apa kat sana selalu berperang jadi pertahanan diri amat penting terutamanya dalam ISLAM sendiri mementingkan ilmu peperangan seperti menunggang dan memanah satu bobi yang amat disukai Nabi Muhammad SAW.

Malaysiapun tak kurangnya jugak, sekarang ni program PLKN yang rancak berlangsung. Lebih kurang macam tu jugaklah... cuma taklah dikaitkan dengan pengganas seperti JI atau Al-Qaeda.

Kalu dibuat di Tahfiz atau madrasah agama kemungkinan agar ditegur oleh Encik Obama kerana ditakrifkan sebagai melatih pengganas pulak...