CeritA KOOP

Ramai sahabat-sahabat tertanya-tanya macam mana nak buka KOOP. Akupun tak reti cuma adalah sikit-sikit maklumat seperti bilangan keahlian dan had-had keperluan sebelum dan selepas penubuhan koperasi.

Dulu pernah jugak jadi Manager KOOP jap kat Pelabuhan Kelang (ahli lebih 7K). Kalu tak silap tahun 1996-97, aku pernah buat revolusi dengan cuba memindahkan semua akaun semasa & simpanan tetap dari bank konvensional ke Bank ISLAM. Banyak juta jugaklah FD tu + Trust Fund lagi... revolusi ke-2 aku revoke konsep pinjaman kepada ahli yang berasaskan FAEDAH Riba ke ISLAMIC Financing dengan perunding dari BIMB Research. Bawa meeting... 3/4 dari Pengarah-pengarahnya reject cadangan aku tu walaupun 4/5 daripada mereka adalah mengaku ISLAM dan berbangsa Melayu... Last-last aku resign 24 jam dan kembali menganggur... kena pulak wife tak keja dan ada 3 orang anak yang kecik-kecik lagi... Tulah penangan yang aku kena tanggung. Dekat 2 bulan gak makan tidur, makan tidur...

Hari nih mungkin dah berubah semua KOOP nak menjalankan perniagaan berasaskan SYARIAH. Tapi faham ke?? Kalu masih ada unsur-unsur RASUAH dan PENIPUAN tak kemana peginya...
NAK tau lanjut lagi gi ke lamanweb Suruhjaya Koperasi Malaysia

0 comments:

Post a Comment