AMbik Kat SINI
Setelah kemangkatan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik, maka terlantiklah Omar bin Abdul Aziz sebagai penggantinya. Penerimaan jawatan khalifah, Omar tidak mengirikannya dengan senyuman atau tawa hilai, sebaliknya disambut dengan linangan air mata, yang kadang-kala diselangi dengan ratapan suara yang menyedihkan sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Dalam Masjid, ketika Omar bin Abdul Aziz selesai dari menunaikan solat sunat, beliau tunduk sahaja. Dari jauh, terlihat bahawa beliau dalam kesedihan kerana kelihatan titisan air matanya yang jatuh gugur.
Salah seorang rakyat Omar telah melihat kesedihan itu tersebut. Rakyat tersebut, bukan calang-calang manusia, malah beliau juga amat terkenal dengan dunia peribadatan dan kezuhudan.
”Wahai Amir Al-Mukminin, apakah penyebab utama sehingga kamu menangis sebegini?” Soalnya
Omar Abdul Aziz yang ketika itu sedang tunduk, mengangkat mukanya dan melihat wajah ’Abid tersebut. Dia merenung seketika, kemudian menundukkan kepalanya kembali.
”Aku tidak sanggup memikul amanah ini!” jawab Omar sayu sambil ketundukan.
”Wahai Omar, apakah kamu suka kepada dinar dan Dirham?” soalnya lagi.
Seakan-akan histeria Omar menjawab, ”tidak.. aku tidak suka Dinar dan Dirham. Kedua-duanya boleh menyebabkan aku lalai dari melaksanakan amanah Allah” sambil teresak-esak menangis.
’Abid itu terus berkata, ”justeru kamu jangan bimbang wahai Omar. Pasti Allah akan membantu dan membimbing kamu”
AMANAH TERLALAI DENGAN BENDA
Kisah yang dipaparkan ini amat relevan dijadikan tauladan kepada sesiapa sahaja yang berkuasa. Omar bin Abdul Aziz yang amat terkenal dengan keadilan yang dilakukannya, semuanya bersebab beliau menjadikan kekuasaan yang diberikan kepadanya sebagai amanah dari Allah, dengan tidak menjadikan dinar dan dirham sebagai sesuatu keutamaan dalam hidupnya.
Hatinya yang bersih dan luhur, sekali-kali tidak pernah menjadikan hatinya berubah niat; beliau tidak pernah terlalai daripada melaksanakan amanah Allah dengan keseronokkan yang berbentuk kebendaan yang bakal binasa, malah boleh membinasakan manusia.
Walau beliau sudah berkuasa, yang sudah pasti banyak harta-harta negara berada di bawah kawalannya. Semua itu tidak pernah menjadikannya ”gelap mata”, malah semuanya dikawal dan dibahagikan kepada rakyat seadil-adilnya.
Padanya, harta negara adalah hak rakyat, tiada ruang satu sen pun untuk ”dipelahap” atas kepentingan dirinya sendiri, begitujuga pegawai-pegawai dibawah kekuasaannya.
Inilah contoh tauladan yang terlalu penting dipelajari. Tidak hairanlah, beliau amat disayangi oleh manusia. Keterbuktian itu amat terserlah, iaitu dengan kita dapat melihat bahawa sejak beliau menjadi khalifah, sehingga hari ini, nama beliau sering menjadi sebutan.
0 comments:
Post a Comment